Dalam satu ceramah yang biasa, apabila disebutkan sahaja soal bid'ah, maka orang ramai pasti akan mengekang mata dan memasang telinga(no kidding, even myself up till now), untuk meng"confirm"kan pendirian penceramah tersebut, adakah semua bid'ah itu sesat ataupun terdapatnya istilah bid'ah hasanah dan bid'ah dhalalah dan apa sahaja tema yang hendak digunakan.
Hakikatnya, masyarakat hari ini dilanda satu penyakit suka belajar ilmu agama
secara terbalik. What, don't believe me? You can even try asking a "budak sekolah agama" on matters regarding what is nikah, what are the conditions to nikah, etc. They can answer the questions like they ate the textbooks. But when we try asking them: WHAT IS ISLAM? I'd bet half of them, no, third quarter of them can't even answer that very basic, ridiculously fundemental question as to what IS Islam?
Maybe that's a bit farfetched, but hey, I've already did a survey on that question and none of them were able to answer my question satisfactorily.
The same goes with bid'ah. People today are more well versed with the term "bid'ah" than they do with "ibadah". They know bid'ah first before they even knew what is ibadah. Well then, what is the true concept of ibadah as compared to bid'ah?
Berkata Imam Ibn Hajar Asqalaniy :
"Asal hukum di dalam ibadat adalah tawaqquf (berhenti sehingga ada dalil)."
(rujuk Fath Bari jil 4 ms. 174)
Kata Bujairami As-Syafie dalam menukilkan kata Syaubari:
"Asal hukum di dalam ibadat, ialah, jika tidak dituntut, maka ia terbatal."
(rujuk Hasyiah al-Bujairami ‘ala al-Khatib, jil 3 ms. 497)
Kata As-Syeikh Said bin Ali Al-Qahtani:
(rujuk Fiqh al-Da‘wah fi Sahih al-Imam al-Bukhari, jil 4 ms. 195)
Daripada Ibn Qayyim Jauziyah katanya:
"Asal hukum di dalam ibadat adalah terbatal melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya."
(rujuk Ahkam Ahli Dhimmah jil 1 ms. 121)
Daripada Syeikhul Islam Ibn Taimiyah:
“Maka dengan membanci usul syariah, kita mengetahui bahawa ibadat-ibadat yang diwajibkan oleh Allah atau yang disukai oleh Allah tidak thabit (kewujudannya) melainkan dengan dalil syarak. Adapun adat, adalah kebiasaan manusia tentang dunia mereka daripada apa yang diperlukan oleh mereka, dan asal hukum di dalam hal ini adalah tidak dilarang, oleh itu tidak dilarang melainkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T. Demikian itu kerana perintah dan larangan adalah syariat Allah dan ibadat tidak boleh tidak mestilah sesuatu yang diperintahkan, maka apa-apa yang tidak thabit bahawa ia diperintahkan bagaimana hendak dihukum bahawa ia adalah ibadah? Begitu juga sesuatu yang tidak thabit di dalam ibadat bahawa ia dilarang, bagaimana boleh dihukum bahawa ia dilarang? Oleh demikian, Ahmad (Bin Hanbal) dan selain beliau dari kalangan Fuqaha’ ahli hadith berkata: Sesungguhnya asal hukum di dalam ibadat adalah tawqif (berdasarkan dalil), maka tidak disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah Taala”.
All right, conclusion time:
After all the lengthy reading, what our sheikhs are trying to say is that:
Di dalam kita beribadah, jikalau tidak terdapatnya dalil atau suruhan untuk buat suatu ibadah, maka janganlah kita buat kerana dikhuatiri kita mengada-adakan sesuatu perkara di dalam agama kita. Daripada Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barang siapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya, maka ia tertolak. (Bukhari jil 2 no. 959 dan Muslim jil 3 no. 1343)"
Alasan seperti : "Eh, ustaz tu kate boleh buat.." atau "Apa salahnya, kan benda ni baik.." dengan ini tertolak. Dan kepada mereka yang tertanya-tanya: "Abis tu, kita tak boleh lah nak naik kereta tak pun lrt, sbb nabi tak suruh naik pun..."
Perlu kita jelas bahawa apa yang dimaksudkan oleh Rasul kita Muhammad s.a.w. dalam hadith Aisyah itu ialah berkenaan ibadah yang khusus yakni solat, puasa, zakat etc.
Manakala di dalam perkara-perkara muamalat pula asal hukumnya ialah:
"Asal sesuatu perkara muamalat itu ialah harus melainkan ada dalil yang melarangnya."
Hukum ini berdasarkan kepada hadith :"Kamu lebih mengetahui soal dunia kamu." (Sorry tak takhrij hadith ni, dh mls nk cari dh...)
So, having mentioned all of the above, thus, it is highly recommended for us to concentrate on practicing as much authentic evidence from the Quran and hadith as possible. The number of these authentic evidences from the Quran and hadith is so huge let alone to have all the time you need to read and learn about them but to practice some of them.
WaAllahua'lam.
5 KOMENTAR:
erm bagus.siap ader takhrij.
Ader musykil sikit tapi bnda furu' la...
ps:Ko ade Majmu'Fatawa ke kat umah?
Haha, takder.
Majmu'Fatawa salah satu kitab yang ingin dimiliki tp blom ade rezeki lg untuk memiliki.
Hujjah2 smua ni bnyk curi drpd buku Dr Asri ngan perbahasan kat dlm fikrah.net
ps: klu sape2 tau mane bleh beli kitab majmu fatawa bleh bgtau..
boleh post entry regarding perkara2 yang boleh menyatukan ummat tak..Aqidah terutamanya..aqidah tak kuat..tak kuat lah dalaman kita..ana juz mencdgkan shj..
InsyaAllah ana akan usahakan.
Tp bukan dlm masa yang terdekat ni lah. Ade exam minggu depan...
hisyam,,
rasenye prkara yg ingin anda smpaikn dlm post ni belum ckp spesifik,,
spesifik sket..
Post a Comment