~stand together~

sixth batch sambestarian's blog

INI ADALAH ARTIKEL COPY AND PASTE..

Persoalan akidah sebenarnya merupakan perkara yang amat mudah difahami bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Ianya dijelaskan dengan amat mudah dan terang supaya mudah difahami oleh makhluk Allah. Allah S.W.T tidak akan memberatkan dan menyusahkan kita dengan memikirkan perkara-perkara ghaib yang mana akal manusia biasa, tidak akan mungkin dapat memikirkannya. Akan tetapi, perkara ini menjadi rumit apabila perbahasan ini dicampur adukkan dengan pandangan-pandangan yang mencelarukan minda daripada golongan Mu’tazilah, Jahmiah, ahli-ahli falsafah dan sebagainya yang banyak meletakkan akal semata-mata sebagai batu asas mereka dalam mencari sesuatu hakikat. Ini bukan sahaja tidak dapat mencari hakikat yang dihajati, bahkan ianya menyebabkan manusia lebih jauh daripada kebenaran. Dan ini adalah tertolak sama sekali dalam syariat Islam.
Jumhur ahlu as-sunnah wa al-jama’ah bersepakat bahawa nama-nama Allah S.W.T adalah tauqifiah. Iaitu akal tiada ruang untuk memikirkannya, kerana nama-nama Allah S.W.T merupakan perkara ghaib dan tidak mungkin bagi kita mengetahuinya melainkan dengan kalam Allah sendiri dan wasilah para rasul yang menyampaikannya kepada manusia. Maka



