~stand together~

sixth batch sambestarian's blog


يمكن تجب عن تقسيم التوحيد إلى ثلاثة أقسام؟ بعض الناس يعني يرد على هذا ويقول بأن هذا تقسيم النصارى وغير ذلك، مع أن هذا قد كررت بالحكومة قد كررت، في الجامعات والمدارس نليجه، فماذا ...؟
]Boleh awak jawab tentang pembahagian tawhid kepada 3 bahagian? Sebahagian manusia – iaitu – yang menolak ke atas (pembahagian) ini, dan berkata bahawa ini ialah pembahagian Kristian dan sebagainya, tambahan lagi hal ini telah berulang-ulang dalam kerajaan, iaitu telah berulang-ulang di universiti-universiti dan sekolah-sekolah yang kami masukinya. Maka apa …?

... نحن ينبغي أن لا نعرف وأن لا نستمع إلا لمقالة أهل السنة والجماعة. وأما هؤلاء المشككون، والذين يحرفون النصوص من بعض مواضعها، ويخالفون ما عليه جمهور الأمة، فهم مخطؤون، فلا تستمعوا لهم، ولا تقيموا وزنا لأي كلام يصدر منهم لأنهم في هذا لهم مآرب معينة، ونحن نبرأ إلى الله سبحانه وتعالى من مثل هذه الأعمال التي تعاتج تزرع الفنتة بين المسلمين.
… Kita tidak perlu untuk mengetahui atau kita tidak perlu mendengar melainkan kepada kata-kata Ahli s-Sunnah wal-Jama`ah. Dan mereka yang ragu-ragu itu, dan yang mengubah nas-nas daripada beberapa tempat-tempatnya, dan yang mencanggahi apa yang jumhur ummah berada di atasnya, maka mereka adalah salah, dan jangan kamu dengar kepada mereka, dan jangan kamu berikan pertimbangan kepada sebarang kata-kata yang datang daripada mereka, kerana sesungguhnya mereka dalam hal ini, mereka mempunyai tujuan-tujuan yang tertentu. Dan kita berlepas kepada Allah subhanahu wata`ala, daripada yang seperti perbuatan-perbuatan ini, yang sentiasa menabur fitnah dalam kalangan muslimin.

هي ثلاثة أقسام، هذه؟
Ia tiga bahagian, yang ini?

نعم، نعم، نعم
Ya, ya, ya

يعني يجوز؟
Boleh?

يجوز هذ يجوز،
Boleh, ini boleh,

تسمية، نحن، أي لماذا، ما فيها شيء، لا نقول، ذوات، وأنما الذات واحدة، وهذه الأسماء، لله الأسماء الحسنى فادعوه بها، وهذه صفات ، الأسماء والصفات كلها لله...
Penamaan, kita, iaitu kenapa, tiada padanya apa-apa, kita tidak kata, banyak zat, tetapi Zat yang Satu. Dan nama-nama ini, dan sifat-sifat ini, nama-nama dan sifat-sifat, semuanya kepunyaan Allah.

ألوهية، ربوبية، وغيرها
Uluhiyyah, Rububiyyah dan selainnya,

نعم، نعم...
Ya, ya…


teruskan membaca lagi sahabat...


“Betul ke dia tidak baca al-Fatihah dalam wirid lepas Solat? Itu Wahabi tu!” tegas Abu.

“Imam tu tidak akan sekali-kali meninggalkan Qunut semasa Solat Subuh. Kalau terlupa, digantinya dengan Sujud Sahwi. Astaghfirullah. Itu Bid’ah tu!” ujar Hamdan.

“Ummah Centric? Idea yang menolak kewajipan berjemaah itukah? Itu mesti agen UMNO” dakwa Ismail.

“Dia tidak setuju dengan idea kita dalam Kursus Bina Diri ini. Dia itu pasti geng pembangkang!” kata Khir.

“Ada ke dalam masjid pun nak ambil fakta daripada buku Covey. Itu sudah tentu terkena jarum Orientalis!” ulas Salmah selepas kuliah Maghrib di Masjid.

She is a prominent sympathizer towards Palestinians. She must then a Moslem terrorist!” simpul Helen tentang rakannya.

Dialog di atas itu merentas zaman. Ia disebut di sana sini. Ada di antaranya yang lebih menonjol di satu-satu masa, menenggelamkan yang lain selepas isunya reda.

Apakah titik persamaan di antara Wahabi, Bid’ah, UMNO, Pembangkang, Orientalis dan Muslim Terrorist?

Kesemuanya adalah THE OTHERS. Terma yang digunakan untuk merujuk kepada apa-apa sahaja idea yang bertentangan dengan arus perdana di dalam kelompok tertentu manusia. The Others itu adalah suatu pengitlakan, membuat anggapan umum atau boleh juga disebut sebagai generalisasi, merujuk kepada terma generalization di dalam Bahasa Inggeris.

Pengitlakan konsep, yang kurang spesifik pada kriteria-kriteria yang dirujuk, selalu dilihat sebagai salah satu teras kepada logik manusia untuk meletakkan sebab musabbab sesuatu. Ia boleh menjadi sesuatu yang positif dan perlu, tetapi lazim juga mencerminkan kedangkalan maklumat atau kejahilan seseorang terhadap pengitlakan yang dibuat. Justeru, penilaian mesti dibuat untuk memastikan apakah ada atau tidak kebenaran di dalam pengitlakan berkenaan.

WAHABI VS. BID’AH

Menganggap apa sahaja yang berbeza daripada amalan arus perdana sebagai Wahabi, adalah di antara polemik yang sangat membelenggu lagi mengganggu kehidupan masyarakat umat Islam semasa.

  • Tidak melafazkan niat di permulaan Solat adalah Wahabi.
  • Basmalah di dalam Surah al-Fatihah tidak dibaca secara jahriyyah (bersuara) adalah Wahabi.
  • Meletakkan posisi tangan tinggi sedikit di dada semasa Qiyam di dalam Solat adalah Wahabi.
  • Menggerak-gerakkan jari telunjuk semasa tasyahhud adalah Wahabi.
  • Tidak menyapu muka selepas memberi salam usai bersolat adalah Wahabi.
  • Berwirid sendiri-sendiri selepas solat berjamaah adalah Wahabi.
  • Tidak bersetuju dengan amalan kenduri arwah adalah Wahabi.
  • Tidak membaca Yasin di Khamis malam Jumaat adalah Wahabi.
  • Apatah lagi tidak bertalqin selepas pengebumian jenazah adalah Wahabi.

Apa sahaja yang berbeza daripada amalan kebiasaan yang wujud di dalam Masyarakat, maka secara mudah ia dianggap sebagai Wahabi. Satu pengitlakan yang amat memudaratkan sesiapa yang menjadi mangsanya.


Melabelkan seseorang sebagai Wahabi adalah satu cara mudah untuk membunuh perbezaan yang berlaku walaupun hakikatnya ada penjelasan yang lebih murni terhadap perbezaan itu selain melabelkannya sebagai Wahabi.

Perbezaan-perbezaan itu wujud secara muktabar di dalam mazhab-mazhab yang lain. Pendirian Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali diterima sebagai pendapat yang berada di dalam ruang lingkup Ahli Sunnah wal Jamaah. Tetapi menghapuskan hakikat ini dan melabelkannya secara total sebagai Wahabi, ia adalah suatu jenayah yang merosakkan umat.

Malah istilah Wahabi itu sendiri mempunyai konotasi yang kotor. Istilah Wahabi itu dirujuk kepada pengasas gerakan Muwahhidin pada kurun ke-18 di Semenanjung Tanah Arab, iaitu Muhammad ibn ‘Abd Al-Wahhab ibn Sulaiman ibn Ali ibn Muhammad ibn Ahmad ibn Rashid Al-Tamimi. Nama beliau adalah Muhammad dan kabilah asal usulnya adalah al-Tamimi. Tetapi mengapa gerakannya digelar sebagai Wahabi? Bukan Muhammadi atau Tamimi?

Wahabi itu adalah nisbah kepada nama bapa beliau iaitu Abd al-Wahhaab dan kalimah al-Wahhaab itu sendiri adalah salah satu daripada 99 nama Allah di dalam al-Asmaa’ al-Husna.

Menggelar gelaran Wahabi kepada gerakan beliau, adalah salah daripada banyak sudut. Abd al-Wahhab adalah nama bapanya dan bukan nama beliau. Manakala menyuntikkan konotasi buruk ke dalam kalimah AL-WAHHAB menjadi WAHABI adalah suatu pencemaran kepada al-Asmaa’ al-Husna yang mungkin tidak disedari oleh mereka yang secara liar menggunakannya.

Daripada manakah asal usul terma ini?

Golongan yang sangat komited menggunakannya dalam pendakwaan mereka bertanggungjawab untuk membuat penjelasan.

Itu kisah kelompok yang membuat pengitlakan dengan istilah Wahabi. Apa sahaja yang bertentangan dengan kita adalah Wahabi.

Wahabi adalah The Others!

