Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah kerana memberikan saya idea dan kekuatan untuk menyumbang sedikit ilmu yang diberikan olehNya. Saya terpanggil untuk menceritakan berkaitan bagaimana cara sesetengah pihak melayan dan menghormati ilmu. Melihat pada keadaan sekarang, saya dapati tidak ramai daripada kalangan kita yang benar-benar menghormati ilmu sedang ilmu itu tarafnya sangatlah tinggi sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman!! Apabila dikatakan kepadamu, “berilah kelapangan di dalam majlis-majlis,” maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, “berdirilah kamu” maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan.”
Di sini saya ingin menceritakan sedikit kisah yang pernah saya lalui sewaktu di sekolah suatu masa dahulu. Pada suatu petang selepas pulang dari kelas prep (preparation class), saya dan kawan singgah di kantin yang terletak tidak berapa jauh daripada asrama kami untuk membeli minuman. Pada waktu itu terdapat beberapa orang pelajar lain yang sedang membeli juga.Jadi kami membiarkan pelajar tersebut menyudahi urusan pembelian dahulu kerana mereka yang datang dulu, tak manis la sekiranya kami memotong barisan
Selepas mereka selesai dan pergi, kami pun minta la pada kakak yang menjual di kantin sekolah kami tu. Kakak ni merupakan pekerja dari
Yang paling menakjubkan adalah kerana dia menyatakan yang di tempat dia, ilmu sangat dijunjung dan dijaga dengan baik. Mereka tidak akan menindih buku-buku ilmiah dengan sebarang alatan atau barang-barang lain. Apa yang dinyatakan ini adalah kerana dia melihat terdapat ramai pelajar yang membawa buku dan menindihkan buku-buku tersebut dengan botol air dan kotak pensil. Betapa kagumnya saya dengan cara mereka menghormati ilmu. Mereka menjaga buku-buku ini seperti menjaga kitab suci kita, diletakkan dan disimpan ditempat yang tinggi dan tidak ditindih dengan apa-apa barang sekalipun. Subhanallah..
Cerita tersebut ketika saya masih di bangku sekolah dan berada di negara tercinta. Selepas saya berkelana ke negara syam yang pada awalnya saya fikir pasti lebih baik akhlak dan cara mereka bermuamalat dengan ilmu ini, rupanya harapan dan anggapan saya itu meleset dan salah sama sekali. Bukanlah niat saya disini untuk menghina negara para anbiya’ ini tetapi keadaan dan orang-orang disini membuatkan saya terfikir untuk berkongsi sedikit pengalaman dan kritikan yang mungkin bermanfaat buat kita semua.
Apa yang ingin saya kritik ialah mereka ini sanggup dan tegar duduk di atas buku-buku mereka untuk mengelakkan debu-debu putih atau kotoran melekat pada pakaian mereka sedangkan banyak bangku-bangku panjang yang disediakan oleh pihak universiti. Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh pelajar-pelajar dari kuliah yang bukan bidang agama seperti pelajar-pelajar perubatan, farmasi dan sebagainya tetapi juga oleh pelajar syariah sendiri yang mana mempelajari tentang ilmu-ilmu agama dan pastinya mengetahui betapa mulianya nilai sesuatu ilmu itu. Malangnya mereka juga turut melakukan perkara sedemikian rupa. Bayangkanlah buku yang mereka gunakan untuk dijadikan alas tersebut. Pastinya terdapat ayat-ayat Al-quran dan hadis-hadis didalamnya. Tidakkah itu seperti duduk atau lebih jelas meletakkan punggung di atas ayat-ayat suci Al-quran dan hadis-hadis tersebut? Tidakkah ia dilihat seperti menghina? Fikir-fikirkanlah…
Selain itu, saya juga pernah melihat al-quran berada didalam tandas secara terbuka yang akhirnya dibawa keluar dan diletakkan di musolla yang tidak jauh daripada tandas tersebut. Ketika itu saya berada di dalam tandas perpustakaan.Untuk mengatakan yang tiada tempat untuk diletakkan Al-quran tersebut adalah sangat mustahil. Mana mungkin di dalam perpustakaan tiada meja dan tempat untuk diletakkan sebentar Al-quran tersebut. Sekiranya kitab suci ini boleh diperlakukan sedemikian rupa, bayangkanlah kitab-kitab yang lain. Pastinya lebih daripada itu mereka sanggup memperlakukannya.
Tetapi ingin saya tegaskan disini bahawa bukanlah semua daripada mereka bersikap dengan sikap begitu, terdapat segelintir yang peka dan sensitif berkaitan perkara ini. Ini kerana pernah suatu hari, saya bersama kawan arab saya duduk bersama dan ketika kawan yang lain mengeluarkan kitab untuk duduk, dia menegah melakukannya dengan alasan terdapat ayat-ayat Al-quran didalamnya. Alhamdulillah terdapat segelintir yang masih berfikir demikian tetapi alangkah indahnya sekiranya semua daripada mereka yang begitu.
Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama tingkatkan lagi cara kita dalam menghormati ilmu tidak kira dalam apa bentuk sekalipun. Bukanlah saya menulis ini menunjukkan kesempurnaan saya dalam menghormati ilmu ini, tetapi itulah harapan buat diri sendiri dan para pembaca supaya kita lebih peka dan sensitif terhadap perkara ini. Wallahua’lam…
teruskan membaca lagi sahabat...