buat renungan semua..
Allah berfirman dalam hadis Qudsi , maksudnya :
Telah naik saksilah diri-ku
Sesungguhnya tidak ada tuhan yang lain kecuali Aku sahaja
Tidak ada sekutu bagi-ku
Muhammad itu hamba-ku dan Rasul-ku
Sesiapa yang tidak redha dengan qada-ku
Dan tidak sabar dengan balasan-ku
Dan tidak bersyukur dengan nikmat-ku
Dan tidak berpuas hati dengan pemberian-ku
Maka sembahlah tuhan selain dari-ku
Dan sesiapa yang memulakan harinya
Dengan berdukacita terhadap dunianya
Seolah-olah dia memulakan harinya
Dalam keadaan marah kepada-ku
Dan sesiapa merintih ke atas sesuatu cubaan
Sesungguhnya ia merintih ke atas –Ku
Dan sesiapa yang berhadapan dengan orang kaya
Lalu ia memberi penghormatan kepadanya kerana kerana kekayaan
Nescaya hilanglah 1/3 agamanya
Dan sesiapa yang menampar mukanya kerana suatu kematian
Seolah-olah ia mangambil panah dan membunuh Aku
Dan sesiapa yang mematahkan dahan-dahan kayu di atas kubur
Seolah-olah ia memecah pintu Kaabah dengan tangannya
Dan sesiapa yang tidak mengira dari jalan mana ia makan
Nescaya ALLAH akan memasukkannya ke dalam neraka dari sebarang pintu
Dan sesiapa yang tidak menambah agamanya
Maka ia menghadapi dua kekurangan
Mati adalah lebih baik baginya
Dan sesiapa yang beramal dengan apa yang dia tahu
Nescaya ALLAH akan mewariskan kepadanya ilmu yang dia tidak tahu
Dan siapa yang banyak angan-angannya
Dia tidak ikhlas dengan amalannya….
2 KOMENTAR:
asalamualaikum..sbnrnye da buat dak komen nih ..tp tak kuar yerk..takper la terpakse la tulis panjang2 lagi sekali
Sepertimana yang kita tahu Imam Ghazali bukanlah seorang yang pakar dlam bidang hadith(tanpa niat merendahkan tokoh terbilang ini...as-sayuti menggelar nyer sebagai Hujattul Islam) dan kitab al-mawaiz bukan lah juga sebuah kitab hadith...sebenarnya adalah lebih baik jika kita meletakkan tahqiq atau pun takhrij ulama hadith..supaya biar lah kita pastikan ia betul2 drpd RasulAllah
Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)
juga"Walaupun orang yang tidak sengaja membuat pendustaan tidak berdosa tetapi berkemungkinan ia berdosa kerana memperbanyakkan kesilapan.ini kerana memperbanyakkan kesilapan ialah satu kesilapan"(fathul bari dlm syarah hadis pendustaan ke atas nabi)
source:300 hadis bimbingan (Ust zahazan n ust ahmad hassan,Telaga Biru)
wallahu musta'an moga2 kita sentiasa dalam rahmatNya
huhu.. bagus.. truskan dgn segala komen and dan segala maklumat yg berguna untuk kite semua..
Post a Comment