~stand together~

sixth batch sambestarian's blog

Showing posts with label Renung Sekeliling. Show all posts
Showing posts with label Renung Sekeliling. Show all posts



"Ya afiq, maza taf'al haizihil 'utlah" kata seorang "pengomen" dalam artikel saya di blog batch saya di Darul Quran.

Soalannya agak mudah dan tujuannya mungkin hanyalah untuk membuka tajuk dalam perbualan. Tetapi saya tidak menjawabnya kerana sejujurnya terlupa, dan juga saya melontarkan persoalan itu kepada diri lama sebelum cuti saya bermula. Tetapi tiada jawapan yang "bergred A" boleh diterima.

Oh, sebelum itu sekadar pengetahuan, saya kini bercuti sempena cuti semester 1 di UIA selama lebih kurang tiga minggu. Bermula 5 Oktober sehinggalah 25 Oktober. Maka sesiapa yang ingin berdantang ke rumah sangatlah dialukan kerana tetamu itu membawa rahmah dan perginya menghilangkan dosa-dosa tuan rumah. Dan jika ada yang ingin membuat futsal, tolonglah ajak saya sekali kerana saya sudah lama bersukan.

Sambung balik, persoalan yang sama dilontarkan kepada saya oleh rakan kita yang kini berada di INTEC.

"Ko watpe JE cuti nih"

Kalimah "JE" itu, meskipun saya cukup menyedari bahawa itu ialah loghat masa kini, melontarkan persoalan yang agak mendalam (dan menjengkelkan) seolah-olah bagaimana musim cuti ini dibazirkan, sepertilah musim cuti yang lalu (yang dibazirkan juga).

Persoalan yang lebih (patut) membangkit.
Maka apabila kita menyebut tentang cuti itu bagaimana dihabiskan, semestinya persoalan tentang MASA berligar di minda kita.

Ya, mengenang aktiviti harian kita malah jika hendak dibesarkan skop, mengenang 19 tahun kehidupan, adakah kita menggunakan masa kita dengan tertib penuh optimum.

Menjawab persoalan itu mudah tetapi, menelan hakikat yang muncul sebalik jawapan itulah yang payah. Marilah kita bermuhasabah diri dengan firman Allah:

"(Dialah) yang menjadikan kehidupan dan kematian itu untuk menguji sesiapakah antara kamu yang lebih baik amalannya" (al mulk:2)

Maka jika dianalogikan, kita ini sedang memasuki pertandingan membuat ketupat ( saya tiada contoh lain la). Maka dalam jangka masa yang tertentu, kita dikehendaki membuat bukan sahaja yang paling banyak tetapi juga yang paling cantik (ahsanu 'amala), jika kita teringin untuk menang dalam pertandingan itu. Maka dalam pertandingan yang time-bounded itu, adakah masa untuk kita menonton televiyen atau pergi shopping di pusat membeli belah berdekatan, untuk kelihatan anggun ketika menganyam ketupat. (harap2 paham la pasal analogi nih, terutama yang pasal pegi shopping tuh)

Dan juga apabila kita menyebut tentang kehidupan di dunia fana ini, semestinya kita mengingati jalan kehidupan di kala menghadap tuhan nanti. Adakah kita telah mempunyai syarat supaya terselamat di "Hari" tersebut.

"(Ibrahim berkata) Janganlah Engkau menghinakan aku di Hari Kebangkitan. Hari yang tiada manfaatnya harta dan anak-pinak. Kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera" (as shuara':87,88,89).

Marilah kita bersama-sama berdoa dan bermuhasabah.

Jawapan kepada tajuk (heheh nak jugak)

Saya berNIAT (niat penting) untuk mengisi cuti ini dengan buku.(selain red alert, counter strike dan rakan-rakannya)

Salah satunya ialah Laisa min qauli nabi karangan Dr Fuad Syakir. Buku ini baru saya dapat daripada Amin Hudi. Terima kasih kepada beliau kerana bersusah payah mencari buku ini di Mesir dengan harga 16 genih. Moga Allah merahmati beliau. Buku ini membicarakan tentang kata-kata yang ramai menyangkakannya sebagai kata-kata nabi tetapi rupanya ia ialah kata-kata sahabat atau tabi'en atau yang tidak diketahui puncanya. Doakan saya mempunyai kekuatan membaca buku dalam bahasa asing ini.

Wallahu musta'an

semoga bermanfaat

Afiq, kat mana lagi kot

ps: Artikel saya selalunya menjulang anugerah komen terbanyak, tetapi apa yang terjadi sejak akhir ini? hehe




teruskan membaca lagi sahabat...





Bismillah walhamdulillah wasolati wassalam ala rasulillah.

Pernah dahulu, dalam artikel saya yang bertajuk Krisis Ilmu dan Masyarakat, saya bersikap agak sinis terhadap kata-kata "Belajar itu perlu berguru. Sesiapa yang tidak berguru maka gurunya ialah syaitan"

Kata-kata ini, tidak dinafikan, mencetuskan rasa takut dalam cenderung meluaskan ilmu dalam kalangan generasi sebelum kita (generasi kita takder sangat la kot, moden la katekan..). Di tambah lagi dengan pernyataan "Sesiapa yang banyak bertanya maka lemahlah imannya" (sape penah dengar ayat nih..). Lebih teruk lagi ada satu golongan yang menakrifkan perbuatan menuntut ilmu itu ialah seperti mayat di tangan tukang mandinya. Maka hendaklah penuntut itu menuruti sahaja perbuatan dan kata-kata gurunya itu.

Ya, Islam menitikberatkan perasaan hormat dan sayang terhadap guru, bahkan terhadap orang lain walaupun kepada orang yang kurang umurnya daripada kita. Tetapi perasaan hormat dan sayang itu tidak membutakan kita terhadap kebenaran dan kebatilan. Tambahan lagi apabila bersangkut paut dengan agama, maka maqasid syariah (matlamat yang ingin dicapai oleh syariah) yang pertama, iaitu menjaga agama haruslah berganda-ganda diutamakan.

Dan tiada pula dalil yang menunjukkan "banyak tanya" itu merupakan simptom lemah iman. Apa yang wujud dalam Quran ialah:

"Dan janganlah kamu menuruti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, kesemua anggota itu akan dipersoalkan tentang apa yang dilakukan" (al-isra':36)

Tolak tepi dahulu perspektif-perspektif yang disebutkan, jika mengenang frasa pertama yang saya sebutkan tadi, saya agak musykil tentang asal-usulnya sama ada frasa ini berasal daripada sumber yang berautoriti atau hanyalah rekaan hasil kretiviti pembuat bid'ah.

Masakan tidak, frasa ini agak popular dalam kalangan rakan-rakan saya( dak2 DQ) yang khabarnya pernah menuntut bersistemkan pondok. Maka saya terfikirkan suatu kemungkinan bahawa mungkin kata-kata ini ialah suatu yang sahih dari segi maknanya dengan bermakna dapat kita ambil intipatinya.

Sebelum ini saya berfikiran sebaliknya. Masakan tidak jika mengenangkan kejumudan pemikiran yang membarahkan masalah intelek dalam masyarkat kita. Sudahlah masyarakat benci kepada sesuatu yang ilmiah itu, mereka suka pula kepada sesuatu yang bersifat picisan( kena kat saya balik la plak). Maka kebarangkalian untuk menjadi sahih itu amatlah sukar.

Walaupun sebegitu, mungkinkan penyakit-penyakit minda masyarakat itu tidaklah secara langsung berasal daripada frasa itu. Mungkinkah bahawa kesalahan mencerna maklumat itu sebenarnya punca masalah kita.

Mengambil contoh istilah hukum fiqah "sunat" yang ditakrifkan sebagai "Melakukannya mendapat pahala dan meningglakannya tidak mengapa (terlepas daripada dosa)". Dan juga makruh yang bermaksud "Melakukannya tidak mengapa dan meninggalkannya mendapat pahala". Jika kita perhatikan, berapa ramai antara kita yang hanya mementingkan perbuatan yang berkaitan hukum ini yang mempunyai sangkut paut dengan "tidak mengapa". Sedarkah antara kita bahawa Allah akan menjadi rapat apabila kita melazimkan amalan-amalan sunat.

Jadi dengan menggunakan persamaan kes di atas dan dengan frasa yang disebutkan awal tadi, saya mengandaikan bahawa kebenaran ada dalam kata-kata tersebut. Persoalan di sini ialah BAGAIMANA?

