~stand together~

sixth batch sambestarian's blog


Bismillah walhamdulillah wa solat wa salam ala rasulillah wa ahlihi wa sahbihi wa ma walah.
Saya berjaya menyiapkan beberapa post sebelum mendaftar di UIA.Syukur dan moga-moga artikel itu bermanfaat.Juga terima kasih atas feedback yang diberikan(ada jugak orang yang nak membaca,thanks kengkawan).

Tidak sedikit yang memberikan komentar yang agak bernas.Inilah mungkin kelebihan blog.Setiap sesuatu yang dibuat atau dikatakan akan di'komen' oleh pemerhati-pemerhati.Jika terdapat apa-apa kekeliruan atau sebarang disagreement akan dihantar terus kepada penulis blog.Ini dapat menghapuskan kekeliruan-kekeliruan yang
timbul atau api-api fitnah yang disebar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Kelebihan sebegini benar-benar bermanfaat terutama bagi wakil rakyat dan juga tanggungannya.

إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ،"
"Takutlah kamu terhadap sangkaan-sangkaan sesungguhnya sangkaan itu ialah berita yang paling dusta"(riwayat Bukhari,Muslim dan Abu Daud.Hadis di atas daripada Abu Hurairah).

Saya baru-baru ini telah menerima komentar pada artikel saya iaitu "Krisis Ilmu dan Masyarakat" dan juga artikel "Apabila Otak Beku dan Lidah Kelu".Antara komen pada artikel pertama ialah:Anonymous said...

"yang ada sekarang ini seperti cerita import daripada Indonesia(akak jangan marah aku ek)""Upik Abu dan Laura-sentiasa menemani saya apabila saya sedang menyapu sampah ,menyidai baju dan kerja-kerja rumah yang anak dara patut buat(keh2)"

-penulis di dlm artikel sdg mengeji(bahasa sopannya memberi komentar)bhwa cerita2 spti ini adlh picisan..namun beliau telah menyatakan statement yg menunjukkan beliau sndiri menonton drama picisan ini dan sekaligus menunjukkan penyokongan beliau kpd apa yg dikritiknya(secara tidak langsung)..mana mungkin kita mengeji dan dlm masa yg sama kita menyokong..bercanggah ilmunya dgn amlan..umpama membenci Israel kaum yg dilaknat Allah itu krn tlh membunuh bilionan juta umat Islam Palestin yg tidak berdosa dan dlm masa yg sama msh enggan memboikot brngn Yahudi(Israel)..ini slh satu contoh realiti zmn skrg..sama2 muhasabah..harap maaf segala kekasaran bahasa(jika ada)..terima kasih kerana memaafkan..terima kasih.

Komen artikel kedua harap dirujuk di link di atas.

Ya,tentunya saya terkejut.Alhamdulillah,saya tidak mampu bertindak..



seperti mana tindakan orang cetek ilmu yang mencerca dan memaki orang lain apabila ditegur;seakan-akan dia seorang yang maksum.Moga-moga Allah pelihara kita daripada perbuatan ini.

Saya menerima komentar anonymous di atas.Benar,mana mungkin kita mengeji pada masa yang sama kita menyokong.

Ingin saya jelaskan bahawa dengan menonton tidaklah bermaksud menyokong.Berapa ramai orang menonton kemungkaran di jalanan atau di program2 televisyen secara khususnya(untuk persamaan dalam fakta kes),tetapi tidak sekali menyokongnya.Saya tidak pasti adakah kita, apabila menonton siaran bola sepak,menjadikan kita menyokong segala macam yang boleh dikatakan munkar yang terlibat,seperti arak(Liverpool),Israel(Arsenal),badan yang menghukum pemain jika menunujukkan sokongan terhadap Palestin(Persatuan bola sepak Sepanyol terhadap Kanoute),dan juga judi(keseluruhan permainan itu sendiri).Adakah kita berpendirian menyokong unsur-unsur tersebut dengan hanya kita menontonnya?(saya jawab tidak)

Dan itu jika kita menonton siaran yang tiada manfaatnya selain hiburan.