Ada pun di sana, kelompok yang sering digelar sebagai Wahabi juga tidak terlepas daripada membawa budaya pengitlakan yang sama. Sebahagian daripada golongan yang membawa syiar Tajdid ini beranggapan bahawa apa sahaja yang tidak menepati kefahaman mereka tentang Sunnah, maka ia adalah Bid’ah.

  • Melafazkan niat di permulaan Solat adalah Bid’ah.
  • Basmalah di dalam Surah al-Fatihah dibaca secara jahriyyah (bersuara) adalah Bid’ah.
  • Berwirid secara berjamaah selepas solat berjamaah adalah Bid’ah.
  • Menyapu muka selepas berdoa adalah Bid’ah.
  • Bersalam-salaman sesama jamaah di masjid usai mengerjakan Solat adalah Bid’ah.
  • Membaca Yasin di Khamis malam Jumaat adalah Bid’ah.
  • Bertalqin selepas pengebumian jenazah adalah Bid’ah.
  • Menyertai kumpulan atau hizbiyyah juga adalah Bid’ah.

Apa sahaja yang tidak secara tekstual menepati kefahaman pihak ini terhadap Sunnah maka ia terus dilabelkan sebagai Bid’ah. Sedangkan sebahagian daripada apa yang dianggap Bid’ah itu hakikatnya adalah pendapat-pendapat yang wujud di dalam Mazhab yang muktabar, masih berada di satu wajah daripada wajah-wajah (Wajhun min al-Wujooh) kefahaman yang terbit daripada rujukan al-Quran dan al-Sunnah, tetapi secara mudah dilabel dengan istilah pembunuh bernama Bid’ah.

Setiap Bid’ah adalah sesat.

Setiap yang sesat tempatnya adalah di Neraka.

Tidak dinafikan, ada di antara amalan yang wujud di dalam masyarakat, benar-benar Bid’ah kerana ia adalah sesuatu yang tiada asal usul agama, tiada justifikasi agama, malah menjurus kepada Syirik. Contoh ekstrim seperti Mandi Safar, bersolat di kuburan, atau menyelewengkan ayat al-Quran dalam perubatan yang menggunakan pertolongan Jin, semua ini adalah Bid’ah yang besar dan harus ditentang sebagai kemungkaran.

Tetapi sebahagian daripada amalan yang wujud di dalam masyarakat, tidak semestinya Bid’ah hanya kerana ia tidak menepati satu teks Hadith. Daripada manakah asalnya perbuatan melafazkan niat sebelum mengangkat Takbir Solat? Mengapakah adanya bacaan wirid secara berjamaah selepas Solat? Apakah asal usulnya bacaan Tahlil di dalam majlis keraian masyarakat? Daripada manakah susur galur terjadinya bacaan Talqin selepas pengebumian jenazah? Bagaimanakah pula dengan menjadikan al-Fatihah sebagai doa umum yang dibaca di kebanyakan tempat dan sempena?

Sebahagiannya, berasal usul daripada proses mendidik dan memudahkan golongan bermasalah untuk melaksanakan ibadah. Melafazkan niat sebagai bantuan kepada golongan musykil seperti masalah was-was, menggunakan al-Fatihah sebagai doa umum pada keterbatasan kemampuan masyarakat menghafal pelbagai doa, wirid berjemaah selepas Solat sebagai satu proses Tarbiyah… kesemua itu memerlukan pendukung Tajdid untuk lebih teliti pada usaha memurnikan amalan masyarakat.

Apatah lagi pada urusan yang menjadi khilaf muktabar seperti Qunut di dalam Solat Subuh. Adalah keterlaluan untuk melabelkannya sebagai Bid’ah.

Apa sahaja yang popular di dalam amalan masyarakat tetapi bersalahan dengan satu wajah tafsiran kita terhadap al-Quran dan Sunnah, maka ia adalah Bid’ah.

Bid’ah adalah The Others.

Akhirnya, kontroversi yang membabitkan istilah Wahabi dan Bid’ah di dalam masyarakat, menjadi fitnah yang sangat memudaratkan umat.

Tajdid mungkin membawa maksud pencerahan dan pemurnian, tetapi apabila pengitlakan istilah berlaku secara liar, ia mengundang kegelapan yang lebih berbahaya daripada sebelumnya. Perbuatan reaktif golongan yang mahu menangkis istilah Bid’ah ini pula bertemu dengan perkataan Wahabi yang digunakan sewenang-wenangnya, sebagai satu character assassination yang berkesan pada mematikan proses dialog dan peningkatan Tsaqafah umat.

Ia bukan lagi isu perbezaan pendapat.

Tetapi persoalan sikap dan mazmumah Akhlaq.

PEMBANGKANG (PAS) VS. UMNO

umnopas

source: senjaliza.blogspot.com

Menganggap apa sahaja pandangan yang tidak selaras dengan keputusan Syura, pimpinan atau pandangan parti sebagai UMNO atau AGEN UMNO, adalah penyakit pengitlakan istilah yang turut menimpa segelintir pendukung gerakan Islam di dalam PAS.

Beberapa tahun yang lalu, al-Ustaz Maszlee Malik pernah melontarkan satu idea yang dikenali sebagai Ummah Centric sebagai solusi cadangan kepada ketaksuban sesetengah orang kepada jemaah mereka. Timbul kemalangan intelektual apabila idea Ummah Centric ini dilabel sebagai idea UMNO dan Ustaz Maszlee sendiri digelar sebagai Agen UMNO.

Di dalam PAS, menyabitkan seseorang sebagai UMNO atau agen UMNO adalah satu bentuk character assassination yang sangat berkesan pada mematikan pengaruhnya. Apa sahaja pandangan yang tidak selaras dengan apa yang berada di dalam arus perdana kelompok ini, akan secara mudah dianggap sebagai jarum-jarum UMNO.

Keadaan ini menutup pintu wacana atau pandangan di luar kotak yang sebahagiannya dilontarkan oleh pihak luar dan dalam, untuk kebaikan PAS itu sendiri. Ia suatu kerugian, dan tindakan yang berkesan pada meramaikan musuh.

Contoh terbaru yang boleh dirujuk adalah pada lontaran pandangan kontroversi Prof. Dr. Abdul Aziz Bari berkenaan dengan isu Kerajaan Perpaduan, serta persepsi semasa masyarakat terhadap PAS. Selama ini, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sering mengambil pendirian yang menjadikannya ‘makhluk asing’ di lingkungan dunia akademiknya, tatkala berpendapat dengan pendapat yang berpihak kepada PAS. Pandangan perundangan beliau tentang isu peralihan kuasa pemerintahan di Negeri Perak sangat banyak memberikan nilai penting kepada PAS.

Tetapi apabila pandangan beliau tidak selari dengan apa yang dijangkakan oleh PAS, maka dengan mudah Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dilabel sebagai UMNO.

Apa sahaja yang bertentangan dengan PAS adalah UMNO.

UMNO adalah The Others.

Pandangan yang terbit daripada sikap yang sama turut ditemui di dalam lingkungan pendukung UMNO.

Sekiranya ada pandangan yang tidak selaras dengan kehendak kepimpinan tertinggi dan parti, maka dengan mudah ia dianggap sebagai idea pembangkang.

Di peringkat bawahan, para mahasiswa dan mahasiswi sering berdepan dengan belenggu ini. Mereka harus berbeza pandangan daripada idea-idea yang lebih popular di kalangan kelompok pelajar yang pro-pembangkang. Jika selama ini pelajar yang pro-pembangkang bekerja keras berusaha menentang maksiat yang berlaku di dalam kampus maka pelajar yang pro-UMNO sukar untuk melontarkan persetujuannya terhadap apa yang dilakukan oleh pelajar pro-pembangkang tentang maksiat yang bertentangan dengan Islam itu kerana khuatir dilabel sebagai Agen Pembangkang.

z-ibrahim

Datuk Mohd Zaid Ibrahim

Manakala di peringkat atasan pula, kita sama-sama dapat melihat bagaimana kontroversinya tahun 2008 apabila pandangan Datuk Mohd. Zaid Ibrahim terhadap penahanan Ahli Parlimen Teresa Kok, blogger Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah peruntukan ISA. Bantahan beliau terhadap tindakan itu telah menyebabkan Datuk Zaid Ibrahim diposisikan sebagai ahli UMNO yang berpihak kepada pembangkang, walaupun ketika itu beliau tidak mempunyai sebarang hubungan yang kelihatan dengan PKR atau Pakatan Rakyat.

Sesiapa sahaja yang mengkritik kepimpinan UMNO atau pandangan arus perdana parti itu, maka ia dianggap sebagai Pembangkang atau PAS.

PAS dan Pembangkang adalah The Others.

Sikap ini membekukan perkembangan kedua belah pihak apabila PAS dan Pakatan Rakyat serta UMNO mengambil pendirian yang merugikan mereka. Namun kerugian terbesar bukanlah setakat di peringkat politik, malah ia ditanggung secara langsung oleh rakyat, pihak yang sebenar-benarnya menjadi mangsa kepada pemikiran seperti ini.