Beza dalam pemberian.

Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "Gurunya ialah syaitan" itu?

Apabila dilihat dari sudut keilmuan, belajar melalui perantaraan buku itu kadang-kadang lebih efektif. Malah suasana belajar sendiri lebih cenderung menyuruh kita meluaskan pembacaan ke bidang-bidang yang dirasakan berkaitan.

Orang yang belajar sendiri itu dilihat lebih cerdik dan cepat memahami sesuatu. Malah jika difikirkan bagaimana pengkajian dalam bidang sains berkembang melalui postulation, maka agak sukar memikirkan bagaimanakah dengan belajar tidak berguru itu membawa apek negatif.

Tetapi, keberdampingan dengan guru atau ulama' juga menjamin ilmu yang luas. Tidak perlu contoh-contoh muktabar, lihat sahaja masa di zaman sekolah, jika ada seorang yang agak 'kamcing' dengan gurunya, maka mungkin kita boleh predict keputusan peperiksaannya itu.

Jadi dalam aspek pemberian ilmu, kedua-duanya ialah jalan yang baik dalam mendapatkannya. Kalau dinilai dari sudut autoriti, kedua-duanya juga ialah reliable, dengan syarat para penuntut ilmu perlulah adil dalam menerima.

Tetapi dalam dunia keterbatasan masa ini, mungkin ramai lebih memilih buku. Seeloknya kedua-dua jalan ini perlu digabungkan dalam memastikan kita tidak "keliru"

Maka apakah komplikasi di sebaliknya?

Jika kedua-duanya tidak lain berbeza antara satu sama lain, maka apakah masalah yang dipunyai? Apakah kurangnya pembelajaran mengikut buku berbanding mengikut guru.

Semestinya buku mempunyai kekurangan yang tidak ada dalam proses menuntut melalui perantaraan manusia. Semuktabar mana pun sesuatu kitab atau buku itu, sebagaimana lengkap pun ilmunya, buku tidak memberi pengajaran AKHLAK.

Ya, mana mungkin teks bacaan mendidik AKHLAK. Akhlak ialah sesuatu yang diteladani, dengan maksud ditonjolkan oleh seseorang untuk kita menirunya. Kelebihan berguru ialah penuntut ilmu itu akan mendapat pengajaran dari segi cara menghandle ilmu itu selain intipati ilmu itu sendiri.

Maka apakah guna ilmu tinggi, tetapi tidak disampingkan dengan akhlak yang mulia, manifestasi kepada iman yang tulen.

Komplikasi akhlak

Ilmu itu ialah amanah. Malah mahsyur diceritakan bahawa "ilmu itu ialah cahaya. Dan cahaya itu tidak masuk ke dalam hati orang yang melakukan maksiat". Ilmu juga ialah sesuatu yang dikaitkan dengan kemulian.

"Allah menaikkan darjat orang yang beriman dan menuntut ilmu"(almujadalah :11)

Maka apakah yang penting apabila amanah + kemuliaan dicampakkan dalam hati kita? Tentunya sikap TAWADHU'. Tawadhu' mengawal kita supaya tidak lupa diri dan takbur sebagaimana Iblis lupa identitinya sebagai hamba semasa disuruh sujud hormat kepada Adam.

Sikap takbur, lawan kepada takbur, menyebabkan kita merasakan diri ini mulia berbanding orang lain. Dengan mudah kita memperlekeh pendapat orang lain yang kita anggap kurang kuantiti ilmu berbanding kita. Dalam sesuatu keadaan kita mudah menghina peribadi seseorang yang khilaf pendapatnya dengan kita.

"Ek eleh aku dah baca berpuluh kitab dan laman web, siapakah gerangan individu ini yang kurang ilmunya daripada aku untuk meradd aku nih"

Ulama' terdahulu, terutama yang terlibat dengan bidang Jarh wa Ta'dil, memang terkenal dengan menceritakan keburukan peribadi individu-individu. Tetapi tidak boleh menggunakan maklumat ini untuk "menghalalkan" perbuatan kita menghina peribadi. Ulama' terdahulu punya autoriti yang benar-benar tulen dan mereka melakukan atas tujuan menjaga agama daripada hilang bentuk asalnya.

Teringat cerita seorang tabi'en terkenal (sama ada Sufyan as Sauri atau pun Az-zuhri) seewaktu di saat akhir-akhir hayat beliau, beliau telah bertanya kepada hamba beliau "Apakah pendapat penduduk negeri ini (sama ada Basrah atau Baghdad) tentang aku? Hamba itu menjawab "Sesungguhnya mereka amat hormat kepada engkau tetapi mereka amat takut (amat marah) terhadap kritikan terhadap perawi-perawi hadis (kerana sangat keras kritikannya). Ulama' itu menjawab "Sesunggunhnya aku lebih takut (daripada perasaan masyarakat kepadaku) apabila aku berada dihadapan Allah kelak, maka Dia akan bertanya "sesungguhnya kau mengetahui bahawa ada kecacatan di hadis ini dan ini maka mengapakah kau tidak bertindak sesuatu"(lebih kurang ek citer..saya amat kesal kerana tidak menjumpai buku yang mempunyai teks asal)

Maka pastikanlah perasaan Taqwa sebegini tebal dalam hati, jika rasa-rasa ingin menjadi seperti ulama' Hadis.

Maka tiadanya tawadu' juga menjadikan kita KERAS DALAM BEPENDAPAT.

Sesunguhnya khilaf dalam kalangan manusia dalam sesuatu hal ialah norma. Sesuatu perkara yang tidak boleh dikhilafkan ialah persoalan aqidah.

(ali imran:103)وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ
"berpeganglah dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"

Menurut tafsir ibnu kathir, tali bermaksud perjanjian( nak kena hurai ker perkaitan"perjanjian" dgn akidah"...kalo nak tya la ek)

Maka sebab itu saya sentiasa bersetuju dengan pendapat Dr.Asri dalam persoalan akidah. Walaupun ramai memanggil beliau seorang yang "keras", "keras" itu bertempat.

Tapi tatkala membicarakan tentang urusan fiqah, yang terkenal keluasannya dan hal-hal dunia, yang berkali-kali luasnya, maka apakah gunanya keras dalam berpendapat.

Banyak kisah yang menarik sesuai dijadikan contoh. Salah satunya , di sebuah masjid pada bulan Ramadan, jemaah masjid itu berselisih sama ada ingin melakukan 8 rakaat atau 20 rakaat. Perselisihan yang mula-mula kecil lama-lama melibatkan kata-kata kesat. Tiba-tiba Hassan al-Banna datang dan mereka merujuk kepada beliau. Maka beliau berkata:

"Mana lebih penting, mengekalkan kesepaduan umat islam atau melakukan amalan sunat di bulan Ramadan. Sesiapa yang ingin melakukan lapan rakaat lakukanlah. Sesiapa yang ingin melakukan 20 rakaat lakukanlah."

Intipati yang kita dapat daripada cerita ini ialah, selain kebijaksanaan Hassan AlBanna betapa khilaf berpendapat itu boleh menimbulkan perpecahan.

Bak kata Qasim bin Muhammad (laisa min qaulin nabiyyi), "khilaf itu rahmah". Benar, tetapi sesiapa yang rasa ingin berkhilaf hendaklah menjaga adab-adab supaya tidak meruntuhkan perpaduan.

Kesimpulan

Maka apakah, kesimpulan dalam artikel saya ini? (saya xder idea sebenarnya)

Saya berpendapat sifat-sifat mahmudah seperti ADIL, JUJUR, IKHLAS dan juga sifat TAQWA, penting dalam menuntut ilmu. Moga-moga ilmu itu menjadi aset kepada kita bukannya liabiliti semasa menghadap YANG MAHA ESA nanti.

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِى ءاتَيْنَـهُ ءَايَـتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَـنُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ - (al araf :175)
"ceritakanlah kepada mereka tentang mereka yang diberikan ayat(petunjuk) kemudian dia melepaskan diri daripada ayat2 lalu dia diikuti syaitan maka jadilah dia orang yang sesat."

Semoga bermanfaat.

Wallahu musta'an.

Afiq, rumahku di shah alam yang ader open house 17 oct nih

ps:susah kan apabila hilang rentak menulis..












teruskan membaca lagi sahabat...




Meniti hari di bulan yang diturunkan Al-Quran ini, banyak perkara yang mengejutkan kita berlaku.