Bagaimana pula jika kita menonton siaran yang kita gelarkan Islamik seperti Kiamat Sudah Dekat,Cafe Akhil Hayy atau ayat-ayat cinta itu sendiri.Bagaimana kita mencerna aspek negatif(buka aurat contoh terbesar) yang terdapat dalam cerita-cerita sebegitu?

Benar,mungkin seseorang boleh mengatakan bahawa cerita-cerita yang islamik tersebut mempunyai moralnya tersendiri(maka maksiat itu diharuskan utntuk menyampaikan moral;walaupun matlamat tak menghalalkan cara),atau kebaikannya telah 'menelan habis' keburukannya yang wujud dalam skala yang kecil(walaupun percampuran yang batil dan yang haq tetap menghasilkan yang batil;melainkanlah ada orang yang menggunakan kaedah syar'iah:"dibolehkan untuk membuat kemafsadan yang kecil untuk kemaslahatan yang besar";saya tak pastilah apa yang dimaksudkan maslahah yang besar hanya untuk menyampaikan mesej islam yang agak ringan).Tetapi adakah jika kita menontonnya kita menyokong kemungkaran yang ditonjolkan?Tentunya tidak bukan.Jelaslah bahawa menyokong tidaklah dengan semata-mata menonton.

Maka bagaimana kita letakkan asas pendirian dalam perkara sebegini?

Saya berpendapat asas personaliti perlu diambil kira.Sebagaimana manusia itu melihat sebuah gelas itu separuh penuh atau separuh kosong(meminjam kata-kata ustaz Hazrizal),begitulah juga kita apabila berhadapan dengan perkara-perkara buruk,lagha dan munkar itu sendiri.Kita perlu menCERNA maklumat yang diterima,bukan hanya telan bulat-bulat.Jadikan perkara NEGATIF yang terbentang di hadapan kita sebagai suatu yang POSITIF.

Apabila melihat musibah menimpa orang lain,kita segera bersyukur kepadaNya atas nikmat diamankan daripada musibah itu.Berat mata memandang,lagi berat bahu memikul.

Apabila melihat orang lain membuat munkar,falyughaiyiruhu(ubah,tukar) dan pandanglah ia sebagai motivasi untuk kita terus beristiqamah membuat hasanah.Ini kerana:

"..sesungguhnya jika salah seorang daripada kamu mengerjakan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan syurga melainkan sehasta,kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan(ahli syurga atau neraka),maka masuklah ia ke dalam neraka.Dan sesungguhnya jika salah seorang daripada kamu melakukan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dan neraka melainkan sehasta,kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan ahli syurga,maka masuklah ia kedalamnya(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas'ud)(Hadis ke-4 dalam hadis 40-Imam Nawawi).Apa yang dapat difahami melalui hadis ini ialah mungkin kita beramal dengan amalan makruf dengan banyak,tetapi pada saat akhir kita 'berjaya' dipalingkan oleh syaitan dan lainnya.Maka Istiqamah itu penting.(Wallahu a'lam,sila rujuk hadis 40 untuk lebih aham,terbitan Dewan Pustaka Fajar)

Atas dasar inilah,apabila kita melihat Al-Quran,bagaimana Allah menceritakan sejarah-sejarah silam yang mereka ini KUFUR kepada Allah.Allah menceritakan satu-persatu kejahatan mereka.Untuk apakah ini?Tentunya supaya diambil pengajaran.

Untuk sinetron yang menjadi bualan kita kini,BENAR tiada pengajaran yang boleh diambil.Atau terdapat pengajaran tetapi pengarah atau pencipta cerita ini tidak memaksudkan drama ini menampilkan pengajaran itu.Dengan kata lain itu hanyalah sampingan semata-mata.

Maka apakah PENGAJARAN yang dapat diambil daripada cerita ini?

Saya apabila melihat cerita itu,saya dapat memerhatikan FENOMENA REMAJA KINI;pewaris negara;yang kini sering di'bantai' dengan label-label budaya kuning,hedonisme,masalah dadah dan apa-apa yang boleh difikirkan kita sewaktu membaca artikel ini.

Apakah yang meLALAIkan generasi-Y ini daripada menumpukan diri dalam pembelajaran?

