~stand together~

sixth batch sambestarian's blog




Terdapat iklan-iklan di televisyen yang mengempenkan budaya membaca seperti yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5(informasi tentang siapa yang mencanangkan adalah berdasarkan dzan,siapa nak betolkan sila) .Bagi saya ini(langkah mengempenkan buadaya membaca di media massa) merupakan satu langkah yang boleh dipandang baik jika dibandingkan dengan picisan-picisan yang ada sekarang ini seperti cerita import daripada Indonesia(akak jangan marah aku ek)



Upik Abu dan Laura-sentiasa menemani saya apabila saya sedang
menyapu sampah ,menyidai baju dan kerja-kerja rumah yang anak dara
patut buat(keh2)

Tetapi saya mendapati iklan hasil buatan FINAS ini tidaklah menarik dari segi isi kandungnya dan juga kualiti estetika.Tidak seperti iklan yang mengempenkan "BUDI BAHASA BUDAYA KITA",kempen tahun lepas yang dilancarkan oleh PM ke-4, yang menampilkan Adlin Aman Ramli di dalam sebuah pengangkutan awam.Kempen Budi Bahasa ini juga dilakukan agak aktif dan meluas;Siti Nurhaliza dilantik menjadi duta untuk menyanyikan lagu tema kempen ini,poster-poster di tiang-tang lampu;dan bermacam usaha untuk memaksakan penduduk Malaysia ini berBUDI BAHASA.Mengapakah terjadi layanan double standard terhadap kedua-dua kempen yang kedua-duanya mempunyai MATLAMAT(bukan cara) yang baik?Salah satunya mengajak kearah AKHLAK yang MULIA dan salah satu nya mengajak kepada penambahan ILMU. Mungkinkah faktor politik boleh diambil kira?(Saya tak nak kena ISA)

Membaca ialah satu perkara yang berkait rapat dalam proses mendapatkan pengetahuan.Jadi apabila kita membicarakan soal membaca kita membicarakan tentang pengetahuan,secara tidak langsung kita membicarakan tentang kematangan akal.

adilah daripada quran:
“(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (al-alaq:1-5)

Imam Ghazali berkata:"Ilmu itu ialah (satu perkara)usul(dasar),dan amalan itu ialah perkara furu'(cabang) tidak sempurna sesuatu perkara furu' melainkan dengan adanya perkara usul"(mintak maaf tak sempat cari tahqiq au kama qala la yer)

Kata-kata tokoh besar ini(as-sayuti menggelarnya Hujjatul Islam) ini wajar menyedarkan kita mengenai kepentingan ilmu.

Dan apabila membaca kita kaitkan dengan budaya, kita membincangkan tentang perihal masyarakat atau kematangan masyarakat itu sendiri.

Berdasarkan laporan tabiat membaca yang dibuat oleh UNESCO pada tahun 1999 menunjukkan rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun, berbanding hanya dua muka surat setahun. Mengikut dalam lapuran yang dibuat pada tahun 1997 walaupun terdapat peningkatan minat yang agak tinggi, namun nilai ini masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju.(khutbah jumaat jakim)http://http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/upload/doc/14.07.2006%20-%20JadikanAmalanMembacaSatuBudaya%20(rumi).doc

Maka menyedari hakikat ini ,adakah kita perlu hairan dengan fenomena-fenomena yang wujud kini.Kesemuanya menggambarkan tentang ketidakmatangan akal.

Rempit.

Dadah.

Budaya kuning.

Mahasiswa yang tidak produktif.

Lebih teruk lagi,produk dadah hedonisme yang menggila, sehingga seorang budak yang hanya layak masuk kindergarden apabila ditanya tentang cita-cita maka apakah jawapan yang terpacul
"Artis,"jawab budak itu.Innocent

Tidak perlu hairan juga mengapa apabila ada ujibakat realiti tv,kita lihat suasana yang kita bilangan pesertanya mungkin menyamai jemaah masjid apabila solat jumaat atau solat idul.

Mungkin pihak yang meluluskan dadah hedonisme ini suka kerana remaja sebagai generasi agen pengubah tidak akan menentang mereka,maka mereka lebih suka mengadaikan kadar intelek remaja demi menjaga 'kerusi' mereka.Kerana semua remaja kini ingin menjadi artis.Artis tidak bisa perjuang isu rakyat atau isu lebih besar iaitu AGAMA.Akhirnya terbudayalah masyarakat kita dengan budaya yang tidak menunjukkan kematangan akal(bahasa kasar takleh nak piker)

Masyarakat jumud.

Masyarakat khurafat.