Perkara yang berlaku ini kadang-kadang membuat kita memikirkan tentang realiti yang kita hadapi ini, adakah itu semua ditimbang dengan pertimbangan dalil agama yang kukuh atau sekurang-kurangnya pertimbangan akal yang waras.

Ya, demonstarasi itu sering berlaku. Dan selalunya kita melihat pihak ketiga(polis,FRU dan tidak dilupakan kepada menteri yang mengeluarkan arahan) yang akan bertindak luar batasan manusia seperti menyembur air yang tidak diketahui entah berapa proportion kimia dalamnya kepada rakyat, menembak gas pemedih mata tanpa memikirkan bahawa terdapat bayi dan kanak-kanak (malah mengikut riwayat yang tiada sumber polis melepaskan gas pemedih mata kepada sesiapa sahaja yang sebaik sahaja keluar dari stesen komuter Bank Negara) dan membantai orang tanpa kasihan.

Tetapi kali ini kita melihat orang-orang yang berdemonstrasi pula yang berotak "kera".

Hmmm..

Batas-Batas Yang Dilanggar

1.Allah telah menyebut dalam Al-Quran dalam surah Al-An'am ayat 108:

وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬‌ۗ كَذَٲلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّہِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." (108)

Jika anda melihat kepada video, anda tentu memahami apa yang ingin saya kaitkan dengan ayat ini.

Mahyudin Manaf dalam video ini mengatakan bahawa dia tidak me"niat"kan acara pembawaan kepala lembu ini.Benar atau tidak dakwaan itu tidaklah kita ketahui.Jika benar maknanya ada dalang lain yang sengaja mengapi-api perkauman(kalo tak tahu sapa lagi ceroi la). Jika tidak benar pula, nontheless dia turut membuat perkara yang salah itu(pijak kepala lembu).

2.Penghinaan kepada sesuatu yang dibenci seringkali melibatkan apa yang terdapat pada perkara yang dibenci itu.Sebagai contoh, pihak yang agak skeptikal terhadap konsep 1Malaysia mungkin berkata begini(sebenarnye lecturer saya yang cakap):

"We have one H, one N (h1n1), and now one Malaysia , all one now,"(Hahahah, lawak gile)

Kita kadang-kadang bergelak ketawa dengan apa yang dihinakan itu, terutama apabila perkara itu digunakan untuk helah politik, atau slogan retorik yang menyebabkan kita benci kepadanya.

Tetapi apabila yang di"tahrif"kan itu melibatkan agama, pada masa itu segala aspek lelucon tidak patut menjadi bahan ketawa malah patut menjadikan kita berasa marah sekurang-kurangnya.Saya boleh menerima apabila "orang yang tidak keruan mindanya dan juga jiwa" mencerca dan mengutuk simbol bulan, atau hijau atau mungkin slogan Pas for all itu sendiri. Tetapi apabila takbir itu ditukar kepada take beer bagi saya ini bukan sahaja penghinaan kepada parti itu tetapi ini melangkau kepada agama itu sendiri.

Kalau benar-benar skeptikal atau membenci, perkatakanlah tentang keburukan fizikal sesuatu itu(dan bersedialah bertanggungjawab atas kata-kata itu di mahkamah Allah nanti), jangan pula dilibatkan kalimah suci itu. Mungkin ada orang yang berkata bahawa"kami ini memerli takbir yang diucapkan oleh PAS sahaja,tiada niat lain".Bagi orang seperti ini saya akan jawab "Adakah terdapat beza takbir versi PAS dan takbir versi kamu? Jika PAS itu mengatakan Allahuakbar, apakah takbir versi kamu dan apakah yang dihubungkaitkan kalimat Allahuakbar dan take beer itu?


وَذَرِ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَہُمۡ لَعِبً۬ا وَلَهۡوً۬ا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا‌ۚ وَذَڪِّرۡ بِهِۦۤ أَن تُبۡسَلَ نَفۡسُۢ بِمَا كَسَبَتۡ لَيۡسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِىٌّ۬ وَلَا شَفِيعٌ۬ وَإِن تَعۡدِلۡ ڪُلَّ عَدۡلٍ۬ لَّا يُؤۡخَذۡ مِنۡہَآ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ أُبۡسِلُواْ بِمَا كَسَبُواْ‌ۖ لَهُمۡ شَرَابٌ۬ مِّنۡ حَمِيمٍ۬ وَعَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡفُرُونَ

Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji)(al-an'am:70)

Perbuatan Berdalang?

Mengandaikan perkara seperti ini didalangkan oleh pihak tertentu merupakan sesuatu yang berat untuk dilemparkan, tetapi tidak menghairankan kerana apparently, mereka memang gemar dan expert perkara sebegini. Kalau tidak masakan saya boleh nampak kelibat seorang peniaga berdekatan kawasan masjid (seksyen 18) yang turut hadir dan lagaknya seperti orang kuat seksyen 23 di buletin utama,tv3 tadi(30 ogos 2009).

Mungkin dia duduk dalam kategori "seseorang yang yahtamma biamril muslimin". Apa-apa pun apabila membaca portion blog YB Khalid Samad dalam mendapatkan penjelasan tentang hal ini, saya lebih cenderung( sebenarnye confirm gile) mengatakan ia adalah perbuatan berdalang(http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=155&t=38618&sid=fcb91ab20554fa03eecf41a203487812). Al-maklumlah mereka mempunyai banyak duit, sedangkan pengundi hantu pun boleh diangkut, inikan pula orang dari seksyen yang berlainan.Wallahu a'lam.

Beberapa Penjelasan

Saya bukanlah seorang aktivis politik (mereka yang skeptikal pasti menjangkakan pernyataan ini) dan bukan juga penggemarnya.Saya mungkin hanyalah seorang yang mempunyai pertimbanan yang waras. Apa yang ingin ditunjukkan ialah sikap melampau sesetengah pihak, yang mengapi-apikan perkauman yang mungkin menyebabkan berulangnya 13 Mei. Kita tidak sekali-kali meredhai segala perbuatan melampau, kerana kita takut akan kesannya di dunia dan lebih-lebih di hari perhitungan kelak.

Wallahu musta'an

Semoga bermanfaat.(tadak aper pon)

Afiq,Rumah

ps:Saya sebenarnya ingin menulis artikel yang bertajuk "Beza demonstrasi kita dan mereka" yang membincangkan tentang aspek perbezaan dalam berdemo, tetapi akibat ketumpulan intelek dan kelemahan struktur dan organisasi,"tercerita" pasal ni lak.takper la yerk..


teruskan membaca lagi sahabat...


Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah kerana memberikan saya idea dan kekuatan untuk menyumbang sedikit ilmu yang diberikan olehNya. Saya terpanggil untuk menceritakan berkaitan bagaimana cara sesetengah pihak melayan dan menghormati ilmu. Melihat pada keadaan sekarang, saya dapati tidak ramai daripada kalangan kita yang benar-benar menghormati ilmu sedang ilmu itu tarafnya sangatlah tinggi sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud :


“Wahai orang-orang yang beriman!! Apabila dikatakan kepadamu, “berilah kelapangan di dalam majlis-majlis,” maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, “berdirilah kamu” maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan.”


Cuba kita bayangkan betapa besar dan tingginya nilai ilmu tersebut. Seseorang yang berilmu akan diangkat darjatnya ke beberapa darjat. Ini menunujukkan ilmu itu sendiri sudah berada di tahap dan martabat yang tinggi di sisi Allah, jika tidak, bagaimanakah yang dikatakan orang berilmu itu Allah angkat ke beberapa darjat yang tinggi.

Di sini saya ingin menceritakan sedikit kisah yang pernah saya lalui sewaktu di sekolah suatu masa dahulu. Pada suatu petang selepas pulang dari kelas prep (preparation class), saya dan kawan singgah di kantin yang terletak tidak berapa jauh daripada asrama kami untuk membeli minuman. Pada waktu itu terdapat beberapa orang pelajar lain yang sedang membeli juga.Jadi kami membiarkan pelajar tersebut menyudahi urusan pembelian dahulu kerana mereka yang datang dulu, tak manis la sekiranya kami memotong barisan kan.