qias ataupun ijtihad tidak boleh dilakukan dalam hal ini. Sifat-sifat Allah S.W.T ini boleh diketahui melalui dengan nama-namaNya yang husna.
Pendukung ahli as-sunnah wa al-jamaah telah menetapkan beberapa kaedah umum atau asas dalam mengenal sifat-sifat Allah S.W.T pada nama-namanya yang husna. Kaedah ini didapati dengan hasil daripada kajian meraka dan penelitian yang mendalam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih.
Firman Allah S.W.T :
وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِہَا‌ۖ وَذَرُواْ ٱلَّذِينَ يُلۡحِدُونَ فِىٓ أَسۡمَـٰٓٮِٕهِۦ‌ۚ سَيُجۡزَوۡنَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
“Hanya milik Allah asmaa-ul husna, Maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya nanti mereka akan mendapat Balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-A’raf : 180)
Dan telah thabit di dalam kitab sohih Imam Bukhari dan Muslim dalam hadis Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata : Rasulullah S.A.W telah bersadba :
إن لله تسعة و تسعين اسما, مائة إلا واحدا, من أحصاها دخل الجنة
( Sesungguhnya bagi Allah S.W.T 99 nama, 100 kurang satu, barangsiapa yang menghitungnya akan memasuki syurga )
Para alim ulama’ mensyarahkah kalimah ( أحصاها ) dalam hadis tersebut dengan sesiapa yang menghafal dan memahami maknanya akan memasuki syurga.
Mereka -ahli as-sunnah wa al-jama’ah- telah menetapkan 4 kaedah umum yang mudah difahami oleh orang awam dalam mengenal sifat-sifat Allah S.W.T yang maha suci daripada segalanya. Dan kaedah-kaedah ini mempunyai kaitan yang amat rapat dalam mengenal nama-nama Allah S.W.T yang husna.
4 kaedah tersebut adalah seperti berikut :
Kaedah pertama : Hendaklah tidak menyerupakan Allah dengan segala sesuatu pun sebagai batu asas dalam memahami nama-nama Allah dan sifat-sifatnya yang maha sempurna.
Allah S.W.T sendiri telah membuktikan dalam firmannya :
فَاطِرُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا وَمِنَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ أَزۡوَٲجً۬ا‌ۖ يَذۡرَؤُكُمۡ فِيهِ‌ۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ
وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
“Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan , dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.” (Asy-Syura : 11)
Dalam ayat ini Allah S.W.T telah menyatakan bahawa diriNya tidak menyerupai sesuatupun daripada ciptaannya. Dan maha suci Allah daripada menyerupai makhluk ciptaannya.
Imam Auza’ie, Imam Malik, Imam At-Thauri dan Imam Al-Laith rahimahumullah, mereka ditanya tentang hadis-hadis yang menceritakan tentang sifat-sifat Allah S.W.T lalu mereka berkata :
أَمِرُّوهَا كَمَا جَاءَتْ بِلَا كَيْف
“Perlakukan ia sebagaimana ia datang dengan tanpa membagaimanakan”
Kaedah kedua : Hendaklah menerima dan beriman kepada nama-nama Allah dan sifat-sifatnya.
Kaedah ini terbahagi kepada 2 bahagian.
Bahagian pertama : Menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan rasulNya ke atas diriNya.
Kita hendaklah beriman dengan segala yang telah ditetapkan oleh Allah dan rasul dengan tanpa membagaimanakan. Firman Allah S.W.T :
وَجَآءَ رَبُّكَ وَٱلۡمَلَكُ صَفًّ۬ا صَفًّ۬ا
“Dan datanglah Tuhanmu; sedang Malaikat berbaris-baris.” ( Al-Fajr : 22 )
Dalam ayat ini Allah telah menetapkan dengan sifatnya datang. Maka hendaklah kita beriman dengan tidak membagaimanakan dan tidak menyerupakan sifat datang itu seperti sifat datangnya makhluk.
Bahagian kedua : Menafikan apa yang telah dinafikan oleh Allah S.W.T dan rasulnya.
Allah S.W.T telah menafikan dirinya dengan sifat tidak mengantuk, tidak tidur, tidak melahirkan, tidak dilahirkan, tidak diberi makan dan segala sifat yang menunjukkan kekurangan pada sifat Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T :
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ
“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur.” ( Al-Baqarah : 255)
Firmannya lagi :
لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ
“ Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,” (Al-Ikhlas : 3 )
Firmannya lagi :
قُلۡ أَغَيۡرَ ٱللَّهِ أَتَّخِذُ وَلِيًّ۬ا فَاطِرِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَهُوَ يُطۡعِمُ وَلَا يُطۡعَمُ‌ۗ قُلۡ إِنِّىٓ أُمِرۡتُ أَنۡ أَڪُونَ أَوَّلَ مَنۡ أَسۡلَمَ‌ۖ وَلَا تَڪُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ
“Katakanlah: "Apakah akan aku jadikan pelindung selain dari Allah yang menjadikan langit dan bumi, Padahal Dia memberi Makan dan tidak diberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintah supaya aku menjadi orang yang pertama kali menyerah diri (kepada Allah), dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang musyrik."” (Al-An’aam : 14 )
