Saya seorang pengkagum PEMIDATO.
Ya,indidividu yang memegang title ini sering saya ta'jub(hairan kerana kagum) dan atas dasar itulah saya suka mencari-cari di mana sahaja terdapat perbahasan-perbahasan,sama ada perbahasan itu berkaitan dengan masalah agama,aspek-aspek sosial mahupunperbahasan remeh yang berkisar seperti"Eh ko la salah","Eh pasal aku lak ko la".(macam syaitan la pulak suka dok dekat ngan orang bergaduh)
Mungkin saat ini ada yang terfikir:"Eh dia ni minat pemidato,apasal suka kat perbahasan lak.Patutnya dia suka kat syarahan la.Dah bengong la tuh(ini hanya tambahan;mat rempit je cakap cam nih)".Alasan saya ialah kerana apabila perbahasan,pihak-pihak yang 'bertelingkah' itu akan cuba menegakkan pendapat masing-masing lantas dijadikanlah HUJAH-HUJAH sebagai teks ucapan mereka.Syarahan atau ucapan juga memuatkan hujah-hujah tetapi terdapat banyak faktor yang menyebabkan syarahan ini less interesting berbanding perbahasan(antaranya orang yang mensyarahkan boleh bias dalam menyampaikan fakta atau menggunakan fakta-fakta yang tidak valid)
Mat rempit yang tidak semena-mena 'difitnah'.Maaf ya.
Dan apabila saya menyebut perbahasan maka pihak yang bertelingkah itu akan 'meledakkan' hujah-hujah mereka menggunakan PERKATAAN.Dalam bahasa lainnya,mereka akan saling bertukar-tukar pendapat.Bukanlah satu perbahasan yang baik
apabila pihak yang berbahas itu bertukar carutan,makian dan segala perkataan yang termasuk dalam kategori bi'sa lismu alfusuq ba'da iman(Al-hujurat:11).Jauh sekali saya akan mendekati majlis sebegini.Lebih teruk apabila mereka ini bukan hanya bertukar-tukar pendapat,tetapi turut juga bertukar-tukar penumbuk,balingan kerusi,sepak terajang dan lain-lan yang boleh menyakitkan.Saya orang yang pertama akan lari mungkin.(kira tak la cam syaitan sangat sebab lari daripada majlis-majlis yang munkar)
Ustaz Zahazan(mintak maaf gambar 'agak' tidak sesuai)
Ustaz Zahazan antara individu yang saya minati.Saya tidak pernah mendengar ceramah beliau secara
live.Saya pernah mendengar ceramah beliau di televisyen saluran tv9 dalam program bertajuk Halaqah.Halaqah ini ternyata berbeza dari segi penampilannya jika dibandingkan Bicara Mufti atau Forum Hal Ehwal Perdana(RTM).Ketika itu Ustaz Zahazan merupakan salah seorang panel yang membincangkan tajuk 'Tabarruj'.Melihat beliau ketika berucap,dengan mulutnya yang tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata membuat saya ternganga kagum(saya baru first time tengok dia ceramah)Dia mengeluarkan beberapa ayat Quran kemudian diselang selikan dengan hadis,kemudian masuk pula tafsir,kata-kata guru beliau,Yusuf al-Qardawi(Ust Zahazan memanggil Yusuf Qardawi dengan panggilan
syaikhuna)."Wow,
masyi giler,"komen saya.Percayalah saya bahawa untuk menyampaikan ceramah sebegitu(berselang-seli dengan Quran dan Hadis dan lainnya)ialah ibarat ibarat memandu kereta F1 yang memerlukan skill menukar dengan gear dengan cepat dan
skillful.(susah...sebab tu lah Alex Yong main Formula 3000 jer..keh2)
Barack Obama dengan slogan "change we need" menarik perhatian dunia ketika beliau bertanding untuk kerusi Presiden Amerika.Saya juga tidak terkecuali dalam meminati tokoh ini.Saya pernah menyaksikan beliau berucap ketika itu di hadapan pelobi-pelobi Israel.Isi tentang Propaganda(tolong tekan link di sebelah) menyerang Iran yang tak berkesudahan.Apa yang jelas keluar bersama ucapannya ialah kewibawaan seorang pemimpin(meskipun kita masih ternanti-nanti action yang menunjukkan kewibawaannya sehingga kini).Bagaimana sesorang itu boleh membawa sekali karektor dalam ucapan?Atau dalam bahasa mudah menampilkan superiority hanya dengan kata-kata?
Banyak lagi individu yang saya kagumi cara pemidatoan mereka.2 individu di atas masing-masing saya kagumi,seorang dengan ketinggian ilmunya dan seorang lagi dalam kewibawaannya.Selain itu Dato' Seri Anwar Ibrahim,kebolehannya seperti Barack Obama(saya tengok video debat beliau dengan shabery cheek sampai pkol 2),Tuan Guru Nik Aziz yang kata-katanya tenang melembutkan kalbu dan banyak lagi.
Melihat kepada unsur persamaan yang ada antara mereka,mereka mampu berpidato tanpa henti.Dalam erti kata lain tanpa tersekat-sekat;sentiasa ada perkataan yang keluar.
Lidah mereka tidak kelu.Secara langsung otak mereka tidak beku atau kering idea atau ilmu.
Mana mungkin seseorang itu lancar,fasih lidahnya,pada masa yang sama otaknya beku dalam keadaan pegun.Bukan mengatakan orang itu yang tidak mampu berpidato dengan baik itu,seseorang yang rendah keilmuannya.Tidak jauh sekali.Hanya memikirkan tentang wujudnya semacam penyakit yang tiba-tiba menyebabkan ilmu yang terkandung dalam minda seakan-akan tidak pernah wujud.
Blank barangkali.
Maka apakah penyebab blank yang bertandang itu apabila kita naik ke pentas dan disuakan mikrofon?
Atau apabila menjadi Imam.
Atas dasar itu lah saya seharian memikirkan bagaimana saya boleh menjadi blank ketika rakaat kedua solat Isyak mengimamkan jemaah di Masjid Unta.Saya solat dalam keadaan menggigil kerana ini ialah first time bagi saya dan juga mungkin kekurangan self-esteem.
An nisa:174..argh saya terlupa.terus ruku' setelah baru membaca satu ayat.(nasib baik ayat panjang)
Dan petang tadi saya bermain bola bersama kanak-kanak(paling besar pon umo 14),maka saya telah 'disapa' mesra.
"Eh abang Cristiano Ronaldo(diorang yang panggil yerk)jadi Imam kan?Abang ader lupe kan rakaat kedua."sapaan mesra beberapa mereka(lebih kurang la)
"Tu la abang suro tasmi' tadi tak nak tolong tasmi'kan.Sebab tu la lupe"kata saya dengan nada cover."Ingat senang ke jadik imam.,"kata hati saya pula.
Senyum-senyum buat macam tiada apa-apa berlaku.
Dan saya kini masih memikirkan.
Mungkin kerana tengok cerita "UPIK ABU DAN LAURA" secara tegar,mungkin?(keh3)
Cerita Upik Abu dan Laura.Nak tengok kat mane yer bile masuk uia nanti?
Hrmm, entahlah.Cuba tanya akak,bagaimana hafalannya?(aku malas ngulang sbb tuh lupe)
Wallahu Musta'an.
ps:artikel ni takder manfaat pon.Sekadar perkongsian.
Ahmad Afiq B Arshad
Rumah,18