Bismillah.. 
Assalamualikum wbt..
  Alhamdulillah masih diberi kesempatan menulis olehNya biarpun agak busy  sedikit dalam fatrah imtihan ni. Bila difikir-fikirkan semula, bila  kita inginkan sesuatu tu, pasti Allah berikan. Itulah sifat pemurah Dia  kepada hamba-hambaNya. Teringat suatu ketika dahulu tika mana masih  jahil tentang Islam walaupun Islam itu agama yang dianuti sejak lahir  lagi. Rasa seperti tertampar dengan ilmu dan fikrah baru tentang Islam.  Rasa seperti baru menganuti agama mulia ini.Rasa seperti baru mengenali  Allah dan agamaNya. Ya Allah, ampunilah kejahilan dan  kesilapan-kesilapan kami. Engkaulah Yang Maha Pengampun dan Penerima  Taubat hamba-hambaMu.
Alhamdulillah  setelah beberapa tahun belajar tentang agama, terasa lebih terbuka  dengan kefahaman Islam. Islam agama yang mudah tapi bukan bermaksud  boleh diambil mudah. Kita sebagai seorang yang bergelar muslim  seharusnya menunjukkan contoh dan akhlak yang baik. Tunjukkan yang Islam  tu bukan agama yang menyusahkan dan bukan juga agama yang memaksa.  Jangan jadikan diri kita fitnah besar kepada Islam. Terasa diri banyak  menunjukkan akhlak yang buruk dan tidak baik kepada orang ramai.  Istighfar atas dosa-dosa lalu. Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang  beriman dan beramal soleh. Bukan golongan yang membawa keburukan kepada  agama Mu. Nastaghfirullah..
Beberapa hari  yang lepas, saya disapa oleh seorang kenalan lama di sekolah dahulu. Dia  menceritakan tentang surau dikawasan dia belajar. Sedih dan pilu rasa  hati bila mana saya dengar yang mana di surau itu terdapat sekumpulan  orang yang membawa usrah atau terdapat liqa' tetapi tidak ada seorang  pun dari ahli liqa' itu yang memanggil orang lain untuk mengikutinya  walau terdapat orang lain di dalam surau itu seolah-olah Islam itu hanya  untuk yang mereka yang dikenali sahaja sampaikan dia hanya mampu  mencuri dengar ilmu-ilmu agama yang disampaikan mereka. Wallahua'lam  akan kesohihan yang tidak mengajak orang lain tu. Mungkin juga mereka  yang terlepas dengar tentang liqo' yang diadakan. Namun, kawan saya itu  bernasib baik kerana dia cuba untuk menebalkan mukanya berada lama  disitu semata-mata untuk mendengar. Tapi alangkah ruginya sekiranya  ramai lagi yang mahukan Islam tapi dengan perlakuan kita menyebabkan  makin ramai yang menjauhi kita. Rupanya perkara baik juga boleh  membuatkan orang memandang buruk kepada agama kita. Ayuhlah kita  sama-sama fikirkan, muhasabah semula setiap yang kita lakukan. Kadang  kita tidak sedar apa yang kita lakukan itu merupakan satu kesilapan  besar buat agama ini. Kerana itulah Allah menyuruh kita agar amar maaruf  dan nahi mungkar serta berpesan pada kebenaran dan kesabaran.
Dan untuk  titipan terakhir post kali ni, terasa banyak perkara yang masih tidak  dilakukan memandangkan masih banyak ummat Islam yang berada di alam  kejahilan. Bangunlah wahai anak-anak muda daripada lenamu yang panjang.  Pandanglah dunia dengan pandangan Islam. Jadikan agama sebagai benteng  kita daripada melakukan kejahatan. Ingatlah yang Allah sentiasa  memerhatikan kita di bumi ini. Tidak malukah kita membiarkan Tuan kita  melihat kita dalam keadaan yang buruk?? Tidak malukah kita melanggar  kata Tuhan yang telah memberikan kita kehidupan di muka bumi ini??  Ayuhlah semua, lakukan transformasi diri demi Tuhan Pemberi Rezeki, juga  kehidupan yang pasti.
Jom sama-sama kita renungkan hadith ni..
عَنْ  النَّوَّاسِ بنِ سَمْعَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ  صَلَّى  الله عليه وسلم قَالَ : الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ   فِي نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ . [رَوَاهُ  مُسْلِم]  .
 وَعَنْ  وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَد رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : أَتَيْتُ  رَسُوْلَ  اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : جِئْتَ تَسْألُ عَنِ   الْبِرِّ قُلْتُ : نَعَمْ، قَالَ : اِسْتَفْتِ قَلْبَكَ، الْبِرُّ مَا  اطْمَأَنَّتْ  إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ،  وَاْلإِثْمُ مَا حَاكَ فِي  النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ، وَإِنْ  أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ  "
 [حديث حسن رويناه في مسندي الإمامين أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد  حسن]
 mafhumnya :
Dari  Nawwas bin  Sam’an radhiallahuanhu, dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi  wa sallam beliau  bersabda : “Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan  dosa adalah apa yang terasa  mengaggu jiwamu dan engkau tidak suka jika  diketahui  manusia “ 
 (Riwayat  Muslim)
 Dan  dari Wabishah  bin Ma’bad radhiallahuanhu dia berkata : Saya mendatangi  Rasulullah  Shallallahu'alaihi wasallam, lalu beliau bersabda : Engkau  datang untuk  menanyakan kebaikan ?, saya menjwab : Ya. Beliau bersabda :  Mintalah pendapat  dari hatimu, kebaikan adalah apa yang jiwa dan hati  tenang karenanya, dan dosa  adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan  menimbulkan keragu-raguan dalam dada,  meskipun orang-orang memberi  fatwa kepadamu dan mereka  membenarkannya.
 (Hadits hasan kami  riwayatkan dari dua musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan Ad Darimi dengan sanad yang  hasan)

1 KOMENTAR:
mantap!yok sama-sama yang kenal erti islam ajak orang lain untuk bersama-sama faham erti islam!ayuh..
kita ada tanggungjawab lebih daripada masa yang kita ada.. percayalah!
teruskan menulis wahai blogger2 skalian, kita hidupkan ruang-ruang tulisan ini dengan tulisan-tulisan yang dapat menghidupkan jiwa-jiwa orang beriman untuk terus-menerus me"rahmati" alam ini dengan amal-amal mereka..
Post a Comment