~stand together~

sixth batch sambestarian's blog

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di
KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel
itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail
isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia
pun terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda
baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada
majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut
mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya
untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada
saudara-mara dan teman-temannya. Selepas
membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun
pengsan.

Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik
ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai
dan dia pun membaca mesej di dalam skrin
komputer:



To : Isteri kesayanganku
Subject : Abang telah selamat sampai
Date : 15 April 2005


Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan
kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan
komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja
terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat
sampai dan telah menginap dengan aman di sini.
Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini
untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga
berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap
perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti
apa yang telah Abang lalui ketika ini.

0 KOMENTAR:

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Chat Box