Jadi, mana satu golongan pun anda, saya ingin mengajak anda membayangkan suatu situasi.
Ketika anda sedang makan-makan (kalo orang cam saya kena bayangkan jer la), tiba-tiba datang suatu kumpulan orang yang berhajat untuk makan di restoran yang sama dan memilih tempat yang berdekatan dengan anda. Jarak dekat itu sehinggakan anda boleh memerhati satu persatu gelagat mereka yang berada dalam kumpulan tersebut (bayang2..jangan tak bayang).
Anda dapati mereka ini tergolong dalam golongan elit(restoran mahal la katakan), dan anda boleh infer bahawa mereka ini tidaklah daripada golongan keluarga yang ditarbiyah secara rapi berdasarkan pemakaian mereka dan segala aspek yang terzahir.Inferens ini tidaklah bermaksud anda menganggap keluarga ini atau kumpulan ini ialah sebuah kumpulan yang jahat atau buruk atau segala istilah negatif yang lain lantas menjadikan anda seorang yang su'u adzan, tetapi hanyalah cetusan pemikiran anda hasil pengalaman hidup bermasyarakat.Maka anda berfikir tiada salahnya keluarga itu cuma perlu sedikit da'wah, anda pun mendoakan mereka(cewah baik tol)
Setelah menyedari kehadiran mereka, anda tidaklah berniat untuk memerhati mereka kerana anda takut ditimpa fitnah dan anda sangat berpegang teguh kepada ayat al quran:
(alhujurat:12)وَلاَ تَجَسَّسُواْ
Maka dipendekkan cerita, makanan dihidangkan (kepada kumpulan tadi..bukan kepada anda sebab anda tengah makan). Anda pun, tanpa niat tajassus, memerhati mereka kegembiraan kerana makanan dah sampai. Anda dapati mereka bersedia untuk makan, ada yang mengambil sudu, ada yang meletak napkin di atas peha, ada yang minum air sedikit.Setelah beberapa lama, mereka pun hendak menjamah makanan.
Tiba-tiba anda ternampak seseorang daripada mereka (yang islamic tu) menadah tangan dengan lagak seorang ingin berdoa. Tiba-tiba sekali lagi, dia seakan tersentak, terkejut, teringat sesuatu, tersedar sesuatu, atau apa-apa perbuatan yang melibatkan seseorang membuat gesture terkejut. Susulan dengan itu, dia cepat-cepat meletakkan tangan yang ditadah untuk doa tadi dan terus makan (tanpa membaca doa la nampaknya).
Maka anda yang memerhatikan peristiwa ini pun mungkin terfikir: "Apa yang menghalangnya daripada berdoa? Barangkali dia MALU dengan rakan-rakan yang lain yang tampak sekular sedikit? Ya, sememangnya itu paling layak menjadi alasannya. Ana boleh perhatikan melalui riak mukanya dan bahasa badannya."
Maka anda pun mungkin teringat kata-kata keramat guru/lecturer anda yang mengatakan "Kalo budak DQ pun dah tak nak pakai kopiah, takkan nak harap budak lain(ni takder kena mengena aaa..saje nak letak kelaka..kalo tak kelako komen la yer),".
Anda juga mungkin membuat kesimpulan jika orang Islam itu sudah malu menunjukkan amalan yang berkaitan dengan agamanya, tidak berasa izzah dengan agamanya, maka siapakah lagi yang akan berasa izzah dengannya?
Maka siapakah yang akan membela jika maruah agamanya diinjak-injak?Di manakah hendak dicari Salahuddin al-Ayubi, atau Muhammad al-Fatih di celah-celah masyarakat yang berfikirannya begini? Adakah tiada sinar baru untuk Islam?
Beginilah mungkin fikiran yang terbenak dan tercipta di fikiran anda setelah peristiwa "tidak membaca doa" itu dianalisia.
Atau adakah sesiapa yang menjadi "anda" dalam artikel ini berfikiran bahawa: "Doa makan atau lebih tepatnya doa apabila dihidangkan makanan, atau doa apabila menghadap makanan yang bermula dengan Allahumma Barik lana.... seperti yang terdapat dalam kitab Al-Azkar karangan Imam Nawawi itu ialah sebuah hadis riwayat Ibnu Sunni. Hadis tersebut bertaraf dhaif jiddan. Tidak seperti hadis dhaif yang agak moderate ke"dhaif"an yang boleh dijadikan fadhail a'mal dan etc, hadis yang bertaraf sebegitu kita boleh anggap seperti hampir-hampir ke arah satu perbuatan yang sia-sia.Membaca Bismillah sahaja sudah memadai.Wallahu a'lam
Habis cerita.
ps:tak tau la nak letak moral apa.Komen la seadanya yer.(Nampak sangat takder idea aku nih)
Ibnu Arshad,rumah 18.
