apabila pihak yang berbahas itu bertukar carutan,makian dan segala perkataan yang termasuk dalam kategori bi'sa lismu alfusuq ba'da iman(Al-hujurat:11).Jauh sekali saya akan mendekati majlis sebegini.Lebih teruk apabila mereka ini bukan hanya bertukar-tukar pendapat,tetapi turut juga bertukar-tukar penumbuk,balingan kerusi,sepak terajang dan lain-lan yang boleh menyakitkan.Saya orang yang pertama akan lari mungkin.(kira tak la cam syaitan sangat sebab lari daripada majlis-majlis yang munkar)
Ustaz Zahazan(mintak maaf gambar 'agak' tidak sesuai)
Ustaz Zahazan antara individu yang saya minati.Saya tidak pernah mendengar ceramah beliau secara live.Saya pernah mendengar ceramah beliau di televisyen saluran tv9 dalam program bertajuk Halaqah.Halaqah ini ternyata berbeza dari segi penampilannya jika dibandingkan Bicara Mufti atau Forum Hal Ehwal Perdana(RTM).Ketika itu Ustaz Zahazan merupakan salah seorang panel yang membincangkan tajuk 'Tabarruj'.Melihat beliau ketika berucap,dengan mulutnya yang tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata membuat saya ternganga kagum(saya baru first time tengok dia ceramah)Dia mengeluarkan beberapa ayat Quran kemudian diselang selikan dengan hadis,kemudian masuk pula tafsir,kata-kata guru beliau,Yusuf al-Qardawi(Ust Zahazan memanggil Yusuf Qardawi dengan panggilan syaikhuna)."Wow,masyi giler,"komen saya.Percayalah saya bahawa untuk menyampaikan ceramah sebegitu(berselang-seli dengan Quran dan Hadis dan lainnya)ialah ibarat ibarat memandu kereta F1 yang memerlukan skill menukar dengan gear dengan cepat dan skillful.(susah...sebab tu lah Alex Yong main Formula 3000 jer..keh2)
Barack Obama dengan slogan "change we need" menarik perhatian dunia ketika beliau bertanding untuk kerusi Presiden Amerika.Saya juga tidak terkecuali dalam meminati tokoh ini.Saya pernah menyaksikan beliau berucap ketika itu di hadapan pelobi-pelobi Israel.Isi tentang Propaganda(tolong tekan link di sebelah) menyerang Iran yang tak berkesudahan.Apa yang jelas keluar bersama ucapannya ialah kewibawaan seorang pemimpin(meskipun kita masih ternanti-nanti action yang menunjukkan kewibawaannya sehingga kini).Bagaimana sesorang itu boleh membawa sekali karektor dalam ucapan?Atau dalam bahasa mudah menampilkan superiority hanya dengan kata-kata?
Banyak lagi individu yang saya kagumi cara pemidatoan mereka.2 individu di atas masing-masing saya kagumi,seorang dengan ketinggian ilmunya dan seorang lagi dalam kewibawaannya.Selain itu Dato' Seri Anwar Ibrahim,kebolehannya seperti Barack Obama(saya tengok video debat beliau dengan shabery cheek sampai pkol 2),Tuan Guru Nik Aziz yang kata-katanya tenang melembutkan kalbu dan banyak lagi.
Melihat kepada unsur persamaan yang ada antara mereka,mereka mampu berpidato tanpa henti.Dalam erti kata lain tanpa tersekat-sekat;sentiasa ada perkataan yang keluar.
Lidah mereka tidak kelu.Secara langsung otak mereka tidak beku atau kering idea atau ilmu.
Mana mungkin seseorang itu lancar,fasih lidahnya,pada masa yang sama otaknya beku dalam keadaan pegun.Bukan mengatakan orang itu yang tidak mampu berpidato dengan baik itu,seseorang yang rendah keilmuannya.Tidak jauh sekali.Hanya memikirkan tentang wujudnya semacam penyakit yang tiba-tiba menyebabkan ilmu yang terkandung dalam minda seakan-akan tidak pernah wujud.
Blank barangkali.
Maka apakah penyebab blank yang bertandang itu apabila kita naik ke pentas dan disuakan mikrofon?