Dan bermacam-macam lagi contoh penafian Allah S.W.T terhadap sifat yang tidak layak bagi diri-Nya. Dan wajib bagi kita untuk menafikannya juga.
Akan tetapi segala sifat yang menunjukkan kekurangan Allah S.W.T ianya wajib dinafikan. Ini bersesuaian dengan dengan sifatNya yang maha mulia dan suci.
Kaedah ketiga : Berdiam diri dengan apa yang tidak ditetapkan atau yang tidak dinafikan oleh Allah dan rasulnya.
Sebagaimana yang telah diterangkan tadi bahawa sifat-sifat dan nama-nama Allah S.W.T adalah tauqifiah. Maka kita tidak boleh memikirkan ataupun meletak apa-apa nama kepada Allah S.W.T walaupun ia mempunyai maksud yang baik.
Contohnya nama Nabil yang membawa makna cerdik. Akan tetapi Allah S.W.T tidak menetapkan ataupun menafikan nama tersebut bagi dirinya maka hendaklak kita berdiam diri.
Firman Allah S.W.T :
وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Al-Israa’ : 36)
Manakala jika nama-nama yang membawa kepada kekurangan pada sifat-sifat Allah wajib dinafikan.
Kaedah keempat : Dengan tanpa sebarang tahrif (تحريف) ataupun ta’wil (تأويل), tamtsil (تمثيل), takyiif (تكييف), dan ta’til (تعطيل).
Tahrif ataupun ta’wil ialah dengan mengubah nama pada lafaz dan sifat. Firman Allah S.W.T :
ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ
“ (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arasy” ( thaahaa : 5 )
Segolongan ulama telah melakukan pena’wilan pada kalimah bersemayam (ٱسۡتَوَىٰ ) kepada maksud menguasai استولى) ). Akan tetapi pena’wilan ini bercanggah dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T bahawasanya Dia bersemayam di atas Arasy.
Imam Malik rahimahullah -pengasas mazhab maliki- pernah ditanya mengenai al-istiwa’ (الإستواء) dalam satu majlis ilmunya. Dan Imam Malik menjawab :
الإستواء معلوم والكيف مجهول والإيمان به واجب والسؤال عنه بدعة.
“Al-Istiwa’ (bersemayam) dimaklumi dan bagaimana pula tidak diketahui dan beriman dengannya adalah wajib dan bertanya tentangnya adalah bid’ah”
Imam Malik pun menghalau si penanya tadi kerana dia telah membuatkan orang lain was-was.
Imam Abu Hasan Al-Ash’ari menerangkan makna (الإستواء) bahawa Allah S.W.T bersemayam di atas Arasynya sesuai dengan kebesaran dan kesucian-Nya.
Maka wajib bagi kita untuk beriman dengannya.
Tamtsil iaitu dengan menyerupakan Allah dan makhluk-Nya atau menyerupakan makhluk dan Allah. Sebagaimana yang telah disebutkan tadi, tidak boleh menyerupakan Allah S.W.T dengan apa sekali pun.
Dan firman Allah S.W.T menegaskan :
“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.”
Takyiif iaitu dengan membagaimanakan atau menggambarkan sifat-sifat Allah S.W.T. Ini banyak berlaku kepada ahli-ahli falsafah yang mempelajari ilmu akidah dengan menggunakan akal semata-mata. Mereka banyak mempersoalkan sifat-sifat Allah S.W.T dan akhirnya mereka melakukan pena’wilan. Dan hendaklah bagi kita beriman dengan mana-mana sifat Allah S.W.T dengan tanpa membagaimanakan sebaigamana kaedah tadi :
أَمِرُّوهَا كَمَا جَاءَتْ بِلَا كَيْف
“Perlakukan ia sebagaimana ia datang dengan tanpa membagaimanakan”
Ta’til iaitu dengan menafikan atau meningkari mana-mana sifat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T ke atas dirinya. Penafian ini biasanya dilakukan oleh kumpulan Jahmiah yang dinisbahkan kepada Jahm bin Safwan. Golongan ini menafikan segala sifat-sifat Allah seperti tangan, wajah, pendengaran, penglihatan dan sifat-sifat lain yang telah ditetapkan-Nya.
Sebagaimana yang telah dibahaskan, kita diminta beriman dengan segala yang telah ditetapkan atau yang telah dinafikan oleh Allah S.W.T dan rasul-Nya. Dan kaedah yang keempat ini melengkapkan tiga kaedah sebelumnya.
Kesimpulannya, kita dapat mengenal sifat-sifat Allah S.W.T melalui 4 kaedah, iaitu :
1. Tidak menyerupakan Allah S.W.T dengan sesuatu pun.
2. Beriman dengan apa yang telah ditetapkan dan dinafikan oleh Allah S.W.T dan rasul-Nya.
3. Berdiam diri dengan apa yang tidak ditetapkan dan dinafikan oleh Allah S.W.T dan rasul-Nya.
4. Dengan tanpa tahrif, tamtsil, takyiif dan ta’til.
Wallahu a’lam.
____________________________________________________
Rujukan :
1. Syarhu asma’ Allah al-husna fi dau’i al-kitab wa as-sunnah oleh Sa’ied bin Wahaf Al-Qahtani.
2. Kuliah Ust Fathul Bari : Al-Asma Al-Husna
3. Al-Ibanah ‘an usul ad-dianah oleh Al-Imam Abu Hasan Ali bin Ismail Al-Asy’ari.
4. Syarhu asma’ Allah al-husna oleh Al-Alamah Abdul Rahman bin Nasir As-Sa’die

