~stand together~

sixth batch sambestarian's blog

Bismillah wal hamdulillah wasolati wasalam ala rasulillah wa alihi wasahbihi wa ma walah..

Setelah berfikir dalam agak tempoh yang panjang(ader penyakit was-was la nih), saya membuat keputusan untuk bersama-sama menjadi admin. Terima kasih kepada rakan yang menjemput.

Tujuan

Angin yang membawa kemelut blog ini menurut amatan saya telah lama bertiup.Tetapi menurut amatan saya lagi kesan 'angin' yang membuat ramai berebut-rebut mencipta blog sendiri ialah selepas PRU-12 (alhamdulillah menang banyak..hehe).Saya juga melihat beberapa rakan yang mula di dalam blog.Alhamdulillah lagi, moga blog mereka



bermanfaat terhadap orang lain,maka hasanah itu kembal kepada mereka.

Saya secara jujurnya tidak mahu terlibat dalam apa jenis blog pada awalnya.Tetapi setelah mengambil kira beberapa faktor(faktor utama nya ialah ini bukan blog persendirian,ini lebih kepada blog umum),saya menukar fikiran maka jadilah saya seorang admin di blog ini.

Firman Allah:"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ALLAH,mengerjakan amal soleh dan mengatakan sesungguhnya aku ialah seorang yang termasuk daripada orang yang menyerah diri(fusilat:33)

Maka saya cuba untuk menjadi orang yang disebutkan di atas.

Sabda rasullah:يَحْمِلُ هَذَا الْعِلمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُوْلُه: يَنْفَوْنَ عَنْهُ تَحْرِيْفَ الْغَالِيْنَ، وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِيْنَ، وَتَأْوِيْلَ الْجَاهِلِيْنَMaksudnya:Sentiasa membawa ilmu ini mereka yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi). Mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong golongan yang bathil (sesat) dan takwilan golongan jahil.(mintak maap x sempat takhrij)

Maka tiga tanggungjawab di atas ialah antara tujuan atau matlamat dalam penulisan artikel saya.Tetapi jangan salah faham sehingga mungkin ada orang yang berkata"ekeleh ingat dia sorang jer ke pandai agama" atau "eleh cam dah banyak sangat ilmu lak nak btol kan org len"
Tidak sekali-kali saya ingin menunjukkan power atau riya'.Saya bercakap atas kapisiti ilmu saya.Dan saya akan cuba mengelakkan daripada 'memandai-mandai'.

Wallhu musta'an.Bersama-samalah kita dalam bantu-membantu dalam birr wa taqwa

Metodologi

Apabila saya menulis tentang agama,saya akan cuba meletakkan dalil dan sumber.Jika dalil itu ialah hadis maka saya akan cuba cari takhrijnyer.Tapi saya insan yang penuh daif,tidak pula belajar secara formal mengenai agama mulia ini.Maka sebarang ulasan atau ketidak'tepat'an takwilan itu dialukan-alukan untuk sesiapa yang berkemampuan utk membetulkan.

Tetapi jika saya menyentuh tentang pengalaman maka saya cuba cerna pengalaman itu supaya ianya tidak hanya menjadi satu cerita kosong,sebaliknya,boleh menjadi ibrah bagi orah lain

Laras bahasa

Bahasa pengantar ialah bahasa Melayu,of course. Saya tidak mempunyai kepakaran dalam bahasa Inggeris seperti penulis blog tegar yang lain.Seperti Ahmad Naufal atau Afiq Faiz dalam blog mereka(sori tak hyperlink).

Sekadar boleh saya akan menggunakan bahasa baku.Dan juga bahasa arab.(saper boleh ajar nk tulis jawi),setakat ini saya copy and paste.


Harapan

Saya berharap ramai lagi yang mengunjungi blog ini dan memberi sumbangan idea dan kritikan membina agar untuk maslahah kita bersama


ps:Banyak lagi nak tulis sebenarnya tapi dah azan asar.Gerak masjid dulu ek..


Ahmad Afiq bin Arshad
Rumah,seksyen 18

8 KOMENTAR:

ok..afiq and crew..all the best..KAMI(yg x jd admin)..support dari blakang..:D

eh lagi bagus kalo sume org jadik admin sng sikit nak tau fikrah masing2

tahniah afiq.. huhu,,,semoga banyak lagi isu yang bley di kupas..hehe

hehe...tahniah2..btw,pe mksd ko afiq psl ajar tlis jawi 2??ko da install arabic pnye x??

aku nak install arabic..tapi tak tau nak dpt kat maner..ader cdgn

huhu..wah.. arabic.. hurm.. ok jgak tu..

rsenye baik ko cbe tnye dkat kdai2 komp la...install kat kdai la...or kalo ko ade cd die n pndai ley install sndri la..
tp yg kte taw install kat kdai je...

eh..lpe lak pakai komp org...sori2..tp cm2 la care yg dketahui...~nazirah~

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Chat Box