11 KOMENTAR:
bismillah...
baiklah,saya nk komen ni,
erm...restoran mahal,erm...pernah kot,tp xda lah mahal sgt...nmpak keluarga yg x berapa nk Islamik sgt,bkn satu,dua tp banyak....
jika saya adalah 'anda' dlm artikel...saya husnu dzaaann...mgkin org yg sorg tu baca doa dlm hati,erm,bismillah sahaja di mulut,sbb yg len 2 xberapa nk Islam sgt,mksdnya nmpak mcm melayu,tp sbenanya singh kristian,saya ada kwn,muka sejibik mcm melayu,tp snanya singh n kristian,mgkn..yg len 2 sdara mara jauh,saja nk mkn sama2 ng die,die tu anak yatim,xda mak ayah,dok kt umah ank yatim darul fuqaha'..tu sbb nmpk Islamik skit..
erm,maaf ye ibnu arsyad,saya dh terreka cerita sendiri..
alhamdulillah wa solati wasalam al rasulillah.
nih anonymous yang 'familiar' tuh ker..jika ya maka komen balas ialah anti betul dan insyaAllah aan akan perbetulkan diri.(keh3)
Tambah sedikit,Ustaz Zahazan dalam bukunya 300 doa daripada hadis2 soheh(tak pasti lah tajuk dier tapi buku warna hijau) dia tak menyenaraikan doa makan yang allahumma barik lana tuh.Walaupon tajuk buku tuh daripada hadis-hadis soheh tapi die ckp dlm introduction yang dier jugak meletakkan doa daripada hadis dhaif yang para muhaqqiq kata elok diamalkan.Dalam buku tuh bwh tajuk doa sebelum makan ada bismillah,bismillah awwaluhu wa akhiruhu dan lain2 yang hampir sama lafaz
Wallahu musta'an(lagi panjang ek buat cerita)
lagi satu mintak kepada ketua admin(pika la sape lagi)
kalo boleh tukar template sbb nk tulis kat chat box tak leh, jadi ssh nak melaser org.And buanglah lagu mawi nih..letak lagu lain (egois-mestica)
bakat terpendam..suka bercerita..ya..sy ananymous yg d sebut2...jd nt bla adek atau anak sedara masuk tadika..ajar doa makan ..bismillah awwaluhu wa akhiruhu ja...setuju?
erm tak kot...saya akan ajar KENAPA perlu bc Bismillah dulu kot..pastu baru la suroh die bc..
ish nih cam kenal jer..admin blog gen ker nih?
ya,knapa..KENAPA dan KENAPA??
satu soalan yg amat perlu dijawab dlm proses pembelajaran dan pendakwahan...
admin blog gen??ape tu??
bismillah
anti betul dan insyaAllah ana perbetulkan diri(hehe).
oo tak tau ker admin blog gen tuh aper? Takper aa bnda furu'. Dia makhluk Allah la yang pasti.
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عَندَ اللَّهِ أَتْقَـكُمْ
erm lagi satu kalo boleh ditya, baru dalam bidang dakwah tuh kebende?
afiq,dahsyat!best!
cume part last tu ak xstuju..doa xprlu kpd sndaran hadis..
Allah xckp, "bdoalah sebagaimana rasulku berdoa nescaya aku perkenankan.."
instead Dia ckp,
"b'doalah kpdku nescaya ku perkenankan kpdmu.."(ghafir:60)
"aku mnyahut doa org yg bdoa apabila dia berdoa.."(albaqarah:186)
walau camne pn time kasih sbb bgtau yg hadis doa tu ialah hadis yg dhaif sgt2,ak pn baru je tau..huhu..mngkin dr sudut gnjaran kte xdpt pahale ikut sunnah,tp kte bdoa dgn hrpn Allah akn kabulkn,insyaAllah walaupn doa itu bkn amalan nabi,rasenye xdela smpai kte bole kate doa tu sia2..
kalo doa pn sume kne gune doa nabi,byklah doa kte slame ni yg sia2,agk xmsok akal kn?huhu..
kalau bkaitan dgn ibadah yg khusus,n xde mane2 nas yg ckp nabi buat,ha itu lain crite...
wallahualam,
bismillah.
erm psl doa nih dan tafsiran mengenainya (sia-sia), bukanlah pendapat penulis sendiri.Izinkan penulis merelate kan kta-kta itu kepada Maulana Mohammad Asri Yusoff dalam syarahnya mengenai hadis Ibnu Sunni nih.Penulis amat kesal kerana tidak dapat mencari link supaya orang lain boleh lihat sendiri bahawa beliaulah yang mengatakan begitu.
Mengenai keharusan membuat doa sendiri tanpa menyandarkan kepada nabi, ulama-ulama ada mensyarahkan dan menetapkan keharusan dalamnya,jadi anda betul di situ tali unta
Apa yang dimaksudkan penulis ialah sesuatu amalan yang berdasarkan hadis dhaif jiddan ialah sia-sia.Tetapi penulis tidak bermaksud mengatakan berdoa tanpa lafaz daripada nabi ialah sia-sia.Mungkin kelemahan penulis dalam merungkai kata-kata menyebabkan ada orang yang berfikir bahawa penulis mengatakan doa adalah sia-sia.
Maka di sini saya ingin membuat restatement yang jelas(iaitu statement di perenggan atas).Terima kasih taliunta kerana berjaya mengelakkan salah faham.Jazakallah
ok2.. aku sibuk la.. haha.. nnt la.. aku tka yg gempak sket..
huhu afiq2..
Post a Comment