Selepas mereka selesai dan pergi, kami pun minta la pada kakak yang menjual di kantin sekolah kami tu. Kakak ni merupakan pekerja dari Indonesia. Dalam masa kami menunggu minuman kami siap dibuat dan diberikan pada kami, sempat kami berbual dengan kakak tersebut. Kira cam beramah mesra la. Dia menceritakan tentang keadaan di tempat dia yang mana mereka sangat menghormati ilmu. Dia berasa agak pelik dengan pelajar di sekolah kami sedangkan kami merupakan pelajar sekolah agama. Agak malu rasa hati apabila ditegur dan ditanya berkaitan cara kami menghormati ilmu. Apa yang dia pelik adalah kerana dia melihat buku-buku ditinggalkan begitu sahaja di mana-mana premis. Kadang-kadang apabila ditiup angin, kertas-kertas atau nota-nota yang berada di dalam buku tersebut berterbangan ke merata tempat tetapi dibiarkan begitu sahaja oleh mata-mata yang melihat. Tidak ramai yang rajin untuk mengutip dan meletakkan di tempat yang lebih sesuai.


Yang paling menakjubkan adalah kerana dia menyatakan yang di tempat dia, ilmu sangat dijunjung dan dijaga dengan baik. Mereka tidak akan menindih buku-buku ilmiah dengan sebarang alatan atau barang-barang lain. Apa yang dinyatakan ini adalah kerana dia melihat terdapat ramai pelajar yang membawa buku dan menindihkan buku-buku tersebut dengan botol air dan kotak pensil. Betapa kagumnya saya dengan cara mereka menghormati ilmu. Mereka menjaga buku-buku ini seperti menjaga kitab suci kita, diletakkan dan disimpan ditempat yang tinggi dan tidak ditindih dengan apa-apa barang sekalipun. Subhanallah..


Cerita tersebut ketika saya masih di bangku sekolah dan berada di negara tercinta. Selepas saya berkelana ke negara syam yang pada awalnya saya fikir pasti lebih baik akhlak dan cara mereka bermuamalat dengan ilmu ini, rupanya harapan dan anggapan saya itu meleset dan salah sama sekali. Bukanlah niat saya disini untuk menghina negara para anbiya’ ini tetapi keadaan dan orang-orang disini membuatkan saya terfikir untuk berkongsi sedikit pengalaman dan kritikan yang mungkin bermanfaat buat kita semua.


Apa yang ingin saya kritik ialah mereka ini sanggup dan tegar duduk di atas buku-buku mereka untuk mengelakkan debu-debu putih atau kotoran melekat pada pakaian mereka sedangkan banyak bangku-bangku panjang yang disediakan oleh pihak universiti. Perkara ini bukan sahaja dilakukan oleh pelajar-pelajar dari kuliah yang bukan bidang agama seperti pelajar-pelajar perubatan, farmasi dan sebagainya tetapi juga oleh pelajar syariah sendiri yang mana mempelajari tentang ilmu-ilmu agama dan pastinya mengetahui betapa mulianya nilai sesuatu ilmu itu. Malangnya mereka juga turut melakukan perkara sedemikian rupa. Bayangkanlah buku yang mereka gunakan untuk dijadikan alas tersebut. Pastinya terdapat ayat-ayat Al-quran dan hadis-hadis didalamnya. Tidakkah itu seperti duduk atau lebih jelas meletakkan punggung di atas ayat-ayat suci Al-quran dan hadis-hadis tersebut? Tidakkah ia dilihat seperti menghina? Fikir-fikirkanlah…


Selain itu, saya juga pernah melihat al-quran berada didalam tandas secara terbuka yang akhirnya dibawa keluar dan diletakkan di musolla yang tidak jauh daripada tandas tersebut. Ketika itu saya berada di dalam tandas perpustakaan.Untuk mengatakan yang tiada tempat untuk diletakkan Al-quran tersebut adalah sangat mustahil. Mana mungkin di dalam perpustakaan tiada meja dan tempat untuk diletakkan sebentar Al-quran tersebut. Sekiranya kitab suci ini boleh diperlakukan sedemikian rupa, bayangkanlah kitab-kitab yang lain. Pastinya lebih daripada itu mereka sanggup memperlakukannya.


Tetapi ingin saya tegaskan disini bahawa bukanlah semua daripada mereka bersikap dengan sikap begitu, terdapat segelintir yang peka dan sensitif berkaitan perkara ini. Ini kerana pernah suatu hari, saya bersama kawan arab saya duduk bersama dan ketika kawan yang lain mengeluarkan kitab untuk duduk, dia menegah melakukannya dengan alasan terdapat ayat-ayat Al-quran didalamnya. Alhamdulillah terdapat segelintir yang masih berfikir demikian tetapi alangkah indahnya sekiranya semua daripada mereka yang begitu.


Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama tingkatkan lagi cara kita dalam menghormati ilmu tidak kira dalam apa bentuk sekalipun. Bukanlah saya menulis ini menunjukkan kesempurnaan saya dalam menghormati ilmu ini, tetapi itulah harapan buat diri sendiri dan para pembaca supaya kita lebih peka dan sensitif terhadap perkara ini. Wallahua’lam…





teruskan membaca lagi sahabat...

Bayangkanlah restoran camni ek..
Pernahkah anda makan di restoran yang mahal atau yang bertaraf VIP?
Atau taraf hidup anda seperti saya yang hanya mempunyai pengalaman melihat "orang makan" di restoran atau hotel seumpama di atas melalui televisyen atau majalah-majalah.

Jadi, mana satu golongan pun anda, saya ingin mengajak anda membayangkan suatu situasi.

Ketika anda sedang makan-makan (kalo orang cam saya kena bayangkan jer la), tiba-tiba datang suatu kumpulan orang yang berhajat untuk makan di restoran yang sama dan memilih tempat yang berdekatan dengan anda. Jarak dekat itu sehinggakan anda boleh memerhati satu persatu gelagat mereka yang berada dalam kumpulan tersebut (bayang2..jangan tak bayang).

Anda dapati mereka ini tergolong dalam golongan elit(restoran mahal la katakan), dan anda boleh infer bahawa mereka ini tidaklah daripada golongan keluarga yang ditarbiyah secara rapi berdasarkan pemakaian mereka dan segala aspek yang terzahir.Inferens ini tidaklah bermaksud anda menganggap keluarga ini atau kumpulan ini ialah sebuah kumpulan yang jahat atau buruk atau segala istilah negatif yang lain lantas menjadikan anda seorang yang su'u adzan, tetapi hanyalah cetusan pemikiran anda hasil pengalaman hidup bermasyarakat.Maka anda berfikir tiada salahnya keluarga itu cuma perlu sedikit da'wah, anda pun mendoakan mereka(cewah baik tol)

Setelah menyedari kehadiran mereka, anda tidaklah berniat untuk memerhati mereka kerana anda takut ditimpa fitnah dan anda sangat berpegang teguh kepada ayat al quran:

(alhujurat:12)وَلاَ تَجَسَّسُواْ

"..dan janganlah kamu mencari kesalahan/mengendap-ngendap(pen)

Tetapi anda, dalam keadaan sekali-sekala, memerhatikan juga mereka itu dan mendapati salah seorang daripada kumpulan itu tampak lebih islamik daripada yang lain.Anda pun berkata "erm.."(penting ke erm nih..lantak aa asal kan nmpk cam real)

Maka dipendekkan cerita, makanan dihidangkan (kepada kumpulan tadi..bukan kepada anda sebab anda tengah makan). Anda pun, tanpa niat tajassus, memerhati mereka kegembiraan kerana makanan dah sampai. Anda dapati mereka bersedia untuk makan, ada yang mengambil sudu, ada yang meletak napkin di atas peha, ada yang minum air sedikit.Setelah beberapa lama, mereka pun hendak menjamah makanan.

Tiba-tiba anda ternampak seseorang daripada mereka (yang islamic tu) menadah tangan dengan lagak seorang ingin berdoa. Tiba-tiba sekali lagi, dia seakan tersentak, terkejut, teringat sesuatu, tersedar sesuatu, atau apa-apa perbuatan yang melibatkan seseorang membuat gesture terkejut. Susulan dengan itu, dia cepat-cepat meletakkan tangan yang ditadah untuk doa tadi dan terus makan (tanpa membaca doa la nampaknya).

Maka anda yang memerhatikan peristiwa ini pun mungkin terfikir: "Apa yang menghalangnya daripada berdoa? Barangkali dia MALU dengan rakan-rakan yang lain yang tampak sekular sedikit? Ya, sememangnya itu paling layak menjadi alasannya. Ana boleh perhatikan melalui riak mukanya dan bahasa badannya."