Masyarakat tahyul.

Segala macam budaya yang menyesakkan otak apabila berfikir.

Dan tanggungjawab yang memberatkan bahu apabila difikir melalui sudut lain..

Saya menyeru agar kita meneruskan budaya membaca ini dalam diri kita semua.Dan juga relative terdekat. Saudara dan saudari kita di dalam Islam(Saudarai ader ker aa)

Ketahuilah bacaan utama kita(orang islam) ialah Al quran.Kemudian perdalamilah ilmu agama.

"sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan bagi nya,maka Dia akan memberikannya kefahaman dalam agama"(Riwayat Bukhari danMuslim.Hadis daripada Muawiyah)

Tapi dalam memperdalami ilmu AGAMA ini,sebenarnya terdapat isu orang yang 'keliru'.

Buku yang agak baik tetapi agak tinggi dalam nilai kesarjanaannya.

Mungkin tidak sesuai bagi orang awam tetapi kalau da basic hadith sesuai.Moga-moga tiada yang 'keliru.'

Saya tidak sekali-kali mempromote bahawa "apabila membaca perlulah berguru,siapa yang tida berguru mak gurunya ialah syaitan".Tidak keterlaluan juga saya kata frasa di atas digunakan oleh orang yang malas.

Bacalah buku apa-apa pun,tetapi jangan sehingga lembab aqal untuk berfikir dan mencerna maklumat agama.Jika ada satu hukum yang agak musykil rujuk la kepada ustaz yang mu'tabar.

Jangan kita bermatian-matian mempertahankan hukum dengan alasan "aku jumpa nih dalam buku..buku hadis lak tu"Ya,mungkin buku itu buku yang mu'tabar dan hadis-hadisnya sahih,tetapi TAKWILAN kepada hadis itu mungkin tidak sesahih hadis tesebut.

Tambahan lagi dalam masalah fekah yang diketahui amat luaslah ruang untuk berlaku khilaf(perselisihan pendapat) dalam kalangan ulama'

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya". (al-isra':36)

Maka kita sepatutnya selalu mengingati amaran Nabi SAW kepada para sahabah baginda:
"Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar)". (Riwayat Muslim).

wallahu a'lam

Ahmad Afiq bin Arshad
Rumah,18

ps:please komen jika ada kemusyikalan..



11 KOMENTAR:

afiq.. mantop la ko.. hurm.. tapi ade gak yang ak xpham.. aku rse isi tu kne tambah sket lagi.. ak bukan pe.. tapi nampaknye kupasan ko menarik..

fuy0oo...mantap gler....
cite laura bes...tp pasni dh xley tgk dh...huhu

to pika:aku mmg nak kupas tapi dah kol 4 pagi..

to lebah:aa yer aku setuju ngn citer picisan tuh

huhu.. cter indon tak best!! haha..

slm, well written and well said.

Hmm, hadith itu daripada Muawiyah r.a. diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, klu tak silap ana, mls nk bukak kitab Bulughul Maram, besol.

Anyway, keep up the good work.

WaAllahua'lam.

ok tme kasih atas takhrij diberikan

afiq.. jgn lupe wat label tok stp post ko.. t senang reader nak bce.. huhu.. wat label baru la..

to afiq..
pe kate ko kupas sal isu remaja ke...huhu

tgk la aku asyik tido kol 4 jer

"yang ada sekarang ini seperti cerita import daripada Indonesia(akak jangan marah aku ek)"



"Upik Abu dan Laura-sentiasa menemani saya apabila saya sedang
menyapu sampah ,menyidai baju dan kerja-kerja rumah yang anak dara
patut buat(keh2)"

-penulis di dlm artikel sdg mengeji(bahasa sopannya memberi komentar)bhwa cerita2 spti ini adlh picisan..namun beliau telah menyatakan statement yg menunjukkan beliau sndiri menonton drama picisan ini dan sekaligus menunjukkan penyokongan beliau kpd apa yg dikritiknya(secara tidak langsung)..mana mungkin kita mengeji dan dlm masa yg sama kita menyokong..bercanggah ilmunya dgn amlan..umpama membenci Israel kaum yg dilaknat Allah itu krn tlh membunuh bilionan juta umat Islam Palestin yg tidak berdosa dan dlm masa yg sama msh enggan memboikot brngn Yahudi(Israel)..ini slh satu contoh realiti zmn skrg..

sama2 muhasabah..harap maaf segala kekasaran bahasa(jika ada)..terima kasih kerana memaafkan..terima kasih

rakyat malaysia memang ramai yang tidak suke membaca...

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Chat Box