ORIENTALIS VS. PENGGANAS MUSLIM

Di pentas-pentas ceramah, kuliah Maghrib dan Subuh, perkataan Orientalis sering diulang-ulang oleh para ustaz dan pendakwah sebagai pihak yang mewakili apa sahaja pendapat yang bertentangan dengan Islam.

Orientalis disudutkan sebagai satu fahaman yang mewakili idea-idea yang tidak menepati arus perdana masyarakat. Jika tadi, ada kelompok yang saling berbalah antara Wahabi dan Bid’ah, kini kedua-duanya boleh bersepakat pada menghentam dan menyalahkan Orientalis, setiap kali munculnya pandangan yang ‘berbau Barat’.

Apabila Khairuddin al-Tunisi memberi saranan agar Sultan Abdul Hamid II mengkaji dan mengambil iktibar daripada sejarah kehidupan Charlemagne di Eropah, pandangan Khairuddin al-Tunisi itu dianggap sebagai pandangan Orientalis Barat yang memudaratkan Islam. Sedangkan apabila Khairuddin al-Tunisi memberikan saranan sedemikian rupa, beliau mahukan Sultan Abdul Hamid II dan kabinetnya menyuntik unsur dinamik kepada Pan Islamisma agar Islam sebagai ideologi Politik tidak kabur dengan konsep-konsep yang tidak diperincikan seperti konsep Syura.

Di negara kita juga, pada era 90′an, istilah Triple IT yang merujuk kepada International Institute of Islamic Thought (IIIT) sering diguna pakai untuk merujuk kepada idea-idea yang berbeza daripada pandangan konservatif Islam. Triple IT juga disebut sebagai Islam Amerika, khusus untuk menangkis idea-idea ‘pembaharuan’ yang dibawa oleh musuh besar pembangkang di era itu iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengistilahkan apa sahaja yang asal usulnya daripada Barat sebagai Triple-IT, atau Orientalis adalah satu bentuk pengitlakan istilah yang merugikan umat ketika mana banyak kebaikan boleh dimanfaatkan daripada kerja-kerja kelompok Orientalis itu.

Di dalam buku Orientalism tulisan Maryam Jamilah, beliau secara tegas menyatakan bahawa tidak semua Orientalis atau Orientalisma itu negatif. Katanya:

Is Orientalism then totally evil? The answer is a qualified no. A few outstanding Western scholars have devoted their lives to Islamic studies because of their sincere interests in them. Were it not for their industry, much valuable knowledge found in ancient Islamic manuscripts would have been lost or lying forgotten in obscurity. English Orientalists like the late Reynold Nicholson and the late Arthur Arberry accomplished notable work in field of translating classics of Islamic literature and making them available to the general reader for the first time in a European language.

Maryam Jamilah mengiktiraf sumbangan sekumpulan Orientalis seperti Reynold Nicholson dan Arthur Arberry yang sememangnya tidak terbabit di dalam agenda kolonialisasi Imperialisma Barat.

Tetapi sayangnya, buku Orientalism karangan Maryam Jamilah itu sendiri, tidak banyak berhasil pada menunjukkan sisi positif Orientalisma sebagaimana yang dinyatakan oleh penulisnya, justeru apa yang ketara hanyalah penolakan agresif yang sedikit sebanyak merugikan umat.

Orientalis dan Barat adalah The Others.

Ada pun di pihak negara Barat sendiri, sikap yang sama tidak terkecuali.

Tanggapan bahawa mana-mana pendapat yang bertentangan dengan polisi luar Amerika Syarikat atau Akta Anti Keganasan, sebagai pengganas Muslim, adalah kebiasaan yang sering mencetuskan kekacauan.

cheriebooth

Cherie Booth QC dan Tony Blair

Kita tidak lupa kepada Cherie Booth, isteri kepada bekas Perdana Menteri Britain. Pada tahun 2002, sejurus selepas kejadian letupan yang berlaku di Jerusalem membabitkan kematian 19 orang di Palestin yang berpunca daripada Pengebom Berani Mati Palestin, beliau berkata, “as long as young people feel they have no hope but to blow themselves up, we’re never going to make progress, are we?”

Pandangan tersebut telah mencetuskan kemarahan yang luar biasa di kalangan negara Barat hingga memaksa Cherie Booth meminta maaf kepada orang ramai. Tony Blair sendiri mengalami kemerosotan reputasi akibat kenyataan yang dibuat oleh isterinya itu.

Demikian juga pendirian Ken Livingston, Datuk Bandar Kota London yang banyak berpihak kepada Palestin dan Muslim, telah memposisikan beliau sebagai seorang yang ‘disyaki’ di bawah suluhan lampu pemikiran The Others masyarakat Barat.

Muslim atau Muslim Terrorist adalah The Others!

Sikap yang seperti ini menyuburkan Islamophobia di dalam masyarakat Barat malah mencetuskan paranoid yang keterlaluan. Pandangan yang prejudis terhadap sesiapa sahaja yang berbeza daripada kita, menimbulkan banyak ketidakstabilan sosial di dalam masyarakat dan mencetuskan fitnah yang sukar untuk dipadam.

Kepada umat Islam, cukuplah peringatan Allah berikut menjadi panduan:

49_6

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang Fasiq membawa sebuah berita yang penting, maka periksa dan telitilah dahulu mengenainya, supaya jangan nanti kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan yang jahil sehingga nantinya akan menjadikan kamu sesal (akan ketelanjuranmu itu)” [al-Hujuraat 49: 6]

PENGURUSAN NAS

Manakala kepada agamawan yang sedang ghairah berdebat di khalayak, renungkanlah ‘ibrah yang boleh diambil daripada peristiwa yang berlaku, ketika mana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengajar kepada Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, hadith “barangsiapa yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallaah dengan penuh keyakinan, nescaya dia akan masuk ke Syurga.”

Mendengar akan hadith ini, Abu Hurairah bergegas menuju ke pasar untuk menghebahkan kenyataan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ini. Akan tetapi di pertengahan jalan, beliau bertemu dengan ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu yang menahan perjalanan Abu Hurairah kerana mengetahui akan tujuannya. ‘Umar membawa Abu Hurairah kembali kepada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan beliau bertanya kepada Baginda, “apakah engkau yang mengutuskan Abu Hurairah membawa kedua alas kaki – sebagai bukti bahawa engkau yang berkata – barangsiapa yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallaah dengan penuh keyakinan, maka sampaikan kepadanya berita gembira tentang Syurga – ?”

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata, “ya.”

‘Umar al-Khattab berkata, “janganlah lakukan ia (wahai Rasulullah), aku khuatir orang akan hanya bergantung kepada ucapan itu. Biarkanlah mereka terus beramal.”

Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “kalau begitu, biarkan sahaja mereka beramal” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Besar sungguh hikmah di sebalik peristiwa ini. Keterbukaan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menerima pandangan ‘Umar agar momentum bekerja dan beramalnya masyarakat tidak dipertaruhkan dengan satu khabar gembira yang boleh disalah tafsirkan, menjadi suatu peringatan kepada kita semua tentang kaedah pengurusan penyampaian Hadith dan pembetulan terhadap amal di dalam masyarakat.

Jangan sampai keghairahan terhadap nas, menjadikan kita tidak peduli terhadap keretakan dan kemusnahan yang sedang meruncing di tengah masyarakat.

Berhaluslah dalam tindakan!

Banyak isu yang menghangat serta membingungkan masyarakat hari ini, bukanlah isu perbezaan usul yang tulen. Sebaliknya ia lebih berpunca daripada mazmumah sikap yang gagal mengangkat kepentingan Ummah sebagai keutamaan yang diamanahkan Allah kepada Khalifah-Nya.

Semoga kita kembali bertaqwa kepada Allah.

Sumber: http://saifulislam.com/?p=7219


teruskan membaca lagi sahabat...

Here's a link to an article regarding the 500 most influential Islamic figures. Surprisingly, I found TGNA inside it as well, which gave me a slight shock. However, it must be noted that this article contains figures regardless of their sect or organisation, and thus purely based on their influence alone. So, DO expect certain people to pop up as well 'cough' SIS 'cough'.Whatever, hope all of you can make the most out of it and enjoy it as much as I did.


http://www.rissc.jo/muslim500v-1L.pdf

WaAllahua'lam.


Yours truly, Hisyam


teruskan membaca lagi sahabat...

Namaku SiPun, aku adalah dari bangsa slipar Jepun. Jenis-jenis lain, juga yang selain daripadaku dijual di merata kedai sukan. Aku telah dibeli semenjak setahun yang lepas. Semenjak itu hidupku mula berubah. Aku menjangkakan tentulah kebanyakan daripada hayatku akan kuhabiskan di trek atau di gimnasium. Tapi jangkaanku meleset.