Maka anda pun mungkin teringat kata-kata keramat guru/lecturer anda yang mengatakan "Kalo budak DQ pun dah tak nak pakai kopiah, takkan nak harap budak lain(ni takder kena mengena aaa..saje nak letak kelaka..kalo tak kelako komen la yer),".

Anda juga mungkin membuat kesimpulan jika orang Islam itu sudah malu menunjukkan amalan yang berkaitan dengan agamanya, tidak berasa izzah dengan agamanya, maka siapakah lagi yang akan berasa izzah dengannya?

Maka siapakah yang akan membela jika maruah agamanya diinjak-injak?Di manakah hendak dicari Salahuddin al-Ayubi, atau Muhammad al-Fatih di celah-celah masyarakat yang berfikirannya begini? Adakah tiada sinar baru untuk Islam?

Beginilah mungkin fikiran yang terbenak dan tercipta di fikiran anda setelah peristiwa "tidak membaca doa" itu dianalisia.

Atau adakah sesiapa yang menjadi "anda" dalam artikel ini berfikiran bahawa: "Doa makan atau lebih tepatnya doa apabila dihidangkan makanan, atau doa apabila menghadap makanan yang bermula dengan Allahumma Barik lana.... seperti yang terdapat dalam kitab Al-Azkar karangan Imam Nawawi itu ialah sebuah hadis riwayat Ibnu Sunni. Hadis tersebut bertaraf dhaif jiddan. Tidak seperti hadis dhaif yang agak moderate ke"dhaif"an yang boleh dijadikan fadhail a'mal dan etc, hadis yang bertaraf sebegitu kita boleh anggap seperti hampir-hampir ke arah satu perbuatan yang sia-sia.Membaca Bismillah sahaja sudah memadai.Wallahu a'lam

Habis cerita.

ps:tak tau la nak letak moral apa.Komen la seadanya yer.(Nampak sangat takder idea aku nih)

Ibnu Arshad,rumah 18.


teruskan membaca lagi sahabat...



Entah berapa jarak yang sudah aku tempuhi, namun…

Daku sentiasa sunyi dan sepi…

Gelisah, resah, gundah menghantui…

Ada apa dengan hati…???!!!

Hati merupakan bahagian yang terpenting didalam tubuh badan kita, bahkan kita tidak akan dapat hidup tanpanya. Jika dialam tiap-tiap negeri ada seorang raja baginya, maka hatilah “raja” bagi tubuh badan manusia .

Bagaimanakah sifat hati itu?

Hati disebut didalam bahasa Arab sebagai “Qalbun” yang bermaksud “sentiasa berdolak dalik”, penamaan itu sesuai betul dengan keadaannya yang sentiasa tidak konsisten. Adakalanya kita benci dengan seseorang, namun dalam sekejap mata kebencian itu bertukar kepada rasa cinta dan sayang. Ada juga kalanya kita sangat mencintai serta menyayangi seseorang, namun dalam sekerlip pandangan mata, rasa cinta dan sayang itu bertukar kepada perasaan benci.


Demikan pula didalam perkara keimanan, terkadang kita rasakan begitu khusyuknya kita solat, dan syahdunya kita membaca al-Quran, hinggalah terkadang kita meneteskan air mata kerana rasa rindu kepada Allah swt yang membuncah-buncah, kita merindukan mesjidnya, kita juga merindukan kitabnya, kita juga merindukan memanggil-manggil namanya. Namun terkadang kita melupakan Allah swt, tidak ingat akan zatNya, lupa keatas segala nikmatNya, bahkan sikap kita terkadang sudah menyerupai sikap ahli-ahli nerakaNya. Begitulah hati ini sentiasa berdolak-dalik.


Beruntunglah mereka yang memiliki hati yang tentram dan tenang, hatinya sentiasa terikat dengan Allah swt, maka bagi mereka surga Allah swt dan dimasukkan kedalam hamba-hambaNya yang solih. Allah swt menjelaskan didalam al-Quran keutamaan mereka yang memiliki jiwa-jiwa yang tenang didalam surah al-Fajr ayat ke 27 – 30 :


(يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ) (الفجر : 27 ) (ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً) (الفجر : 28 ) (فَادْخُلِي فِي عِبَادِي) (الفجر : 29 ) (وَادْخُلِي جَنَّتِي) (الفجر : 30 )

Yang bermaksud :

“Wahai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya, Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba- Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku”.


Hati merupakan tempat jatuhnya pandangan Allah swt, kerana disitulah niat baik dan buruk bermula, dan Allah swt telah menjelaskan kepada kita melalui lisan rasulnya yang bersabda :

عن ابن عباس رضي الله عنهما : عن النبي صلى الله عليه وسلم فيما يروي عن ربه عز وجل . قال قال (إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها وعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبعمائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة(


Yang bermaksud :


Daripada Ibnu ‘Abbas ra : daripada nabi saw sebagaimana yang diriwayatkan daripada Allah swt, beliau mengatakan “Sesungguhnya Allah swt telah menuliskan kebaikan dan keburukan, kemudian dijelaskan maksudnya, maka barangsiapa yang berkeinginan “dihatinya” untuk melakukan kebaikan maka dia belum melaksanakannya, Allah swt telah menulis baginya satu kebaikan penuh, maka jika berkeinginan melakukan satu kebaikan dan dia telah mengerjakannya, maka dituliskan baginya sepuluh kebaikan hingga digandakan kepada tujuh ratus kali ganda dan kepada kebaikan yang sangat banyak. Dan barangsiapa yang berkinginan melakukan satu keburukan maka seseorang belum melaksanakannya telah ditulis oleh Allah swt baginya satu kebaikan penuh, maka jika seseorang berkeinginan untuk melakukan keburukan, maka dia telah melaksanakannya, maka baginya telah Allah swt tulis sebagai satu kejahatan sahaja. (Bukhari Muslim)

Didalam hadis lain Rasulullah saw mengajarkan kepada kita sebagai berikut :

عن أسامة ( وهو ابن زيد ) أنه سمع أبا سعيد مولى عبدالله بن عامر بن كريز يقول سمعت أبا هريرة يقول : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن الله لا ينظر إلى أجسادكم ولا إلى صوركم ولكن ينظر إلى قلوبكم وأشار بأصابعه إلى صدره.

Yang bermaksud :


Daripada Usamah, bahawasanya beliau telah mendengar Abi said maula Abdillah bin Amir bin Kuraiz mengatakan : saya telah mendengar Abu Hurairah mengatakan : Telah bersabda Rasulullah saw “Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada (kecantikan) tubuh badan kamu, dan tidak pula melihat kepada rupa kamu, tetapi pandangan Allah jatuh kepda hati-hati kamu” seraya Rasulullah saw menunjukkan kearah dadanya (tempat hati itu berada). (Muslim)


Saudara demi melihat hati itu sentiasa berdolak dalik manakala ianya begitu penting kedudukannya disisi Allah swt, maka Rasulullah saw sentiasa beamal dengan zikir seperti dibawah ini :


عن أنس قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يكثر أن يقول يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك فقلت يا رسول الله آمنا وبك وبما جئت به فهل تخاف علينا ؟ قال نعم إن القلوب بين إصبعين من أصابع الله يقلبهما كما يشاء.

Yang bermaksud :

Daripada Anas ra beliau berkata : Bahawasanya Rasulullah saw banyak mengatakan “Wahai Yang memutarbalikkan hati, tetapkanlah hatiku keatas agamamu”. Maka saya mengatakan “Wahai Rasulullah saw kami telah beriman kepadamu dan dengan apa-apa yang datang bersamamu (al-Quran dan al-Sunnah) maka adakah engkau takut keatas kami? Beliau mengatakan “Betul, sesungguhnya hati itu terletak antara dua jari-jari Allah swt didolak-dalikkan sesuai dengan kehendaknya”. (Tirmizi)

Demikianlah keadaan hati itu, sentiasa bertukar dan berdolak dalik, marilah kita memperbanyak zikir Rasulullah saw ini :


يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك


Semoga dengan zikir ini hati kita sentiasa menjadi tentram dan tetap pada agamaNya, sehingga kita jika kembali kepada Allah swt dalam keadaan husnul khatimah (kesudahan yang baik).