Apakah SALAH mereka sehingga ditohmah dengan segala macam perkara negatif oleh masyarakat?Di manakah KURANGnya seseorang individu apabila dia menjadi antara 'mereka-mereka' yang boleh kita perhatikan di Bukit Bintang (saya takleh nak bg contoh sbb tak penah pegi).

Bagaimanakah CARA FIKIR mereka sehingga mereka memandang baik perbuatan-perbuatan seperti rempit,dadah,pergaulan bebas dan ZINA?

Inilah yang cuba dicari oleh saya ketika menonton cerita-cerita sebegini.


Agak naif untuk saya katakan saya tidak langsung menonton sinetron tersebut dengan niat menikmatinya sebagai HIBURAN.Ya,saya akui saya menontonnya dengan gelak ketawa dan terhibur dengan unsur-unsur humor dalamnya.Tetapi saya tidak menqasadkan HANYA untuk mendapat hiburan.

Bagaimana pendirian saya kini terhadap sinetron itu?Tetap picisan atas dasar kurangnya nilai-nilai positif yang ditampilkan meskipun saya mengakui saya menontonnya.

Adakah saya mengeji?YA!

Adakah saya menyokong?TIDAK SAMA SEKALI!Saya tidak akan menyokong sebarang usaha pertambahan cerita-cerita genre sebegini di tanah air oleh artis-artis kita.

Adakah dengan pendirian MENGEJI dan TIDAK MENYOKONG menghalang saya daripada mengambil pengajaran di sebalik cerita itu?

فَاعْتَبِرُواْ يأُوْلِى الاٌّبْصَـرِ
"Maka ambillah pengajaran wahai orang yang boleh memandang(pen-)(Al Hasyr:2)

Mengenai kemaafan,saya agak teragak-agak(apa punya bahasa daa) untuk memberinya dengan mudah(saya mengharapkan perbualan direct; yakni saya ingin mengetahui identiti anoymous).Tetapi siapalah saya untuk tidak memaafkan sedangkan seperti apa yang selalu dikatakan"sedangkan nabi pon maafkan umat"(maklumat ini agak tidak tepat cuba tya ustaz).Maka saya mengucapkan "sama-sama" atas "terima kasih" anda.

Dan saya juga berminat untuk meminta maaf jika artikel yang saya post kan ini tidak menampilkan imej HUFFAZ TEKNOKRAT yang dicanang dengan agak berdegar-degar(strictly personal opinion).

Wallahu Musta'an.Moga-moga kita dalam petunjuknya selalu.

Ahmad Afiq B Arshad
Rumah,18

ps:Saya menantikan identiti si Anonymous...Takyah takut saya tak makan orang.

9 KOMENTAR:

"But teach (your Message) for teaching benefits the Believers."
(Al-Dhariyat(51) verse 57)

Hmm, sebenarnya komen anonymous terkena gak kat ana. Walaupun ana pada dasarnya lebih cenderung kepada agama, tetapi pada masa yang sama ana juga terlibat dengan permainan ps2 yang boleh melalaikan (ada teringat nk belik xbox360 lak tu..)dan ana juga layan gak lagu2 yang melalaikan especially lagu2 nickelback (Savin'me paling best), dan ana juga merupakan antara mereka yang tak sabar nk tgk citer Transformers 2-Revenge of the Fallen (24 Jun nnti).

People needs some time to change. We really can't expect someone who just went to a Palestinian gathering or talks to become a saint the following day. And I'm not saying that it is a good thing to remain and not change at all, but you know, kita manusia biasa yang tidak maksum. Kita juga bkn para sahabat yang dilatih sendiri akidah mereka oleh Rasulullah s.a.w.

But taking into account the comment from anonymous, I thank u for the reminder and hopefully we can become better Muslims among ourselves.

"Who is better in speech than one who calls (men) to Allah, works righteousness, and says, "I am of those of those who bow in Islam"?
(Fussilat(41) verse 33)

On a side note, mcm mane lak ngan Msia, atas dasar alasan untuk mem"boost"kan ekonomi, menerima pendaftaran GAB(Guiness Anchor Berhad) n Carlsberg Berhad sbg salah satu pilihan investors dalam main board di Bursa Saham Msia? Hmm.