Tuanku lebih kerap membawa aku ke masjid-masjid dan ke rumah kawan-kawannya. Aku sempat mencuri-curi dengar kegiatannya dalam kelompok tersebut. Itulah yag dinamakan usrah rupanya. Apa yang ingin ku ceritakan di sini mungkin berguna kepada kalian semua. Berikut adalah pemerhatianku berkenan tuanku. Dia seorang da`i, kekagumanku dengan usahanya telah menginsafkan aku untuk mncoretkan warkah ini.

Dahulu, tuanku hanya berseorangan. Aku selalu ke masjid bersamanya seorang. Di sana beliau mengabiskan masa mendengar ceramah agama, tak cukup dengan itu, habis kedai-kedai buku agama kami kunjungi. Sememangnya dia seorang yang obsessed dengan ilmu pengetahuan. Tafsir al-Qur'an memang selalu dibacanya. Ini membanggakan aku, kerana dapat berbakti kepada seorang yang cintakan ilmu.

Aktivitiku tidak terhad begitu sahaja, aku juga sering dibawa ke kompleks sukan dan padang bola. Yang peliknya aku mendapat ramai kenalan ketika berada di padang, tetapi sering berseorangan ketika dibawa ke masjid.

Dahulu, ini menjadi aktiviti kegemaranku, kerana dengan ini aku mendapat ramai kawan. Mulanya aku agak pelik dengan situasi ini, tetapi lama-kelamaan ramai kenalanku turut serta setiap kali aku ke masjid. Kini fahamlah aku, tuan aku menggunakan padang bola dan kompleks sukan untuk berdakwah rupanya. Masya Allah! Tak sangka juga, dengan aktiviti sukan tuan aku sempat juga mengajak rakan-rakan ke masjid. Sekarang aku tidak bersendiri lagi. Hampir setiap malam tuan aku akan berkunjung ke rumah rakan-rakannya. Di sini aku mengambil peluang untuk bersama dengan rakan-rakanku untuk bertukar pengalaman. Rakan-rakanku amat mengagumi tuanku. Aku tumpang berbangga.

Usrah berjalan hampir setiap malam. Sememangnya tuan aku tidak kenal erti rehat. Baginya tempat rehat adalah Syurga dan masa untuk tidur adalah di alam kubur. Semua kasut akan senyap setiap kali tuan aku mula berbicara. Kata-katanya penuh hikmah, setiap isi disokong dengan hadis dan ayat al-Qur'an. Tuan aku tidak banyak bercakap apatah lagi perkara yang sia-sia. Aku dapati rakan-rakan tuanku turut kagum dengan kebolehannya.

Apabila bersama rakan, tidak pernah langsung beliau mencerca rakan yang lain. Jika ada perkara yang hendak ditegurnya akan dilakukan dengan hikmah. Aku lebih banyak mendengar beliau memuji orang berbanding mencerca kesalahan orang.

Kini aku masih berbakti lagi. Aku tahu kalian tentu menganggap tulisanku ini gila dan tidak masuk akal. Akan tetapi renungkanlah kata-kataku ini. Aku mungkin kasut, tetapi suatu hari nanti mungkin Tuhan akan memberikanku mulut untuk berkata-kata, untuk bersaksikan apa yang tuan aku telah kerjakan. Pada saat itu akan aku saksikan pada Tuhan apa yang aku nukilkan pada kalian.

Untuk kalian semua contohilah tuanku. Berdakwahlah dengan cara hikmah. Jangan sekali-kali lari dari masyarakat. Terkadang masyarakat di sekeliling kalian suka bersukan, atau mungkin sukakan hiburan. Ikutlah rentak mereka sebagaimana aku menari mengikut irama tuanku. Dalam berkata-kata hendaklah kalian berhati-hati, jauhilah cerca dan maki, lebihkanlah ukhuwwah dan pujian. Sesungguhnya mad`u suka dipuji. Namun puji biarlah ikhlas.

Apabila berbicara gunakanlah al-Qur'an dan al-Hadis. Jangan kalian ikut sesedap mulut, kelak menikam kalian dari belakang. Tambahkanlah ilmu kalian, maka orang akan mendengar cakap kalian. Bukankah Tuhan menjanjikan darjat yang tinggi untuk orang yang berilmu? Jadilah da`i yang serba boleh. Jangan kalian sekatkan skop dakwah kalian, setakat mengajak ke surau dan masjid. Ingatlah, bersukan, muzik, berjalan, itu semua adalah dakwah bagi kalian. Setapak kalian berjalan, mungkin bisa mencampak hidayah ke dalam diri teman kalian.

Oh! Aku memang tidak layak untuk menasihat kalian. Apatah lagi aku hanya sepasang kasut. Kalian tidak perlu memaafkanku kerana aku hanyalah kasut. Tetapi maafkanlah tulisan aku kira aku cuba mengajar kalian, makhluk yang terbaik di sisi Allah. Sebelum lidah kasutku ini bergetar deras, cukuplah dulu nukilan dariku, sepasang kasut seorang ghuraba'.


"Jadi, apa tunggu lagi! gunakanlah apa2 skill yang ada pada antum untuk tarik sahabat2 kita especially yang islam untuk berpaut sepenuhnya kepada Islam. Kita tak perlukan title ustaz untuk berdakwah. IR, DR, Prof malahan yang tiada title skalipun, masih boleh berdakwah ke arah islam. Ingat, jikalau seseorang individu itu mendapat hidayah kerana kita, itu adalah lebih baik daripada bumi dan seisinya. Tidak mahukah kita?Come on brothers and sisters, lets us reform!" kata-kata di hujung warkah.


sumber asal : http://cintaagong.blogspot.com




teruskan membaca lagi sahabat...

Bismillah walhamdulillah wasolati wasalam ala rasulillah

Agak kurang sesuai sebenarnya untuk dikatakan di sini, tetapi sejak angin "cinta" yang bertiup di blog-blog yang 'berkenaan' (bagi 3 orang banat yang mudah-mudahan memahami bahasaku yang penuh makna), telah memberikan suntikan semangat terhadap saya yang sudah lama ingin mengupas tajuk ini.

Sejujurnya juga agak kurang tepat cinta itu menjana "semangat baru" itu kerana kurangnya relationship secara langsung dengan apa yang saya ingin coretkan. Tetapi itulah yang difikirkan pertama kali apabila menyentuh tentang subjek "cinta" ini.

Pendahuluan surah An-Noor

Marilah kita sama-sama meneliti muqaddimah surah an-noor ini yang penuh dengan penerangan tentang hukum hudud.

Ba'da Bismillahirahmanirahim,

"Inilah surah yang diturunkan dan Kami fardukan dan Kami turunkan ayat yang menjelaskan/ yang jelas dalamnya ( surah) moga-moga kamu menjadi orang yang beringat"

Dalam ayat pertama, Allah menjelaskan tentang ketinggian "esteem" surah ini. Dia juga menjelaskan bahawa terdapat hukum-hukum tertentu yang difardukan dengan harapan kita beringat. Begitulah lebih kurangnya.(tafseer ibnu kathir,internet)

"Penzina perempuan dan penzina lelaki itu maka pukullah setiap daripada mereka 100 kali pukulan. Janganlah belas kasihan kamu kepada keduanya mencegah kamu ( untuk menjalankan hukum) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang yang beriman"

Dalam ayat kedua Allah juga menerangkan tentang perihal had bagi perbuatan zina. Seperti mana yang kita ketahui hukum ini merupakan bagi mereka yang belum berkahwin. Bagi yang sudah berkahwin atau memegang status muhsin(dengan huruf sad ek bukan sin), maka hukumannya ialah rejam sehingga mati.

Islam Liberal dan konco-konconya.

Menjadi pengetahuan kita bahawa ada sahaja pihak yang ingin meruntuhkan agama Allah sedangkan Allah menyempurnakan agama ini, walaupun dibenci kaum kuffar.


(As-saff:9)يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُواْ نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَـفِرُونَ

Antara bahan yang menjadi sasaran bagi pihak ini ialah tentang hukuman hudud yang terdapat dalam Islam.

Tidak sedikit yang mengatakan bahawa hukum hudud merupakan hukum yang kuno, maka sesuatu yang kuno itu perlu ditinggalkan demi mengecapi kemodenan. Sekali pandang pelik juga pemikiran mereka ini, jika adat warisan dan kebudayaan mahu dipertahan sekeras-sekerasnya walausebagaimana khurafat sekalipun. Jika tidak mana mungkin kementerian kesenian diwujudkan. Tetapi apabila mengenai agama, mereka cepat-cepat melaungkan modenisasi.

Selain itu wujud juga pendapat yang mengatakan bahawa hukuman-hukuman yang ditetapkan itu tidak berperikemanusian. Contoh terdekat lihatlah isu Kartika yang ramai sahaja orang menampil diri konon-kononnya membela walaupun tidak pernah diminta.

Pendapat yang mengatakan hukuman ini ZALIM haruslah disangkal kerana tersebut dalam hadis qudsi bahawa Allah telah mengharamkan sifat zalim ke atas dirinya dan hamba-hambanya yang lain. Selain itu kita perlulah lebih ingat bahawa siapakah yang lebih mengetahui hikmah segalanya di dunia ini melainkan Yang Maha Pengatur.