“Ya Allah berilah kepada kami hati-hati yang kyusuk, hati-hati yang sujud, dan hati-hati yang bersyukur”.


wallahu'alam


teruskan membaca lagi sahabat...


salam.
some video to share with,
perhaps some of you guys have already watch it before.
it's a nice video featuring the analogy of our life.
not to mention that most of us might already have the way we see our life as.
from poems, short stories, novels, or simply quotations of some well-known figures
or just from mere anonymous,
those are some beautiful pieces that influences the way we interpret life.
As life is sometimes being so unforeseeable and subtle entity.

let's check out the video.
watch and think deeply.
view the content from every aspect.

wallahu'alam











teruskan membaca lagi sahabat...


Bismillah walhamdulillah wa solat wa salam ala rasulillah wa ahlihi wa sahbihi wa ma walah.
Saya berjaya menyiapkan beberapa post sebelum mendaftar di UIA.Syukur dan moga-moga artikel itu bermanfaat.Juga terima kasih atas feedback yang diberikan(ada jugak orang yang nak membaca,thanks kengkawan).

Tidak sedikit yang memberikan komentar yang agak bernas.Inilah mungkin kelebihan blog.Setiap sesuatu yang dibuat atau dikatakan akan di'komen' oleh pemerhati-pemerhati.Jika terdapat apa-apa kekeliruan atau sebarang disagreement akan dihantar terus kepada penulis blog.Ini dapat menghapuskan kekeliruan-kekeliruan yang
timbul atau api-api fitnah yang disebar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Kelebihan sebegini benar-benar bermanfaat terutama bagi wakil rakyat dan juga tanggungannya.

إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ،"
"Takutlah kamu terhadap sangkaan-sangkaan sesungguhnya sangkaan itu ialah berita yang paling dusta"(riwayat Bukhari,Muslim dan Abu Daud.Hadis di atas daripada Abu Hurairah).

Saya baru-baru ini telah menerima komentar pada artikel saya iaitu "Krisis Ilmu dan Masyarakat" dan juga artikel "Apabila Otak Beku dan Lidah Kelu".Antara komen pada artikel pertama ialah:Anonymous said...

"yang ada sekarang ini seperti cerita import daripada Indonesia(akak jangan marah aku ek)""Upik Abu dan Laura-sentiasa menemani saya apabila saya sedang menyapu sampah ,menyidai baju dan kerja-kerja rumah yang anak dara patut buat(keh2)"

-penulis di dlm artikel sdg mengeji(bahasa sopannya memberi komentar)bhwa cerita2 spti ini adlh picisan..namun beliau telah menyatakan statement yg menunjukkan beliau sndiri menonton drama picisan ini dan sekaligus menunjukkan penyokongan beliau kpd apa yg dikritiknya(secara tidak langsung)..mana mungkin kita mengeji dan dlm masa yg sama kita menyokong..bercanggah ilmunya dgn amlan..umpama membenci Israel kaum yg dilaknat Allah itu krn tlh membunuh bilionan juta umat Islam Palestin yg tidak berdosa dan dlm masa yg sama msh enggan memboikot brngn Yahudi(Israel)..ini slh satu contoh realiti zmn skrg..sama2 muhasabah..harap maaf segala kekasaran bahasa(jika ada)..terima kasih kerana memaafkan..terima kasih.

Komen artikel kedua harap dirujuk di link di atas.

Ya,tentunya saya terkejut.Alhamdulillah,saya tidak mampu bertindak..



seperti mana tindakan orang cetek ilmu yang mencerca dan memaki orang lain apabila ditegur;seakan-akan dia seorang yang maksum.Moga-moga Allah pelihara kita daripada perbuatan ini.

Saya menerima komentar anonymous di atas.Benar,mana mungkin kita mengeji pada masa yang sama kita menyokong.

Ingin saya jelaskan bahawa dengan menonton tidaklah bermaksud menyokong.Berapa ramai orang menonton kemungkaran di jalanan atau di program2 televisyen secara khususnya(untuk persamaan dalam fakta kes),tetapi tidak sekali menyokongnya.Saya tidak pasti adakah kita, apabila menonton siaran bola sepak,menjadikan kita menyokong segala macam yang boleh dikatakan munkar yang terlibat,seperti arak(Liverpool),Israel(Arsenal),badan yang menghukum pemain jika menunujukkan sokongan terhadap Palestin(Persatuan bola sepak Sepanyol terhadap Kanoute),dan juga judi(keseluruhan permainan itu sendiri).Adakah kita berpendirian menyokong unsur-unsur tersebut dengan hanya kita menontonnya?(saya jawab tidak)

Dan itu jika kita menonton siaran yang tiada manfaatnya selain hiburan.

Bagaimana pula jika kita menonton siaran yang kita gelarkan Islamik seperti Kiamat Sudah Dekat,Cafe Akhil Hayy atau ayat-ayat cinta itu sendiri.Bagaimana kita mencerna aspek negatif(buka aurat contoh terbesar) yang terdapat dalam cerita-cerita sebegitu?

Benar,mungkin seseorang boleh mengatakan bahawa cerita-cerita yang islamik tersebut mempunyai moralnya tersendiri(maka maksiat itu diharuskan utntuk menyampaikan moral;walaupun matlamat tak menghalalkan cara),atau kebaikannya telah 'menelan habis' keburukannya yang wujud dalam skala yang kecil(walaupun percampuran yang batil dan yang haq tetap menghasilkan yang batil;melainkanlah ada orang yang menggunakan kaedah syar'iah:"dibolehkan untuk membuat kemafsadan yang kecil untuk kemaslahatan yang besar";saya tak pastilah apa yang dimaksudkan maslahah yang besar hanya untuk menyampaikan mesej islam yang agak ringan).Tetapi adakah jika kita menontonnya kita menyokong kemungkaran yang ditonjolkan?Tentunya tidak bukan.Jelaslah bahawa menyokong tidaklah dengan semata-mata menonton.

Maka bagaimana kita letakkan asas pendirian dalam perkara sebegini?

Saya berpendapat asas personaliti perlu diambil kira.Sebagaimana manusia itu melihat sebuah gelas itu separuh penuh atau separuh kosong(meminjam kata-kata ustaz Hazrizal),begitulah juga kita apabila berhadapan dengan perkara-perkara buruk,lagha dan munkar itu sendiri.Kita perlu menCERNA maklumat yang diterima,bukan hanya telan bulat-bulat.Jadikan perkara NEGATIF yang terbentang di hadapan kita sebagai suatu yang POSITIF.

Apabila melihat musibah menimpa orang lain,kita segera bersyukur kepadaNya atas nikmat diamankan daripada musibah itu.Berat mata memandang,lagi berat bahu memikul.

Apabila melihat orang lain membuat munkar,falyughaiyiruhu(ubah,tukar) dan pandanglah ia sebagai motivasi untuk kita terus beristiqamah membuat hasanah.Ini kerana:

"..sesungguhnya jika salah seorang daripada kamu mengerjakan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan syurga melainkan sehasta,kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan(ahli syurga atau neraka),maka masuklah ia ke dalam neraka.Dan sesungguhnya jika salah seorang daripada kamu melakukan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dan neraka melainkan sehasta,kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan ahli syurga,maka masuklah ia kedalamnya(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas'ud)(Hadis ke-4 dalam hadis 40-Imam Nawawi).Apa yang dapat difahami melalui hadis ini ialah mungkin kita beramal dengan amalan makruf dengan banyak,tetapi pada saat akhir kita 'berjaya' dipalingkan oleh syaitan dan lainnya.Maka Istiqamah itu penting.(Wallahu a'lam,sila rujuk hadis 40 untuk lebih aham,terbitan Dewan Pustaka Fajar)

Atas dasar inilah,apabila kita melihat Al-Quran,bagaimana Allah menceritakan sejarah-sejarah silam yang mereka ini KUFUR kepada Allah.Allah menceritakan satu-persatu kejahatan mereka.Untuk apakah ini?Tentunya supaya diambil pengajaran.

Untuk sinetron yang menjadi bualan kita kini,BENAR tiada pengajaran yang boleh diambil.Atau terdapat pengajaran tetapi pengarah atau pencipta cerita ini tidak memaksudkan drama ini menampilkan pengajaran itu.Dengan kata lain itu hanyalah sampingan semata-mata.

Maka apakah PENGAJARAN yang dapat diambil daripada cerita ini?

Saya apabila melihat cerita itu,saya dapat memerhatikan FENOMENA REMAJA KINI;pewaris negara;yang kini sering di'bantai' dengan label-label budaya kuning,hedonisme,masalah dadah dan apa-apa yang boleh difikirkan kita sewaktu membaca artikel ini.

Apakah yang meLALAIkan generasi-Y ini daripada menumpukan diri dalam pembelajaran?