7 KOMENTAR:

Bagaimana pula dengan kaedah sifat 20 yang melimitkan sifat-sifat Allah dan dipenuhi dengan perbahasan ilmu kalam? Hmm..

Dan ana juga nak sarankan kepada kita semua untuk membaca kitab Syarh Al-Aqeedah Al-Wastitiah karangan Ibn Taimiyah mengenai perbahasan akidah di mana kitab itu ana kira cukup mantap dari segi penulisan dan penjelasannya.
Of course, you can refer to other kitabs as well like Taqrib Tarmudiah karangan Syeikh Uthaimin ataupun Syarah Aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah oleh Ust. Yazid Abd Qadir Jawwas.

WaAllahua'lam.

Sesungguhnya kaedah sifat 20 itu ialah satu cabang kepada ma'rifat atau lebih sesuai dipanggil nazar(nun wal dzo wal ra').Tidak seorang pun menceritakan tentang KURANGnya kandungan ilmu mengenai sifat-sifat Allah.Mereka-mereka yang mengkritik hanyalah menyentuh tentang cara penyampaiannya yang agak kurang sesuai bagi dakwah itu dijalankan dengan meluas.
Tidak perlu dipeduli tentang mereka kerana mereka telah mengambil wasilah itu untuk mencapai ma'rifat(awwalud din).Apa yang lebih penting untuk dibetulkan ialah golongan yang benar-benar menyeleweng.Inilah yang dapat difahami apabila melihat hadis
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ditukar dengan tangan.."
dan juga nas-nas yang berkaitan tentang amar makruf dan nahi munkar itu sendiri.Inilah juga perjuangan akidah yang sejati.Untuk menggambarkan Islam as it is.Apa yang lebih aula untuk ditentang ialah fahaman-fahaman mengenai Islam yang BENAR-BENAR merosakkan akidah.Peliklah kita jika kita sibuk menghentam aliran asya'irah atau maturidiah dan mazhab ilmu kalamnya yang lain,tetapi kita boleh lunak dengan ancaman lembut Islam Liberal,Syiah,sekularism dan lainnya.Golongan inilah yang perlu di'tackle' terlebih dahulu.InsyaAllah artikel yang akan membahaskan mengenai ini akan saya susulkan jika diberi kekuatan dan peluang(artikel yang diberi tajuk baina alfiqh wa addakwah)

Terlebih dahulu ana ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara afiq kot kerana mengingatkan ana untuk kembali kepada konsep baina alfiqh wa addakwah.

Betul, ana kurang setuju dengan cara pendekatan dan perbahasan sifat 20 jika nak dibandingkan dengan tauhid 3. Tetapi itu tidak bermaksud ana menolak 100% kaedah sifat 20 kerana ini merupakan preference masing-masing dalam proses kita mengenal Allah s.w.t disebabkan tiadanya dalil dan nas yang khusus yang mewajibkan kita kepada sifat 20 ataupun tauhid 3. Ana juga mengiktiraf kehebatan dan sumbangan Asyaari dan Maturidi sebagai ulama'besar yang hebat yang berjaya menyelamatkan umat Islam daripada ancaman kerosakan akidah pada zaman mereka yang terjerumus dengan falsafah dan ilmu kalam. Alhamdulilah, tiada "pergeseran" di situ.

Ana juga tidak bermaksud untuk mengabaikan ancaman luar seperti yang saudara mentionedkan above, yakni Islam Liberal, syiah etc. Tapi ana lebih sukakan pendekatan membetulkan diri sendiri sebelum kita sibuk untuk menyalahkan orang lain. In simpler words, betulkan akidah kita, kembali kepada Quran dan Sunnah, sebelum kita start menyalahkan pihak2 seperti mereka yang memesongkan akidah umat Islam.
Of course, ini tidak bermaksud ana sokong gerakan2 seperti ini yang membuat kacau kepada umat Islam. Tetapi kita mesti ingat bahawa Ghawzul fikri (serangan pemikiran) dan segala bentuk ancaman lain akan sentiasa menimpa umat Islam.