(al baqarah:179) وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَوةٌ يأُولِي الالْبَـبِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Dan dalam (hukuman) qisas itu terdapat KEHIDUPAN bagimu hai orang yang beraqal supaya kamu bertaqwa"


أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْساً بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِى الاٌّرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعاً وَمَنْ أَحْيَـهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعاً..(al maidah:32)
"Sesiapa yang membunuh seseorang tanpa haq atau melakukan kerosakan di bumi,maka dia seperti telah membunuh keseluruhan manusia"

Hukuman yang keras

Pun begitu, dalam usaha kita menegakkan bahawa hukum-hukum Allah itu adil dan jauh dari tohmahan mereka yang berkenaan, perlulah kita ponder bahawa hukuman yang ditetapkan tidak boleh dinafikan hukuman yang keras.

Minda kita segera menangkap bahawa hukuman 100 kali pukulan itu merupakan hukum yang KERAS. Dan rejam sehingga mati merupakan satu hukuman yang KERAS

Tetapi janganlah kita terpengaruh dengan filem Semerah Padi yang menggambarkan hudud itu dengan cara yang tidak tepat.(Dr.Asri)

Pun begitu, siapa pun tidak sahaja-sahaja mahu disebat 100 kali. Atau juga mahu menanam diri dalam tanah dibaling dengan batu sehingga mati. Tidak wujud world record sebegitu setahu saya.

Maka mungkin kita tertanya-tanya, mengapakah ditetapkan hukuman yang keras bagi kesalahan-kesalahan ini?

Jika direnung, hukuman yang ditetapkan sejajar dengan akibat perbuatan tersebut. Dalam bahasa yang lebih mudah, hukuman yang keras disediakan untuk kerana akibat mafsadah perbuatan itu ialah besar. Inilah yang dapat difahami apabila membaca ayat al-quran di atas.

Maka selain itu hukuman yang keras ini ialah untuk mengihzar peribadi muslim supaya menghindari perbuatan itu.

Perkaitan yang dicanang-canang

Apabila kita meneliti keseluruhan surah al-noor, kita dapat mengetahui bahawa segala hukuman yang KERAS itu mampu dielakkan dengan perkara-perkara yang KECIL.

Perkara-perkara itu kadang-kadang kita rasa agak remeh untuk melakukannya, atau yang tiada signifikan dalam kehidupan individu muslim. Siapakah sahaja yang memandang ini dengan kaca mata Islam? Kebanyakan kita lebih memandang perbuatan ini lebih kepada perbuatan yang berkenaan dengan adab dan adat tatsusila yang melibatkan perbuatan "manis" dan perbuatan "tidak manis".

Perkara-perkara ini sepertilah "meminta izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah orang lain" (an-noor:27 dan 61), "menundukkan pandangan kepada jantina yang berlawanan dan menjaga kehormatan" (an-noor: 30-31), "menutup aurat dan menjaga sebahagian rahsia"(an-noor :31), "meminta izin apabila masuk ke bilik seseorang"(an-noor:58).

Perkara-perkara ini sejujurnya saya juga merasakan agak remeh( hingga difikirkan banat nih takder keje lain ker selain nak tegor orang suruh jaga pandangan jika mendengar cerita senior..aku tego suruh jaga Quran kang).

Tapi seremeh-remeh perkara, perkara-perkara yang KECIL inilah yang sebenarnya mengelakkan hukuman yang BESAR. Malah mengelakkan bencana yang lebih besar iaitu MURKA Allah dan JAHANNAM itu sendiri. (nau'zu billah)

Maka apabila sahaja kita berbicara tentang budaya 'couple' seharusnya langkah yang perlu diambil untuk menahan diri daripada turut sama dalam 'kebejatan yang dihiasi indah ini', seharusnya kita perlu melazimkan perkara yang dianggap remeh ini.

Kesimpulannya bendunglah diri daripada melanggar batas-batas KECIL, sebelum kita terjerumus dalam sesuatu yang BESAR ( murkanya) di sisi Allah.

Wallahu musta'an. Semoga bermanfaat.

Ahmad Afiq Arshad.
Rumah, (bile yerk nak kat tmpat lain)

ps: ironically sedang mendengar lagu love story-taylor swift(wajib kena komen nih)


teruskan membaca lagi sahabat...

This news is a bit old. But I still put it up seeing as some of you might or might not be aware of this news. To make this more interesting, I DO hope that you guys can discuss on this matter (of course, do a bit more research first would be appropriate) and I'm sure that I would be more than happy to hear or read some of your own opinions regarding this new ruling especially from the girls' side.WaAllahua'lam.


CAIRO Al-Azhar, the highest seat of religious learning in the Sunni world, decided on Thursday, October 8, to ban niqab in all its affiliate girls-only schools, educational institutes and dormitories. "The Supreme Council of Al-Azhar has decided to ban students and teachers from wearing the niqab inside female-only classrooms," said Grand Imam of Al-Azhar Sheikh Mohamed Sayyed Tantawi.

Reading out from a written statement, he said niqab would not be allowed in schools where both the students and teachers are females.

Tantawi added that the same rules would apply in university dormitories where the residents and the supervisors are also all females.

During a visit to a school earlier this week, Grand Imam of Al-Azhar Sheikh Mohamed Sayyed Tantawi ordered a school girl to remove her niqab, telling her the face-veil is a tradition and has nothing to do with Islam.

The Muslim-majority country's top religious authority also vowed to ban the niqab all schools linked to Al-Azhar.

Niqab in Focus (Folder) Established in 359 AH (971 CE), Al-Azhar mosque drew scholars from across the Muslim world and grew into a university, predating similar developments at Oxford University in London by more than a century. Al-Azhar, which means the "most flourishing and resplendent," was named after Fatima Al-Zahraa, daughter of Prophet Muhammad (PBUH).

The first courses at Al-Azhar were given in 975 CE and the first college was built 13 years later.

Al-Azhar first admitted women students in 1961, albeit in separate classes.

Also in 1961, subjects in engineering and medicine were added to classes on Shari`ah, the Noble Quran and the intricacies of Arabic language.

Not Anti-Niqab

The Supreme Council asserted that Al-Azhar does not oppose the niqab in the homes, streets or the work place.

But Tantawi asserted that they are against over exaggerations.

Women cover their faces so as not to be seen by stranger men. But it makes no sense to use niqab in a women-only environment, he contended.

Insistence on covering the face in the presence of women only is a form of extremism which Islam opposes.

Tantawi told the state television Tuesday that although he considers the niqab as a tradition, he does not oppose it and deals normally with women who cover their faces.

The majority of Muslim scholars believe that a woman is not obliged to cover her face or hands.

They believe that it is up to every woman to decide whether to take on the face-cover or not.

Most Muslim women in Egypt wear the hijab, which is an obligatory code of dress in Islam, but an increase in women putting on the niqab has apparently alarmed the government.

The ministry of religious endowments has recently distributed booklets in mosques against the practice.

The Education Ministry has reportedly banned students who wear the niqab from being accepted in state-run Cairo University's dormitory.

source: islamonline.com





teruskan membaca lagi sahabat...


“Mak, mana horlicks ye?”, tanya seorang anak perempuan kecil.


“Lah, dah berapa tahun ko duduk sini nak oi.. kat atas meja dapur tu pergi lah tengok”, lantang emaknya yang sibuk bermain dengan babynya.


Si anak terdiam membisu. Tak mengerti kenapa maknya melayannya dingin sejak ada baby baru. Dia ingin seperti dahulu, bertanya tentang horlicks, maknya buatkan, Tapi tak lagi kali ini.


Dalam hatinya rasa geram yang teramat sangat pada baby, adiknya sendiri. Salahkah dia nak dapat kasih sayang yang sama? Mak dah tak sayang dia lagi ke?


Cut!


Si anak sebenarnya hanya inginkan perhatian. Kerana perhatian itulah satu penghargaan yang tak ternilai bagi seorang anak kecil.Bagaimana jika ibu bapa mencabutnya?


Si anak akan rasa tidak dihargai. Dia akan menyepi dan duduk seorang diri. Ibu bapanya seolah-olah tidak menyayanginya lagi. Itu pemahamannya.


Walaupun si ibu tidak bermaksud demikian. Ibu hendak anak faham yang dia sibuk dan perlu perhatian lebih kepada yang lebih kecil, baby. Tetapi sebenarnya ‘bahasa’ yang difahami anak kecil itu seolah-olah;


“Mak kena sayangkan baby lebih. Awak tu sudah besar, pandai-pandailah jaga diri”


Bukan senang untuk menghargai.


Tetapi kita mesti mempelajarinya.


BURUNG MURAI


Ingat lagi x, raye tawn bile tah, ade iklan burung murai...


“Burung apa?”


“Burung Murai abah”


“Burung apa?”


“Burung Murailah abah”


“Burung apa?”


“Burung Murailah abah. Abah ni memang tak dengar ke buat-buat tak dengar?”

