Meniti hari di bulan yang diturunkan Al-Quran ini, banyak perkara yang mengejutkan kita berlaku.
Perkara yang berlaku ini kadang-kadang membuat kita memikirkan tentang realiti yang kita hadapi ini, adakah itu semua ditimbang dengan pertimbangan dalil agama yang kukuh atau sekurang-kurangnya pertimbangan akal yang waras.
Ya, demonstarasi itu sering berlaku. Dan selalunya kita melihat pihak ketiga(polis,FRU dan tidak dilupakan kepada menteri yang mengeluarkan arahan) yang akan bertindak luar batasan manusia seperti menyembur air yang tidak diketahui entah berapa proportion kimia dalamnya kepada rakyat, menembak gas pemedih mata tanpa memikirkan bahawa terdapat bayi dan kanak-kanak (malah mengikut riwayat yang tiada sumber polis melepaskan gas pemedih mata kepada sesiapa sahaja yang sebaik sahaja keluar dari stesen komuter Bank Negara) dan membantai orang tanpa kasihan.
Tetapi kali ini kita melihat orang-orang yang berdemonstrasi pula yang berotak "kera".
Hmmm..
Batas-Batas Yang Dilanggar
1.Allah telah menyebut dalam Al-Quran dalam surah Al-An'am ayat 108:
وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬ۗ كَذَٲلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّہِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." (108)
Jika anda melihat kepada video, anda tentu memahami apa yang ingin saya kaitkan dengan ayat ini.
Mahyudin Manaf dalam video ini mengatakan bahawa dia tidak me"niat"kan acara pembawaan kepala lembu ini.Benar atau tidak dakwaan itu tidaklah kita ketahui.Jika benar maknanya ada dalang lain yang sengaja mengapi-api perkauman(kalo tak tahu sapa lagi ceroi la). Jika tidak benar pula, nontheless dia turut membuat perkara yang salah itu(pijak kepala lembu).
2.Penghinaan kepada sesuatu yang dibenci seringkali melibatkan apa yang terdapat pada perkara yang dibenci itu.Sebagai contoh, pihak yang agak skeptikal terhadap konsep 1Malaysia mungkin berkata begini(sebenarnye lecturer saya yang cakap):
"We have one H, one N (h1n1), and now one Malaysia , all one now,"(Hahahah, lawak gile)
Kita kadang-kadang bergelak ketawa dengan apa yang dihinakan itu, terutama apabila perkara itu digunakan untuk helah politik, atau slogan retorik yang menyebabkan kita benci kepadanya.
Tetapi apabila yang di"tahrif"kan itu melibatkan agama, pada masa itu segala aspek lelucon tidak patut menjadi bahan ketawa malah patut menjadikan kita berasa marah sekurang-kurangnya.Saya boleh menerima apabila "orang yang tidak keruan mindanya dan juga jiwa" mencerca dan mengutuk simbol bulan, atau hijau atau mungkin slogan Pas for all itu sendiri. Tetapi apabila takbir itu ditukar kepada take beer bagi saya ini bukan sahaja penghinaan kepada parti itu tetapi ini melangkau kepada agama itu sendiri.
Kalau benar-benar skeptikal atau membenci, perkatakanlah tentang keburukan fizikal sesuatu itu(dan bersedialah bertanggungjawab atas kata-kata itu di mahkamah Allah nanti), jangan pula dilibatkan kalimah suci itu. Mungkin ada orang yang berkata bahawa"kami ini memerli takbir yang diucapkan oleh PAS sahaja,tiada niat lain".Bagi orang seperti ini saya akan jawab "Adakah terdapat beza takbir versi PAS dan takbir versi kamu? Jika PAS itu mengatakan Allahuakbar, apakah takbir versi kamu dan apakah yang dihubungkaitkan kalimat Allahuakbar dan take beer itu?
وَذَرِ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَہُمۡ لَعِبً۬ا وَلَهۡوً۬ا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ وَذَڪِّرۡ بِهِۦۤ أَن تُبۡسَلَ نَفۡسُۢ بِمَا كَسَبَتۡ لَيۡسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِىٌّ۬ وَلَا شَفِيعٌ۬ وَإِن تَعۡدِلۡ ڪُلَّ عَدۡلٍ۬ لَّا يُؤۡخَذۡ مِنۡہَآۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ أُبۡسِلُواْ بِمَا كَسَبُواْۖ لَهُمۡ شَرَابٌ۬ مِّنۡ حَمِيمٍ۬ وَعَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡفُرُونَ
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji)(al-an'am:70)
Perbuatan Berdalang?
Mengandaikan perkara seperti ini didalangkan oleh pihak tertentu merupakan sesuatu yang berat untuk dilemparkan, tetapi tidak menghairankan kerana apparently, mereka memang gemar dan expert perkara sebegini. Kalau tidak masakan saya boleh nampak kelibat seorang peniaga berdekatan kawasan masjid (seksyen 18) yang turut hadir dan lagaknya seperti orang kuat seksyen 23 di buletin utama,tv3 tadi(30 ogos 2009).
Mungkin dia duduk dalam kategori "seseorang yang yahtamma biamril muslimin". Apa-apa pun apabila membaca portion blog YB Khalid Samad dalam mendapatkan penjelasan tentang hal ini, saya lebih cenderung( sebenarnye confirm gile) mengatakan ia adalah perbuatan berdalang(http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=155&t=38618&sid=fcb91ab20554fa03eecf41a203487812). Al-maklumlah mereka mempunyai banyak duit, sedangkan pengundi hantu pun boleh diangkut, inikan pula orang dari seksyen yang berlainan.Wallahu a'lam.
Beberapa Penjelasan
Saya bukanlah seorang aktivis politik (mereka yang skeptikal pasti menjangkakan pernyataan ini) dan bukan juga penggemarnya.Saya mungkin hanyalah seorang yang mempunyai pertimbanan yang waras. Apa yang ingin ditunjukkan ialah sikap melampau sesetengah pihak, yang mengapi-apikan perkauman yang mungkin menyebabkan berulangnya 13 Mei. Kita tidak sekali-kali meredhai segala perbuatan melampau, kerana kita takut akan kesannya di dunia dan lebih-lebih di hari perhitungan kelak.
Wallahu musta'an
Semoga bermanfaat.(tadak aper pon)
Afiq,Rumah
ps:Saya sebenarnya ingin menulis artikel yang bertajuk "Beza demonstrasi kita dan mereka" yang membincangkan tentang aspek perbezaan dalam berdemo, tetapi akibat ketumpulan intelek dan kelemahan struktur dan organisasi,"tercerita" pasal ni lak.takper la yerk..
teruskan membaca lagi sahabat...