WaAllahua'lam.

huhu.. semamangnye kte sekarang memang terdedah dengan perkara yang senang melalaikan diri kite..

afiq.. idea anda memang bagus... tapi saya mencadangkan isu2 yang menyentuh tentang remaja sekarang dan situasinya...

di mana remaja sekarang semakin hilang ciri2 seorang muslim/muslimah yang rabbani...

hurm.. itu saje...

huhu menarik,
xtaula tp rsenye komen anonymous kpd post afiq mcm agk klaka,,

mls nk bace ape yg afiq bls kt komen tu,pjg sgt,,haha..
1 prkara je yg sy terfikir,
boleh ke kita nk nilai sesuatu bnda tu baik/buruk tanpa tengok betul2 ape kandungan dlm benda tu?

huhu.. btuk jugak tu cakap saudara taliunta.. wah..siapakah 'anonymous' nie??

hurmm,rasenye mcm ley agk je spe anonym0us tu?..huhu

erm takper..tak penah hard feeling pon

to taliunta:
saya anggap komen anda mem'back up' saya.ingin saya tambahkan sikit lagi bahawa dalam berhadapan dengan situasi begini apa yang penting ialah niat itu MENDAHULUI perbuatan.Jangan dah buat dulu pastu gi tukar niat.
wallahu'alam sekadar komen tambahan

tp ir syfiqah:
sori la dah masuk uia takleh nak buat artikel lagi la..InsyaAllah jika diberi kekuatan
wallahu musta'an

to hisyam:
Terima kasih atas info-info tambahan.Ader banyak benda yang boleh saya 'radd'.Nasihat saya ialah sila perhalusi komen anonymous dan artikel ini(tanpa perasaan tak nak endah)

alfaqiru ila Allah

astaghfirullah....
disini saya ingin mengaku bahawa sayalah anynomous yg disebut-sebut dlm artikel ni...

disini izinkan saya untuk:-
1.minta maaf kpd saudara "afiq kot"..sejujurnya sy x pernah berniat untuk menjatuhkan air muka atau mengkritik dgn perasaan benci...sy menkritik atas dasar ukhwah Islamiah....dan InsyaAllah teman seperjuangan dlm dakwah Islamiah...doakan semoga kita thabat di jalanNya...

2.sejujurnya,setiap perkara ada kekurangan n kelebihannya msg2..yg sempurna hanya Allah...sy insan hina bergelumang dosa...jujur..sblm mengenali dunia dakwah ni...(br saja mengenalinya....)sy juga sprti anda "afiq kot"..mgkn lbh teruk dr anda...inginkan hiburan(menonton tv) tanpa menganalisa fenomena msyarakat zmn kini dr sudut pndngn Islam...

"Benar,mungkin seseorang boleh mengatakan bahawa cerita-cerita yang islamik tersebut mempunyai moralnya tersendiri(maka maksiat itu diharuskan utntuk menyampaikan moral;walaupun matlamat tak menghalalkan cara),atau kebaikannya telah 'menelan habis' keburukannya yang wujud dalam skala yang kecil(walaupun percampuran yang batil dan yang haq tetap menghasilkan yang batil;melainkanlah ada orang yang menggunakan kaedah syar'iah:"dibolehkan untuk membuat kemafsadan yang kecil untuk kemaslahatan yang besar";saya tak pastilah apa yang dimaksudkan maslahah yang besar hanya untuk menyampaikan mesej islam yang agak ringan)."

"Untuk sinetron yang menjadi bualan kita kini,BENAR tiada pengajaran yang boleh diambil.Atau terdapat pengajaran tetapi pengarah atau pencipta cerita ini tidak memaksudkan drama ini menampilkan pengajaran itu.Dengan kata lain itu hanyalah sampingan semata-mata.

Maka apakah PENGAJARAN yang dapat diambil daripada cerita ini?

Saya apabila melihat cerita itu,saya dapat memerhatikan FENOMENA REMAJA KINI;pewaris negara;yang kini sering di'bantai' dengan label-label budaya kuning,hedonisme,masalah dadah dan apa-apa yang boleh difikirkan kita sewaktu membaca artikel ini."

jd..antara filem Islamik yg terdapat pdnya beberapa adegan yg bertentangan dgn syariat Islam(nmun bkn semuanya bgitu)...dibandingkan dgn cerita2 picisan(spti yg dikatakan oleh penulis) yg padanya ada byk adegan2 yg bertentangan dgn syara'..(mgkin semua adegan...)pendedahan aurat terutamanya....mana satu lbhbaek??