(kalau dialog iklan ni berbeza dr yg asal,harap maaf ye)


Ayahnya tersenyum tawar. Menghulurkan diari emaknya.


“…Anaknya berulang-ulang kali tanya soalan yang sama, tapi dia tak jemu-jemu menjawab”,


Baru si anak itu teringat.


“Minta maaf ayah”


lalu si anak terus memeluk ayahnya.


dan saya terfikir,


“Hmm,kadang-kadang itulah dia orang sekarang, tak menghargai orang tua.. cepat je lupa..”


Iklan ini memberikan impak kepada saya. Bergenang air mata setiap kali tengok iklan ni sambil terus berdoa dan berharap semoga saya akan sentiasa ingat jasa orang tua saya. Orang tua halus bahasanya.


Bukan senang untuk menghargai.


Tetapi kita mesti mempelajarinya.


HARGAILAH KERJA ORANG LAIN


“Berapa lama awak siapkan presentation tu?”, tanya seorang bos.


“Seminggu”, kata Hafiz (bukan nama sebenar).


“Aih, saya tak nak macam ni. Ini macam bukan kerja seminggu! Awak ni tahu buat kerja ke tak sebenarnya ni?”


"Erk,tahu tuan. Sebenarnya apa yg salah tuan," hafiz menjawab.


“Apa yg awak tahu??!! Ni,awak betulkan yang ini, lepas tu saya tak nak yang ni. Hah, proportion ni tak betul. Cancel kan.”, dengan muka slenganya.


Hafiz hampa dengan jawapan bosnya. Kadang-kadang arahan yang kurang clear menjadi sebab. Tapi seolah-olah dia yang kena tanggung segala masalah dan silap itu.


“Rasanya macam nak pukul sahaja bos tu. Cakap baik-baiklah”, kata Hafiz dalam hati kecilnya.


“Takpa2, nasib baik aku mampu sabar..”


Perkara seperti ini sering kali terjadi. Orang yang bekerja di bawah seorang ketua kadang-kadang teringin rasa dihargai. Cukuplah dengan memuji sikap, berkata dengan sopan. Andai tak berkenan dengan tugas yang dilaksanakan, berilah nasihat dengan baik dan tetapkan tempoh. JANGAN sekali-kali menghampakan anak buah. Bak kata John C. Maxwell,


People quit people, not company!”


Bukan senang untuk menghargai.


Tetapi kita mesti mempelajarinya.


AMALKAN MENGHARGAI

Zul,seorang pelajar tahun 6, juga merupakan seorang pengawas yg sgt berdedikasi sedang 'menjaga' pagar (xtaw perkataan yg lbey sesuai) bersama sahabatnya,Zaid. Menjaga pagar di sini bertujuan utk menghalang pelajar2 yg telah masok ke kwsn sekolah keluar blk dek kerana ingin menbeli aiskrim p0p dn makanan ringan di rumah makcik jajan.

datang seorang rakan sekelasnya.

"Zul, Ustaz zahidan cari ko. Dia suruh pergi bilik guru sekarang."

"Owh,okiedokkie. Zaid,sori ea. Ko terpaksa jaga sorang,"kata Zul.

"Aa,takpe2,"balas Zaid.

Sesampai di bilik guru,...

"Aa Zull. Meh tolong ustaz tanda paper arab ni. Ada 1 kelas x bertanda lg."

"Baik ustaz,"patuh Zul.

Dan lagi beberapa minit loceng nk berbunyi tanda mulanya waktu pNp, Zul siap menanda.

"Owh,dh abes ye. Aa time kaseh banyakla ye Zul. Kamu pegilah amek ape2 je dlm peti ais tu. Amek je papepun,"kata Ustaz. (dlm bilik guru bese ade peti ais kn)

Zul tersengih2 dan mengangguk2 bila ustaz dia ckp mcm tu.

Dia terasa dihargai, walaupun tidaklah berat dn banyak mana kerja yang disuruh itu tadi.

Itulah kuasa menghargai.



Indah menghargai. Menghargai itu adalah bahasa kasih sayang, percintaan, respect, sokongan, dan sebagainya. Hargailah selalu orang2 di samping kita.


Sebab antara muslim dengan muslim, kita ada diajar untuk menghargai, seperti yang dinyatakan dalam hadis Riwayat Imam Muslim;

“Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam: jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan ‘yarhamukallah’, dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke pemakaman).”


Kesimpulannya di sini, dalam keadaan apa sekali pun, kita selalu tidak sedar bahawa kita begitu jarang menghargai. Seberapa banyakkan kita berterima kasih terhadap rakan-rakan? Anak buah? Anak-anak? Ibu bapa?


Penghargaan juga adalah satu dorongan.


Rasulullah sendiri sentiasa menghargai sahabat-sahabatnya.


Berilah pujian pada rakan-rakan atas apa yang mereka lakukan, bukan pada perwatakannya. Bukan tidak boleh mengkritik, boleh, kerana mengkritik itu sebenarnya membina, supaya dapat meningkatkan apa yang patut. Tetapi apa kurangnya dengan memuji? Seorang yang tahu bahawa perbuatannya disokong tentu akan lebih bersemangat melaksanakan perbuatannya. Menghargai juga bukan semestinya memberikan pujian yang melangit, tapi cukuplah sekadar menghormati.


kata-kata yang lembut cukup untuk melembutkan hati orang yang marah,

kata-kata yang membina cukup untuk menaikkan semangat yang sudah patah.


Dan juga jangan lupa untuk berterima kasih kepada sesiapa sahaja..

kita tak mampu hidup seorang diri tanpa orang lain....(kalau tgk detektif Q, Kyuu-kun selalu ckp ayat ni kt kwn2 dia)


Saya sendiri merasakan masih banyak lagi orang sekitar saya yang masih saya kurang hargai. Bukan senang untuk menghargai, tapi kita mesti mempelajarinya.


Jadinya di sini saya ingin berterima kasih kepada sahabat2 saya kerana menjadi sahabat saya..dan terima kasih juga diatas jasa, nasihat dan teguran anda kepada saya.

Pesanan buat untuk diri sendiri dan juga org lain.."belajarlah erti menghargai".


teruskan membaca lagi sahabat...



"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat." (Hadith riwayat Bukhari)

Without a doubt, solat is one of the most important ibadah as a Muslim. One cannot go wrong as far as to say that the act of solat itself represents the ultimate act of obedience to our Almighty Lord Allah s.w.t.

"Islam itu ditegakkan atas lima perkara: Mengakui bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan." (Bukhari)

I would rather not go into details into things which are based on khilafiah. eg: bersedekap di dada, menggerakkan jari ketika tasyahud ataupun menjatuhkan tangan dahulu sebelum lutut ketika hendak sujud...and so on. However, I would like to bring the readers' attentions to more important issues at hand.

It has always been a bad habit of mine to observe people performing the solat (Don't ask me why...). And apparently, there was one time after I finished performing the solat sunnat rawatib, I noticed an old guy who was performing the solat in front of me. Angkat takbir dengan penuh rasa malas, rukuknya dengan tangannya dan tulang belikatnya tidak lurus, sujudnya dengan tangannya mencium lantai. I don't know about u guys, but it was really a sad and painful sight for me to behold. Hati ini terasa benar ingin menegur pak cik tersebut, tetapi mulut ini begitu berat sekali untuk memulakan perbualan. Lantas hati ini cuba menipu diri sendiri dengan menyangka bahawa pak cik tersebut baru belajar solat.

Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku diperintahkan untuk bersujud di atas tulang, (iaitu) di atas dahi (baginda turut mengisyaratkan ke hidung), dua tangan, dua lutut dan jari-jari kaki. (Hadith riwayat Bukhari)

Daripada Barra bin Azib r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Jika kamu bersujud, letaklah kedua tapak tanganmu ke lantai dan angkatlah kedua-dua siku kalian. (Hadith riwayat Muslim).

Narrated Abu Humaid As-Saidi r.a. : I saw Allah's messanger when he uttered the takbir, he placed his hands parallel to his shoulders, and when hi bowed down, he rested his hands on his knees, then bent his back. When he raised his heads up, he stood erect until the bones of his spine became straight. When he prostrated(sujud), he placed his arms such that they were neither spread out or drawn in, and the tips of his toes were facing the Qiblah, when he sat up, at the end of two rakaáh, he sat on his left foot and put erect the right one, and when he sat up after the last rakáh, he put forward the left foot, put erect the other one, and sat on his buttock. (Reported by Bukhari)

But alas, the misery wasn't over yet. Next come the most painful part of all. Muazzin kemudiannya melaungkan iqamah sebagai tanda solat jemaah akan bermula. I will then grieved in silence as I watched the pathetic sight of our own saff. Imam solat tersebut langsung tidak ambil peduli akan "kerapian dan keseragaman" (this is suppose to be sarcastic) saff-saff di belakangnya. Dalam keadaaan yang kritikal, aku cuba mengambil inisiatif untuk mengajak beberapa makmum untuk merapatkan saff mereka, tetapi mereka bagaikan tidak biasa dengan perbuatanku, lantas kembali merenggangkan kembali.