Apakah SALAH mereka sehingga ditohmah dengan segala macam perkara negatif oleh masyarakat?Di manakah KURANGnya seseorang individu apabila dia menjadi antara 'mereka-mereka' yang boleh kita perhatikan di Bukit Bintang (saya takleh nak bg contoh sbb tak penah pegi).

Bagaimanakah CARA FIKIR mereka sehingga mereka memandang baik perbuatan-perbuatan seperti rempit,dadah,pergaulan bebas dan ZINA?

Inilah yang cuba dicari oleh saya ketika menonton cerita-cerita sebegini.


Agak naif untuk saya katakan saya tidak langsung menonton sinetron tersebut dengan niat menikmatinya sebagai HIBURAN.Ya,saya akui saya menontonnya dengan gelak ketawa dan terhibur dengan unsur-unsur humor dalamnya.Tetapi saya tidak menqasadkan HANYA untuk mendapat hiburan.

Bagaimana pendirian saya kini terhadap sinetron itu?Tetap picisan atas dasar kurangnya nilai-nilai positif yang ditampilkan meskipun saya mengakui saya menontonnya.

Adakah saya mengeji?YA!

Adakah saya menyokong?TIDAK SAMA SEKALI!Saya tidak akan menyokong sebarang usaha pertambahan cerita-cerita genre sebegini di tanah air oleh artis-artis kita.

Adakah dengan pendirian MENGEJI dan TIDAK MENYOKONG menghalang saya daripada mengambil pengajaran di sebalik cerita itu?

فَاعْتَبِرُواْ يأُوْلِى الاٌّبْصَـرِ
"Maka ambillah pengajaran wahai orang yang boleh memandang(pen-)(Al Hasyr:2)

Mengenai kemaafan,saya agak teragak-agak(apa punya bahasa daa) untuk memberinya dengan mudah(saya mengharapkan perbualan direct; yakni saya ingin mengetahui identiti anoymous).Tetapi siapalah saya untuk tidak memaafkan sedangkan seperti apa yang selalu dikatakan"sedangkan nabi pon maafkan umat"(maklumat ini agak tidak tepat cuba tya ustaz).Maka saya mengucapkan "sama-sama" atas "terima kasih" anda.

Dan saya juga berminat untuk meminta maaf jika artikel yang saya post kan ini tidak menampilkan imej HUFFAZ TEKNOKRAT yang dicanang dengan agak berdegar-degar(strictly personal opinion).

Wallahu Musta'an.Moga-moga kita dalam petunjuknya selalu.

Ahmad Afiq B Arshad
Rumah,18

ps:Saya menantikan identiti si Anonymous...Takyah takut saya tak makan orang.


teruskan membaca lagi sahabat...

Saya seorang pengkagum PEMIDATO.
Ya,indidividu yang memegang title ini sering saya ta'jub(hairan kerana kagum) dan atas dasar itulah saya suka mencari-cari di mana sahaja terdapat perbahasan-perbahasan,sama ada perbahasan itu berkaitan dengan masalah agama,aspek-aspek sosial mahupunperbahasan remeh yang berkisar seperti"Eh ko la salah","Eh pasal aku lak ko la".(macam syaitan la pulak suka dok dekat ngan orang bergaduh)
Mungkin saat ini ada yang terfikir:"Eh dia ni minat pemidato,apasal suka kat perbahasan lak.Patutnya dia suka kat syarahan la.Dah bengong la tuh(ini hanya tambahan;mat rempit je cakap cam nih)".Alasan saya ialah kerana apabila perbahasan,pihak-pihak yang 'bertelingkah' itu akan cuba menegakkan pendapat masing-masing lantas dijadikanlah HUJAH-HUJAH sebagai teks ucapan mereka.Syarahan atau ucapan juga memuatkan hujah-hujah tetapi terdapat banyak faktor yang menyebabkan syarahan ini less interesting berbanding perbahasan(antaranya orang yang mensyarahkan boleh bias dalam menyampaikan fakta atau menggunakan fakta-fakta yang tidak valid)

Mat rempit yang tidak semena-mena 'difitnah'.Maaf ya.

Dan apabila saya menyebut perbahasan maka pihak yang bertelingkah itu akan 'meledakkan' hujah-hujah mereka menggunakan PERKATAAN.Dalam bahasa lainnya,mereka akan saling bertukar-tukar pendapat.Bukanlah satu perbahasan yang baik



apabila pihak yang berbahas itu bertukar carutan,makian dan segala perkataan yang termasuk dalam kategori bi'sa lismu alfusuq ba'da iman(Al-hujurat:11).Jauh sekali saya akan mendekati majlis sebegini.Lebih teruk apabila mereka ini bukan hanya bertukar-tukar pendapat,tetapi turut juga bertukar-tukar penumbuk,balingan kerusi,sepak terajang dan lain-lan yang boleh menyakitkan.Saya orang yang pertama akan lari mungkin.(kira tak la cam syaitan sangat sebab lari daripada majlis-majlis yang munkar)


Ustaz Zahazan(mintak maaf gambar 'agak' tidak sesuai)



Ustaz Zahazan antara individu yang saya minati.Saya tidak pernah mendengar ceramah beliau secara live.Saya pernah mendengar ceramah beliau di televisyen saluran tv9 dalam program bertajuk Halaqah.Halaqah ini ternyata berbeza dari segi penampilannya jika dibandingkan Bicara Mufti atau Forum Hal Ehwal Perdana(RTM).Ketika itu Ustaz Zahazan merupakan salah seorang panel yang membincangkan tajuk 'Tabarruj'.Melihat beliau ketika berucap,dengan mulutnya yang tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata membuat saya ternganga kagum(saya baru first time tengok dia ceramah)Dia mengeluarkan beberapa ayat Quran kemudian diselang selikan dengan hadis,kemudian masuk pula tafsir,kata-kata guru beliau,Yusuf al-Qardawi(Ust Zahazan memanggil Yusuf Qardawi dengan panggilan syaikhuna)."Wow,masyi giler,"komen saya.Percayalah saya bahawa untuk menyampaikan ceramah sebegitu(berselang-seli dengan Quran dan Hadis dan lainnya)ialah ibarat ibarat memandu kereta F1 yang memerlukan skill menukar dengan gear dengan cepat dan skillful.(susah...sebab tu lah Alex Yong main Formula 3000 jer..keh2)

Barack Obama dengan slogan "change we need" menarik perhatian dunia ketika beliau bertanding untuk kerusi Presiden Amerika.Saya juga tidak terkecuali dalam meminati tokoh ini.Saya pernah menyaksikan beliau berucap ketika itu di hadapan pelobi-pelobi Israel.Isi tentang Propaganda(tolong tekan link di sebelah) menyerang Iran yang tak berkesudahan.Apa yang jelas keluar bersama ucapannya ialah kewibawaan seorang pemimpin(meskipun kita masih ternanti-nanti action yang menunjukkan kewibawaannya sehingga kini).Bagaimana sesorang itu boleh membawa sekali karektor dalam ucapan?Atau dalam bahasa mudah menampilkan superiority hanya dengan kata-kata?

Banyak lagi individu yang saya kagumi cara pemidatoan mereka.2 individu di atas masing-masing saya kagumi,seorang dengan ketinggian ilmunya dan seorang lagi dalam kewibawaannya.Selain itu Dato' Seri Anwar Ibrahim,kebolehannya seperti Barack Obama(saya tengok video debat beliau dengan shabery cheek sampai pkol 2),Tuan Guru Nik Aziz yang kata-katanya tenang melembutkan kalbu dan banyak lagi.

Melihat kepada unsur persamaan yang ada antara mereka,mereka mampu berpidato tanpa henti.Dalam erti kata lain tanpa tersekat-sekat;sentiasa ada perkataan yang keluar.

Lidah mereka tidak kelu.Secara langsung otak mereka tidak beku atau kering idea atau ilmu.

Mana mungkin seseorang itu lancar,fasih lidahnya,pada masa yang sama otaknya beku dalam keadaan pegun.Bukan mengatakan orang itu yang tidak mampu berpidato dengan baik itu,seseorang yang rendah keilmuannya.Tidak jauh sekali.Hanya memikirkan tentang wujudnya semacam penyakit yang tiba-tiba menyebabkan ilmu yang terkandung dalam minda seakan-akan tidak pernah wujud.

Blank barangkali.

Maka apakah penyebab blank yang bertandang itu apabila kita naik ke pentas dan disuakan mikrofon?