"Never will the Jews and the Christians be satisfies with you unless you follow their form of religion..." (Surah Baqarah verse 120)

Samalah juga tujuan ana menulis artikel sebelum ini yang bertajuk Ibadah dan Bid'ah. Ini tidak bermaksud kita mestilah bersikap keras kepada masyarakat luar dengan mengatakan :"Ini bid'ah. Itu bid'ah!" atau lebih drastik lagi "Kamu sesat!" Nauzubillah. Tetapi apa yang ana harapkan kita mulakan dengan perkenalkan mereka kepada konsep sebenar ibadah dengan harapan mereka akan faham dan kembali kepada ajaran Islam yang suci dan murni.

Dan pada pandangan ana yang tidak seberapa ini, sebenarnya umat Islam sendirilah yang menghilangkan sinar Islam untuk sampai kepada agama2 lain lantas membuka peluang kepada mereka musuh2 Islam untuk menyerang umat Islam. Dan implikasinya bagi mereka yang tidak mempunyai asas akidah yang mantap atau basic seperti bdak2 sambest, mereka akan mudah untuk terjerumus kepada ancaman2 yang disebutkan tadi.

Hmm, itu jer kot. Nak tulis pnjang2, nnti mcm artikel baru lak. Thanks again anyway for the reminder. And I will be looking forward to ur next article. Conclusion, kembali kepada Quran dan sunnah, nescaya kita tidak akan sesat selama-lamanya.

WaAllahua'lam.

erm,
terima kasih atas komen bernas.Jdi dalam memperkatakan tentang ke aula an dakwah itu..saya cuma minat untuk nafyu wal isbat jer..

Dan dalam memberi komen saya tidak menghighlight ttg artikel-artikel kecuali artikel ini.Tidak sekali untuk mengatakan sesiapa yang berbicara tentang bid'ah dan lainnya
bersikap keras,jauh sekali untuk mengatakan orang itu menyokong gerakan terlaknat itu.Sikap keras itu acapkali dapat dikesan melalui percakapan,jarang sekali dapat dikesan melalui tulisan.

Mungkin apa yang saya ingin katakan melalui komen tadi ialah galakan kepada mengurangkan menDEDAHkan keburukkan ahli-ahli kalam itu sebaliknya jika ada sesuatu pendedahan yang perlu dibuat dedahlah mengenai mereka yang suka menyerang itu.Ini kerana sesiapa yang mempelajari bahasa suatu kaum itu tidak akan terpedaya dengan tipu daya kaum tersebut.Ini semestinya satu nasihat yang ditujukan kepada diri saya(tetibe terpublish lak)

Ya,salahnya dari mereka tetapi yang perlu dibetulkan ialah diri kita.Maka pendedahan tentang akidah yang sahih ini perlu dihebahkan.Bersama memberi tahu apakah masalah yang menjangkiti badan umat ini.Adakah mat rempit itu merempit kerana mereka belajar sifat 20 dan .Dan juga memberi tahu kepentingan akidah sahih.Di mana hilangnya semangat umat islam itu untuk memajukan diri demi mardhotillah.

Tidak berniat untuk memberi arahan mahupun galakan.Apa-apa artikel yang dipercayai memberi publish lah.Semoga Allah memelihara saya daripada menulis perkara yang mafsadahnya lagi besar daripada maslahah

alfaqiru ila Allah

aaa lagi sebijik memang nak kena guna ana ker...saya guna 'saya' sebagai permudahan dalam menghadapai audien yang bervariasi gender.rasa cam geli la ko gune ana

Haha, sebenarnya ak pun geli gak bile nk ckp kat ko "ana"

Mungkin sbb dh terbiasa ckp mcm tu kat blog orang lain. Lgpun sbb ak pikirkan yg ni kire perbahasan formal lah gak kan.

Tp, ak bleh gune bahasa tak formal klu yg lain tak kesah dan bleh phm.

WaAllahua'lam.

haha..antara kiter dua gne aku ko jer la..tapi kalo org len kite gune cara masing2.

[قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلاً ]

Say: "Each one does according to Shakilatihi, and your Lord knows best of him whose path is right.'')

wallahu a'lam

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Chat Box