"Truly Allah loves those who fight in His Cause in battle array, as if they were a solid cemented structure." (Al-Saff verse 4)

Narrated Anas r.a. :Allah messenger said: Stand close together n your rows (saff), bring them (the rows) near one another, and stand neck to neck (in straight lines). (Reported by Abu Daud and Nasa'i. Ibn Hibban graded it sahih)

Adakah kita ini sudah beranggapan bahawa solat itu boleh diremehkan. Sesungguhnya solat bagiku merupakan lambang kekuatan dan kebanggaan kita sebagai umat Islam. Ini baru mereka yang menunaikan solat, belum kira lagi berapa ramai antara umat Islam yang tidak menunaikan solat langsung?

"Nay, seek (Allah's) help with patient perseverance and prayer, it is indeed hard, except to those who bring a lowly spirit (khusyu')" (Baqarah verse 45)

"The Believers must (eventually) win through (1) Those who humble themselves in their prayers(2) " (Al-Mu'minun verse 1-2)

With that said, I really hoped that this short article will more or less be the starting point for us to better our solat or even at least beneficial in any way to the readers. Not to say that I myself has performed the most perfect solat, as part of the reason as to why I wrote this was for the sole purpose of reminding myself specifically and to the rest of Muslim community in general. There are a lot of other things to discuss regarding the correct way of performing solat, which I hoped that we can discuss in the future.

With that, WaAllahua'lam.

Hisyam
Audit Associate.


teruskan membaca lagi sahabat...



"Ya afiq, maza taf'al haizihil 'utlah" kata seorang "pengomen" dalam artikel saya di blog batch saya di Darul Quran.

Soalannya agak mudah dan tujuannya mungkin hanyalah untuk membuka tajuk dalam perbualan. Tetapi saya tidak menjawabnya kerana sejujurnya terlupa, dan juga saya melontarkan persoalan itu kepada diri lama sebelum cuti saya bermula. Tetapi tiada jawapan yang "bergred A" boleh diterima.

Oh, sebelum itu sekadar pengetahuan, saya kini bercuti sempena cuti semester 1 di UIA selama lebih kurang tiga minggu. Bermula 5 Oktober sehinggalah 25 Oktober. Maka sesiapa yang ingin berdantang ke rumah sangatlah dialukan kerana tetamu itu membawa rahmah dan perginya menghilangkan dosa-dosa tuan rumah. Dan jika ada yang ingin membuat futsal, tolonglah ajak saya sekali kerana saya sudah lama bersukan.

Sambung balik, persoalan yang sama dilontarkan kepada saya oleh rakan kita yang kini berada di INTEC.

"Ko watpe JE cuti nih"

Kalimah "JE" itu, meskipun saya cukup menyedari bahawa itu ialah loghat masa kini, melontarkan persoalan yang agak mendalam (dan menjengkelkan) seolah-olah bagaimana musim cuti ini dibazirkan, sepertilah musim cuti yang lalu (yang dibazirkan juga).

Persoalan yang lebih (patut) membangkit.
Maka apabila kita menyebut tentang cuti itu bagaimana dihabiskan, semestinya persoalan tentang MASA berligar di minda kita.

Ya, mengenang aktiviti harian kita malah jika hendak dibesarkan skop, mengenang 19 tahun kehidupan, adakah kita menggunakan masa kita dengan tertib penuh optimum.

Menjawab persoalan itu mudah tetapi, menelan hakikat yang muncul sebalik jawapan itulah yang payah. Marilah kita bermuhasabah diri dengan firman Allah:

"(Dialah) yang menjadikan kehidupan dan kematian itu untuk menguji sesiapakah antara kamu yang lebih baik amalannya" (al mulk:2)

Maka jika dianalogikan, kita ini sedang memasuki pertandingan membuat ketupat ( saya tiada contoh lain la). Maka dalam jangka masa yang tertentu, kita dikehendaki membuat bukan sahaja yang paling banyak tetapi juga yang paling cantik (ahsanu 'amala), jika kita teringin untuk menang dalam pertandingan itu. Maka dalam pertandingan yang time-bounded itu, adakah masa untuk kita menonton televiyen atau pergi shopping di pusat membeli belah berdekatan, untuk kelihatan anggun ketika menganyam ketupat. (harap2 paham la pasal analogi nih, terutama yang pasal pegi shopping tuh)

Dan juga apabila kita menyebut tentang kehidupan di dunia fana ini, semestinya kita mengingati jalan kehidupan di kala menghadap tuhan nanti. Adakah kita telah mempunyai syarat supaya terselamat di "Hari" tersebut.

"(Ibrahim berkata) Janganlah Engkau menghinakan aku di Hari Kebangkitan. Hari yang tiada manfaatnya harta dan anak-pinak. Kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera" (as shuara':87,88,89).

Marilah kita bersama-sama berdoa dan bermuhasabah.

Jawapan kepada tajuk (heheh nak jugak)

Saya berNIAT (niat penting) untuk mengisi cuti ini dengan buku.(selain red alert, counter strike dan rakan-rakannya)

Salah satunya ialah Laisa min qauli nabi karangan Dr Fuad Syakir. Buku ini baru saya dapat daripada Amin Hudi. Terima kasih kepada beliau kerana bersusah payah mencari buku ini di Mesir dengan harga 16 genih. Moga Allah merahmati beliau. Buku ini membicarakan tentang kata-kata yang ramai menyangkakannya sebagai kata-kata nabi tetapi rupanya ia ialah kata-kata sahabat atau tabi'en atau yang tidak diketahui puncanya. Doakan saya mempunyai kekuatan membaca buku dalam bahasa asing ini.

Wallahu musta'an

semoga bermanfaat

Afiq, kat mana lagi kot

ps: Artikel saya selalunya menjulang anugerah komen terbanyak, tetapi apa yang terjadi sejak akhir ini? hehe




teruskan membaca lagi sahabat...





Bismillah walhamdulillah wasolati wassalam ala rasulillah.

Pernah dahulu, dalam artikel saya yang bertajuk Krisis Ilmu dan Masyarakat, saya bersikap agak sinis terhadap kata-kata "Belajar itu perlu berguru. Sesiapa yang tidak berguru maka gurunya ialah syaitan"

Kata-kata ini, tidak dinafikan, mencetuskan rasa takut dalam cenderung meluaskan ilmu dalam kalangan generasi sebelum kita (generasi kita takder sangat la kot, moden la katekan..). Di tambah lagi dengan pernyataan "Sesiapa yang banyak bertanya maka lemahlah imannya" (sape penah dengar ayat nih..). Lebih teruk lagi ada satu golongan yang menakrifkan perbuatan menuntut ilmu itu ialah seperti mayat di tangan tukang mandinya. Maka hendaklah penuntut itu menuruti sahaja perbuatan dan kata-kata gurunya itu.

Ya, Islam menitikberatkan perasaan hormat dan sayang terhadap guru, bahkan terhadap orang lain walaupun kepada orang yang kurang umurnya daripada kita. Tetapi perasaan hormat dan sayang itu tidak membutakan kita terhadap kebenaran dan kebatilan. Tambahan lagi apabila bersangkut paut dengan agama, maka maqasid syariah (matlamat yang ingin dicapai oleh syariah) yang pertama, iaitu menjaga agama haruslah berganda-ganda diutamakan.

Dan tiada pula dalil yang menunjukkan "banyak tanya" itu merupakan simptom lemah iman. Apa yang wujud dalam Quran ialah:

"Dan janganlah kamu menuruti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, kesemua anggota itu akan dipersoalkan tentang apa yang dilakukan" (al-isra':36)

Tolak tepi dahulu perspektif-perspektif yang disebutkan, jika mengenang frasa pertama yang saya sebutkan tadi, saya agak musykil tentang asal-usulnya sama ada frasa ini berasal daripada sumber yang berautoriti atau hanyalah rekaan hasil kretiviti pembuat bid'ah.

Masakan tidak, frasa ini agak popular dalam kalangan rakan-rakan saya( dak2 DQ) yang khabarnya pernah menuntut bersistemkan pondok. Maka saya terfikirkan suatu kemungkinan bahawa mungkin kata-kata ini ialah suatu yang sahih dari segi maknanya dengan bermakna dapat kita ambil intipatinya.

Sebelum ini saya berfikiran sebaliknya. Masakan tidak jika mengenangkan kejumudan pemikiran yang membarahkan masalah intelek dalam masyarkat kita. Sudahlah masyarakat benci kepada sesuatu yang ilmiah itu, mereka suka pula kepada sesuatu yang bersifat picisan( kena kat saya balik la plak). Maka kebarangkalian untuk menjadi sahih itu amatlah sukar.

Walaupun sebegitu, mungkinkan penyakit-penyakit minda masyarakat itu tidaklah secara langsung berasal daripada frasa itu. Mungkinkah bahawa kesalahan mencerna maklumat itu sebenarnya punca masalah kita.