Atau apabila menjadi Imam.

Atas dasar itu lah saya seharian memikirkan bagaimana saya boleh menjadi blank ketika rakaat kedua solat Isyak mengimamkan jemaah di Masjid Unta.Saya solat dalam keadaan menggigil kerana ini ialah first time bagi saya dan juga mungkin kekurangan self-esteem.



An nisa:174..argh saya terlupa.terus ruku' setelah baru membaca satu ayat.(nasib baik ayat panjang)

Dan petang tadi saya bermain bola bersama kanak-kanak(paling besar pon umo 14),maka saya telah 'disapa' mesra.

"Eh abang Cristiano Ronaldo(diorang yang panggil yerk)jadi Imam kan?Abang ader lupe kan rakaat kedua."sapaan mesra beberapa mereka(lebih kurang la)

"Tu la abang suro tasmi' tadi tak nak tolong tasmi'kan.Sebab tu la lupe"kata saya dengan nada cover."Ingat senang ke jadik imam.,"kata hati saya pula.

Senyum-senyum buat macam tiada apa-apa berlaku.

Dan saya kini masih memikirkan.

Mungkin kerana tengok cerita "UPIK ABU DAN LAURA" secara tegar,mungkin?(keh3)

Cerita Upik Abu dan Laura.Nak tengok kat mane yer bile masuk uia nanti?

Hrmm, entahlah.Cuba tanya akak,bagaimana hafalannya?(aku malas ngulang sbb tuh lupe)

Wallahu Musta'an.

ps:artikel ni takder manfaat pon.Sekadar perkongsian.

Ahmad Afiq B Arshad

Rumah,18




teruskan membaca lagi sahabat...




Terdapat iklan-iklan di televisyen yang mengempenkan budaya membaca seperti yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5(informasi tentang siapa yang mencanangkan adalah berdasarkan dzan,siapa nak betolkan sila) .Bagi saya ini(langkah mengempenkan buadaya membaca di media massa) merupakan satu langkah yang boleh dipandang baik jika dibandingkan dengan picisan-picisan yang ada sekarang ini seperti cerita import daripada Indonesia(akak jangan marah aku ek)



Upik Abu dan Laura-sentiasa menemani saya apabila saya sedang
menyapu sampah ,menyidai baju dan kerja-kerja rumah yang anak dara
patut buat(keh2)

Tetapi saya mendapati iklan hasil buatan FINAS ini tidaklah menarik dari segi isi kandungnya dan juga kualiti estetika.Tidak seperti iklan yang mengempenkan "BUDI BAHASA BUDAYA KITA",kempen tahun lepas yang dilancarkan oleh PM ke-4, yang menampilkan Adlin Aman Ramli di dalam sebuah pengangkutan awam.Kempen Budi Bahasa ini juga dilakukan agak aktif dan meluas;Siti Nurhaliza dilantik menjadi duta untuk menyanyikan lagu tema kempen ini,poster-poster di tiang-tang lampu;dan bermacam usaha untuk memaksakan penduduk Malaysia ini berBUDI BAHASA.Mengapakah terjadi layanan double standard terhadap kedua-dua kempen yang kedua-duanya mempunyai MATLAMAT(bukan cara) yang baik?Salah satunya mengajak kearah AKHLAK yang MULIA dan salah satu nya mengajak kepada penambahan ILMU. Mungkinkah faktor politik boleh diambil kira?(Saya tak nak kena ISA)

Membaca ialah satu perkara yang berkait rapat dalam proses mendapatkan pengetahuan.Jadi apabila kita membicarakan soal membaca kita membicarakan tentang pengetahuan,secara tidak langsung kita membicarakan tentang kematangan akal.

adilah daripada quran:
“(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (al-alaq:1-5)

Imam Ghazali berkata:"Ilmu itu ialah (satu perkara)usul(dasar),dan amalan itu ialah perkara furu'(cabang) tidak sempurna sesuatu perkara furu' melainkan dengan adanya perkara usul"(mintak maaf tak sempat cari tahqiq au kama qala la yer)

Kata-kata tokoh besar ini(as-sayuti menggelarnya Hujjatul Islam) ini wajar menyedarkan kita mengenai kepentingan ilmu.

Dan apabila membaca kita kaitkan dengan budaya, kita membincangkan tentang perihal masyarakat atau kematangan masyarakat itu sendiri.

Berdasarkan laporan tabiat membaca yang dibuat oleh UNESCO pada tahun 1999 menunjukkan rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun, berbanding hanya dua muka surat setahun. Mengikut dalam lapuran yang dibuat pada tahun 1997 walaupun terdapat peningkatan minat yang agak tinggi, namun nilai ini masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju.(khutbah jumaat jakim)http://http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/upload/doc/14.07.2006%20-%20JadikanAmalanMembacaSatuBudaya%20(rumi).doc

Maka menyedari hakikat ini ,adakah kita perlu hairan dengan fenomena-fenomena yang wujud kini.Kesemuanya menggambarkan tentang ketidakmatangan akal.

Rempit.

Dadah.

Budaya kuning.

Mahasiswa yang tidak produktif.

Lebih teruk lagi,produk dadah hedonisme yang menggila, sehingga seorang budak yang hanya layak masuk kindergarden apabila ditanya tentang cita-cita maka apakah jawapan yang terpacul
"Artis,"jawab budak itu.Innocent

Tidak perlu hairan juga mengapa apabila ada ujibakat realiti tv,kita lihat suasana yang kita bilangan pesertanya mungkin menyamai jemaah masjid apabila solat jumaat atau solat idul.

Mungkin pihak yang meluluskan dadah hedonisme ini suka kerana remaja sebagai generasi agen pengubah tidak akan menentang mereka,maka mereka lebih suka mengadaikan kadar intelek remaja demi menjaga 'kerusi' mereka.Kerana semua remaja kini ingin menjadi artis.Artis tidak bisa perjuang isu rakyat atau isu lebih besar iaitu AGAMA.Akhirnya terbudayalah masyarakat kita dengan budaya yang tidak menunjukkan kematangan akal(bahasa kasar takleh nak piker)

Masyarakat jumud.

Masyarakat khurafat.

Masyarakat tahyul.

Segala macam budaya yang menyesakkan otak apabila berfikir.

Dan tanggungjawab yang memberatkan bahu apabila difikir melalui sudut lain..

Saya menyeru agar kita meneruskan budaya membaca ini dalam diri kita semua.Dan juga relative terdekat. Saudara dan saudari kita di dalam Islam(Saudarai ader ker aa)

Ketahuilah bacaan utama kita(orang islam) ialah Al quran.Kemudian perdalamilah ilmu agama.

"sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan bagi nya,maka Dia akan memberikannya kefahaman dalam agama"(Riwayat Bukhari danMuslim.Hadis daripada Muawiyah)

Tapi dalam memperdalami ilmu AGAMA ini,sebenarnya terdapat isu orang yang 'keliru'.

Buku yang agak baik tetapi agak tinggi dalam nilai kesarjanaannya.

Mungkin tidak sesuai bagi orang awam tetapi kalau da basic hadith sesuai.Moga-moga tiada yang 'keliru.'

Saya tidak sekali-kali mempromote bahawa "apabila membaca perlulah berguru,siapa yang tida berguru mak gurunya ialah syaitan".Tidak keterlaluan juga saya kata frasa di atas digunakan oleh orang yang malas.

Bacalah buku apa-apa pun,tetapi jangan sehingga lembab aqal untuk berfikir dan mencerna maklumat agama.Jika ada satu hukum yang agak musykil rujuk la kepada ustaz yang mu'tabar.

Jangan kita bermatian-matian mempertahankan hukum dengan alasan "aku jumpa nih dalam buku..buku hadis lak tu"Ya,mungkin buku itu buku yang mu'tabar dan hadis-hadisnya sahih,tetapi TAKWILAN kepada hadis itu mungkin tidak sesahih hadis tesebut.

Tambahan lagi dalam masalah fekah yang diketahui amat luaslah ruang untuk berlaku khilaf(perselisihan pendapat) dalam kalangan ulama'

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya". (al-isra':36)

Maka kita sepatutnya selalu mengingati amaran Nabi SAW kepada para sahabah baginda:
"Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar)". (Riwayat Muslim).

wallahu a'lam

Ahmad Afiq bin Arshad
Rumah,18

ps:please komen jika ada kemusyikalan..




teruskan membaca lagi sahabat...

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Chat Box