Atau apabila menjadi Imam.
Atas dasar itu lah saya seharian memikirkan bagaimana saya boleh menjadi blank ketika rakaat kedua solat Isyak mengimamkan jemaah di Masjid Unta.Saya solat dalam keadaan menggigil kerana ini ialah first time bagi saya dan juga mungkin kekurangan self-esteem.
An nisa:174..argh saya terlupa.terus ruku' setelah baru membaca satu ayat.(nasib baik ayat panjang)
Dan petang tadi saya bermain bola bersama kanak-kanak(paling besar pon umo 14),maka saya telah 'disapa' mesra.
"Eh abang Cristiano Ronaldo(diorang yang panggil yerk)jadi Imam kan?Abang ader lupe kan rakaat kedua."sapaan mesra beberapa mereka(lebih kurang la)
"Tu la abang suro tasmi' tadi tak nak tolong tasmi'kan.Sebab tu la lupe"kata saya dengan nada cover."Ingat senang ke jadik imam.,"kata hati saya pula.
Senyum-senyum buat macam tiada apa-apa berlaku.
Dan saya kini masih memikirkan.
Mungkin kerana tengok cerita "UPIK ABU DAN LAURA" secara tegar,mungkin?(keh3)
Cerita Upik Abu dan Laura.Nak tengok kat mane yer bile masuk uia nanti?
Hrmm, entahlah.Cuba tanya akak,bagaimana hafalannya?(aku malas ngulang sbb tuh lupe)
Wallahu Musta'an.
ps:artikel ni takder manfaat pon.Sekadar perkongsian.
Ahmad Afiq B Arshad
Rumah,18
7 KOMENTAR:
Propaganda sedang mengelilingi umat islam atau sudah meresap dalam diri umat islam?..fikirkanlah...
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". - [Hadith Riwayat Abu Daud]
ni jer la saya reply yerk
ha tula ko...byk sgt tgk cte endon..
mengalahkn aku lak...=p
aku lgla...tem dlm dewan jzuk 1 pn blank..mgkn kurg persediaan sbb trlalu yakin mnyebabkn jd kurg tgk part2 tu...huhu
"Mungkin kerana tengok cerita "UPIK ABU DAN LAURA" secara tegar,mungkin?(keh3)
Cerita Upik Abu dan Laura.Nak tengok kat mane yer bile masuk uia nanti?"
-penulis sedar bahawa agak tidak elok bg beliau utk menonton cerita2 seperti di atas..namun masih menyimpan harapan utk menontonnya lg di uia kelak..renungan bersama
Hrmm, entahlah.Cuba tanya akak,bagaimana hafalannya?(aku malas ngulang sbb tuh lupe)
-siapakah akak di dlm petikan
ps:artikel ni takder manfaat pon.Sekadar perkongsian.
-semoga artikel akan dtg lebih bermanfaat
segala slh silap dan kekasaran bahasa harap dimaafkan..kemaafan anda di dahului dgn ucapan terima kasih
assalamualaikum..
-"manusia mengkaji manusia"..adakah dgn cara pembedahan tubuh(medic) sahaja?...umpamanya "hamba mengkaji hamba"..what's the aim..the conclusion..and then???lastly..
-muhasabah as a 'abdu'..that the answer..kan?
-4 the example:dlm bermuamalah,belajar,mesyuarat & semua yang ada didalamnya manusia...secara tidak langsung kita akan terkaji manusia itu..emm,cth 1:klu kali pertama ceramah untuk Program 'P' kurang baik/bagus,kita akan kaji untuk menjadikannya lebih baik pd masa akan datang..dan kajian kita itu bukanlah bersandar pada tumbuhan tetapi pada manusia...betul?
-posting ni ada byk maklumat je...saya dapat menangkap krisis nilai(yang ringan) dalam kehidupan..=)..~STAND TOGETHER 4 ISLAM~..InsyAllah..
Erm anonymous pertama saya dah jawab melalui artikel baru.
anonymous kedua tak paham la sori..
huhu.. bagus betul pandangan yang diberikan... semoga semua terus mengambil iktibar
Post a Comment