Mengambil contoh istilah hukum fiqah "sunat" yang ditakrifkan sebagai "Melakukannya mendapat pahala dan meningglakannya tidak mengapa (terlepas daripada dosa)". Dan juga makruh yang bermaksud "Melakukannya tidak mengapa dan meninggalkannya mendapat pahala". Jika kita perhatikan, berapa ramai antara kita yang hanya mementingkan perbuatan yang berkaitan hukum ini yang mempunyai sangkut paut dengan "tidak mengapa". Sedarkah antara kita bahawa Allah akan menjadi rapat apabila kita melazimkan amalan-amalan sunat.

Jadi dengan menggunakan persamaan kes di atas dan dengan frasa yang disebutkan awal tadi, saya mengandaikan bahawa kebenaran ada dalam kata-kata tersebut. Persoalan di sini ialah BAGAIMANA?

Beza dalam pemberian.

Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "Gurunya ialah syaitan" itu?

Apabila dilihat dari sudut keilmuan, belajar melalui perantaraan buku itu kadang-kadang lebih efektif. Malah suasana belajar sendiri lebih cenderung menyuruh kita meluaskan pembacaan ke bidang-bidang yang dirasakan berkaitan.

Orang yang belajar sendiri itu dilihat lebih cerdik dan cepat memahami sesuatu. Malah jika difikirkan bagaimana pengkajian dalam bidang sains berkembang melalui postulation, maka agak sukar memikirkan bagaimanakah dengan belajar tidak berguru itu membawa apek negatif.

Tetapi, keberdampingan dengan guru atau ulama' juga menjamin ilmu yang luas. Tidak perlu contoh-contoh muktabar, lihat sahaja masa di zaman sekolah, jika ada seorang yang agak 'kamcing' dengan gurunya, maka mungkin kita boleh predict keputusan peperiksaannya itu.

Jadi dalam aspek pemberian ilmu, kedua-duanya ialah jalan yang baik dalam mendapatkannya. Kalau dinilai dari sudut autoriti, kedua-duanya juga ialah reliable, dengan syarat para penuntut ilmu perlulah adil dalam menerima.

Tetapi dalam dunia keterbatasan masa ini, mungkin ramai lebih memilih buku. Seeloknya kedua-dua jalan ini perlu digabungkan dalam memastikan kita tidak "keliru"

Maka apakah komplikasi di sebaliknya?

Jika kedua-duanya tidak lain berbeza antara satu sama lain, maka apakah masalah yang dipunyai? Apakah kurangnya pembelajaran mengikut buku berbanding mengikut guru.

Semestinya buku mempunyai kekurangan yang tidak ada dalam proses menuntut melalui perantaraan manusia. Semuktabar mana pun sesuatu kitab atau buku itu, sebagaimana lengkap pun ilmunya, buku tidak memberi pengajaran AKHLAK.

Ya, mana mungkin teks bacaan mendidik AKHLAK. Akhlak ialah sesuatu yang diteladani, dengan maksud ditonjolkan oleh seseorang untuk kita menirunya. Kelebihan berguru ialah penuntut ilmu itu akan mendapat pengajaran dari segi cara menghandle ilmu itu selain intipati ilmu itu sendiri.

Maka apakah guna ilmu tinggi, tetapi tidak disampingkan dengan akhlak yang mulia, manifestasi kepada iman yang tulen.

Komplikasi akhlak

Ilmu itu ialah amanah. Malah mahsyur diceritakan bahawa "ilmu itu ialah cahaya. Dan cahaya itu tidak masuk ke dalam hati orang yang melakukan maksiat". Ilmu juga ialah sesuatu yang dikaitkan dengan kemulian.

"Allah menaikkan darjat orang yang beriman dan menuntut ilmu"(almujadalah :11)

Maka apakah yang penting apabila amanah + kemuliaan dicampakkan dalam hati kita? Tentunya sikap TAWADHU'. Tawadhu' mengawal kita supaya tidak lupa diri dan takbur sebagaimana Iblis lupa identitinya sebagai hamba semasa disuruh sujud hormat kepada Adam.

Sikap takbur, lawan kepada takbur, menyebabkan kita merasakan diri ini mulia berbanding orang lain. Dengan mudah kita memperlekeh pendapat orang lain yang kita anggap kurang kuantiti ilmu berbanding kita. Dalam sesuatu keadaan kita mudah menghina peribadi seseorang yang khilaf pendapatnya dengan kita.

"Ek eleh aku dah baca berpuluh kitab dan laman web, siapakah gerangan individu ini yang kurang ilmunya daripada aku untuk meradd aku nih"

Ulama' terdahulu, terutama yang terlibat dengan bidang Jarh wa Ta'dil, memang terkenal dengan menceritakan keburukan peribadi individu-individu. Tetapi tidak boleh menggunakan maklumat ini untuk "menghalalkan" perbuatan kita menghina peribadi. Ulama' terdahulu punya autoriti yang benar-benar tulen dan mereka melakukan atas tujuan menjaga agama daripada hilang bentuk asalnya.

Teringat cerita seorang tabi'en terkenal (sama ada Sufyan as Sauri atau pun Az-zuhri) seewaktu di saat akhir-akhir hayat beliau, beliau telah bertanya kepada hamba beliau "Apakah pendapat penduduk negeri ini (sama ada Basrah atau Baghdad) tentang aku? Hamba itu menjawab "Sesungguhnya mereka amat hormat kepada engkau tetapi mereka amat takut (amat marah) terhadap kritikan terhadap perawi-perawi hadis (kerana sangat keras kritikannya). Ulama' itu menjawab "Sesunggunhnya aku lebih takut (daripada perasaan masyarakat kepadaku) apabila aku berada dihadapan Allah kelak, maka Dia akan bertanya "sesungguhnya kau mengetahui bahawa ada kecacatan di hadis ini dan ini maka mengapakah kau tidak bertindak sesuatu"(lebih kurang ek citer..saya amat kesal kerana tidak menjumpai buku yang mempunyai teks asal)

Maka pastikanlah perasaan Taqwa sebegini tebal dalam hati, jika rasa-rasa ingin menjadi seperti ulama' Hadis.

Maka tiadanya tawadu' juga menjadikan kita KERAS DALAM BEPENDAPAT.

Sesunguhnya khilaf dalam kalangan manusia dalam sesuatu hal ialah norma. Sesuatu perkara yang tidak boleh dikhilafkan ialah persoalan aqidah.

(ali imran:103)وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ
"berpeganglah dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah"

Menurut tafsir ibnu kathir, tali bermaksud perjanjian( nak kena hurai ker perkaitan"perjanjian" dgn akidah"...kalo nak tya la ek)

Maka sebab itu saya sentiasa bersetuju dengan pendapat Dr.Asri dalam persoalan akidah. Walaupun ramai memanggil beliau seorang yang "keras", "keras" itu bertempat.

Tapi tatkala membicarakan tentang urusan fiqah, yang terkenal keluasannya dan hal-hal dunia, yang berkali-kali luasnya, maka apakah gunanya keras dalam berpendapat.

Banyak kisah yang menarik sesuai dijadikan contoh. Salah satunya , di sebuah masjid pada bulan Ramadan, jemaah masjid itu berselisih sama ada ingin melakukan 8 rakaat atau 20 rakaat. Perselisihan yang mula-mula kecil lama-lama melibatkan kata-kata kesat. Tiba-tiba Hassan al-Banna datang dan mereka merujuk kepada beliau. Maka beliau berkata:

"Mana lebih penting, mengekalkan kesepaduan umat islam atau melakukan amalan sunat di bulan Ramadan. Sesiapa yang ingin melakukan lapan rakaat lakukanlah. Sesiapa yang ingin melakukan 20 rakaat lakukanlah."

Intipati yang kita dapat daripada cerita ini ialah, selain kebijaksanaan Hassan AlBanna betapa khilaf berpendapat itu boleh menimbulkan perpecahan.

Bak kata Qasim bin Muhammad (laisa min qaulin nabiyyi), "khilaf itu rahmah". Benar, tetapi sesiapa yang rasa ingin berkhilaf hendaklah menjaga adab-adab supaya tidak meruntuhkan perpaduan.

Kesimpulan

Maka apakah, kesimpulan dalam artikel saya ini? (saya xder idea sebenarnya)

Saya berpendapat sifat-sifat mahmudah seperti ADIL, JUJUR, IKHLAS dan juga sifat TAQWA, penting dalam menuntut ilmu. Moga-moga ilmu itu menjadi aset kepada kita bukannya liabiliti semasa menghadap YANG MAHA ESA nanti.

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِى ءاتَيْنَـهُ ءَايَـتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَـنُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ - (al araf :175)
"ceritakanlah kepada mereka tentang mereka yang diberikan ayat(petunjuk) kemudian dia melepaskan diri daripada ayat2 lalu dia diikuti syaitan maka jadilah dia orang yang sesat."

Semoga bermanfaat.

Wallahu musta'an.

Afiq, rumahku di shah alam yang ader open house 17 oct nih

ps:susah kan apabila hilang rentak menulis..












teruskan membaca lagi sahabat...

Labels

Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani

Chat Box