-ok..melihat cerita2 picisan itu g tujuan analisa realiti madh'u yg hndk d dakwah...nmun adakah anda mampu utk menonton cerita itu sambil menundukkan pndng setiap kali ader aurat pelakon yg terdedah bg mengelakkan terpandang aurat mereka??{sy kagum jika anda mampu berbuat demikian....}

-jika nk tengok realiti remaja kini...ckup sekadar duk d uia n perhatikan mahasiswa/wi d situ...lebih beruntung jika dpt duk sebilik ng 'mereka' yg 'bermasalah'....lbh mudah utk di analisa...peluang utk berdakwah lbh luas.....pastinya mrk punya pengalaman2 yg apabila anda terdengar..anda akn kata "Ya Allah...nauzubillahi min zalik..."
gunakan manfaat dok d uia dgn sebaeknya utk menganalisa 'mrk2 yg bermasalah'...

sy tujukan komentar ini sbgi pengajaran buat diri sendiri sbenarnya..jika anda rasa komentar ini ad manfaatnya utk diperhalusi...maka lakukanlah semampunya utk melakukan perkara yg sepatutnya....

seribu kemaafan dipohon jika ad yg terguris hati...terima kasih d atas kemaafan yg telah diberikan...harapnya..akn diberikan lg....

ana insan hina bergelumang dosa...masih berusaha mencari cinta n redha Ilahi.....

alhamdullah wasolati wasalam ala rasulillah.

soklan pertama:Dalam masalah menonton ini, kita tidak membicarakan manakah yang lebih baik atau manakah yang kurang baik.Jika itu yang kita bincangkan maka, orang-orang yang bersih fitrahnya akan menjawab "tontonlah islamic movie kerana itu lebih baik"..apa yang dibncgkan skrg ialah mengenai akibat/dosa atau lebih spesifik "adakah orang itu akan kehilangan taqwanya dengan menonton upik abu dan laura".Persoalan ini saya tidak tahu jwpnnyer ttp saya berat kepada jwapan tidak dengn memberikan alsan2 yang boleh mengharuskan dan menggunakan diri saya sebagai contoh.

soklan kedua:"mampukah anda menundukkan pandangan"..keh2.. sebelum memberi jawapan saya recall balik ttg akiviti yang saya buat sambil menonton cerita ini.Sya sapu sampah,buang sampah lipat kain basuh pinggan.dalam erti kata lain saya hanya memandang ke arah tv dalam kadar berkala.jdi mampukah saya menunduk kan pndgn?Saya jawab ya(dalam citer ni).Terima kasih kerana kagum.
Tapi saya pasti apa yang nk dipersoalkan itu jauh lebih luas konteksnya.jadi saya mengajak renung dalam kita berjalan-jalan ke shopping compleks atau mana tempat sekali pon.Banyak bnda negatif yang berlaku sekeliling,jadi adakah penyelesaiannya dgn tidak pergi/atau bak kata pengomen tunduk sepanjang masa???
soklan(soklan ker nih cam cdangan jer) ketiga:mungkin saya boleh rephrase kata2 anti tuh" nk sangat analisis,gi tgk dak uia dah..gi dok ngn dorang pastu tgk puas2..analisa konon(ini hanyalah tambahan)".Benar berada dekat dengan subject of study makes the sudy easier..tapi kita bercakap psl manusia syeikh(or syaikhah).ni bukan sekadar tgk mikroskop buat uji kaji baca buku teks.ni melibat kan diri kita gak.Mungkin kadang2 berada dekat itu lebih memudaratkan dan akhirnya tak sampai maksud.Berfikirlah dalam wacana realistik..walau pon kadang2sukar menerima apa yang dah biasa kita terima betul(cam mazhab syafie' la,ingt mazhab kita jer the best ruanya ada lebih tepat..)

semoga bermanfaat.wallahu musta'an

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Chat Box